Tuesday, April 12, 2016

...Sudah 10 tahun.

Dah berabuk berdebu bersawang blog aku nih... Hmmm... Bukan aku tak cuba menulis, tapi semuanya terbantut sekerat jalan... Entah kenapa lah...OK... kita cuba kasi bakar balik semangat menulis nih...

Aku mula berMTB secara serius bermula tahun 2006.  Sekitar bulan Februari.  Dah lebih 10 tahun aku berbasikal. Dari basikal Montana MTN Team 7 speed hinggalah sekarang...Tersangkut setakat 9 speed.  Biarlah orang lain harung 10 speed, 11 speed malah 12 sekali pun.. Biarlah... Dah cukup 9 speed untuk aku...

Basikal sekarang ada 3 buah.  Satu basikal MTB ampaian penuh, satu MTB ekor keras dan satu basikal yang keliru identitinya... Asal hibrid aku tukarkan jadi road bike.

Dan aku masih berkayuh...walau tidak segalak dulu.  Ada aktiviti lain yang menjebak aku membuatkan aku terpaksa membahagi-bahagikan masa.  Setakat ini, berbasikal masih lagi kegiatan utama.  Belum terasa lagilah nak tinggalkan berkayuh.  Dan aku akan terus berkayuh selagi daya...


Biar tulisan ini jadi pencetus pembakar semangat untuk aku kembali menulis...Insyaa Allah.

  




 

1 comment:

akmalhizam said...

selamat kembali menulis BC!

*dan biar komen ini jadi pencetus pembakar semangat untuk terus menulis.
:)