D alam setahun dua ini bagai ada ledakan dalam kegiatan berbasikal di Malaysia. Saya tidak ada perangkaan rasmi untuk menyokong pernyataan ini. Sekadar perhatian rambang dari bilangan pengayuh yang muncul di jalanraya dan denai-denai. Kedai-kedai basikal di sekitar rumah saya juga berkembang biak. Semakin ramai yang kembali berbasikal sama ada untuk
riadah, rekreasi atau sukan. Acara dan jamboree semakin banyak kedapatan hingga berpinar mata untuk memilih yang mana satu.
Dalam keghairahan untuk kembali berbasikal atau mencuba untuk berbasikal, ada beberapa tanggapan salah mengenai berbasikal. Saya cuba kongsikan beberapa pemerhatian sebagai panduan kepada mereka yang ingin/bercadang untuk berbasikal. Pemerhatian ini merangkumi semua jenis basikal secara umum. Jika khusus untuk jenis-jenis tertentu, akan dinyatakan.
10 Salah Tanggapan Umum Tentang Basikal (Bukan dalam urutan kepentingan. Nombor hanyalah sekadar untuk rujukan)
10. Lagi mahal lagi bagus.
Lagi mahal harga sesuatu basikal, lagi bagus basikal itu. Tanggapan ini mungkin benar pada permukaannya sahaja. Tidak semestinya. Untuk mereka yang belanjawan besar mungkin tiada masalah. Belanjalah berapa yang hendak dibelanjakan untuk sebuah basikal. Tetapi, untuk mereka yang terhad belanjawannya, tidak perlu bersusah payah berhabisan untuk membeli basikal yang mahal. Belilah basikal yang sepadan dengan kemampuan dan tujuan kayuhan anda. Saya selalu cakap... "Biar kayuhan lebih mahal dari basikal". Itu yang penting. Tingkatkan nilai kayuhan anda...
9. Pelana tinggi sangat. Susah bila berhenti.
Untuk mendapatkan keselesaan dan output kayuhan optimum, tinggi pelana perlu dilaras supaya kaki hampir lurus dalam keadaan rakap berada di bawah sekali. Bila dilaras begini, pengayuh terpaksa berginjat bila berhenti. Ramai, terutama yang baru berjinak, tidak selesa berhenti dalam keadaan begitu. Ramai yang lebih selesa dengan ketinggian pelana yang membolehkan tapak kaki berpijak penuh pada tanah bila berhenti.
Cuba fikir sejenak. Bila kita mencelapak ke atas basikal, adakah kita akan duduk bertenggek saja tanpa berkayuh? Berapa lamakah kita berhenti berbanding dengan berapa lama kita berkayuh? Jadi, kedudukan ketika berhenti atau berkayuh yang perlu diutamakan?
8. Lagi ringan lagi bagus. Boleh angkat satu jari woooo.
Sangat biasa kita dengar "Basikal ringan woooo... boleh angkat satu jari...". Satu jari sudah menjadi piawai keringanan basikal sejak sekian lama. Zaman saya sekolah rendah, piawai ini sudah digunakan. Memanglah basikal yang berat agak memenatkan bila dikayuh. Tetapi, tidak semua basikal yang ringan itu lebih bagus. Biasanya, untuk mendapat basikal ringan, poket anda juga kena diringankan untuk membeli komponen-komponen yang ringan, yang lazimnya mahal.
Tanya diri anda seringan mana anda mahu. Tanya juga diri anda berapa ringan sanggup anda ringankan kocek anda. Keringanan mungkin memberikan impak besar jika anda seorang pelumba. Tidak mengapalah untuk pelumba kerana lazimnya mereka mendapat tajaan. Bukan poket mereka yang meringan, tetapi kocek penaja. Untuk mereka yang berkayuh untuk riadah dan rekreasi, kelebihan berat sekilo dua tidak memberikan impak besar kepada prestasi kayuhan anda. Malah mungkin lebih baik kerana anda mendapat gerakerja otot yang lebih dek kerana berat itu.
7. Jangan pakai brek depan. Bahaya nanti tertonggeng.
Mitos pakai brek depan boleh tertonggeng ini sudah sekian lama menghantui pengayuh. Kalau betul penggunaan brek depan boleh menyebabkan penunggang dihumban melepasi palang hendal hingga tertomoih patah gigi, kenapa pengeluar masih memasang brek depan pada basikal? Baik tak payah buat langsung brek depan.
Yang jadi punca tertomoih bukan kerana brek depan tetapi kerana SALAH GUNA dan teknik membrek yang salah. Tahukah anda bahawa nisbah kuasa membrek yang betul ialah 80 : 20. 80% depan dan 20% belakang. Jadi, manfaatkan brek depan. Belajar menggunakannya dengan cara dan kaedah yang betul. Ia akan jadi penyelamat anda. Juga menyumbang kepada lebih keyakinan bila menghadapi halangan teknikal.
6. Segan la nak pakai helmet dan sarung tangan. Macam beria sangat.
Memang helmet/ topi keledar tidak boleh menjamin nyawa anda dari maut. Memang sangat. Akan tetapi...Kalau kepala terhantuk ke pokok atau tanah atau batu dan anda tak mati, tanpa helmet, sakit sangat rasanya. Saya sudah merasai sendiri beberapa insiden yang kesakitan kepala terhindar/ berkurang dengan pemakaian helmet...
Sarung tangan bergunan untuk mengurangkan keringsaan pada tapak tangan, membantu cengkaman bila tangan mulai berpeluh dan melindungi tapak tangan daripada luka apabila terjatuh.
Memang mulut orang akan berkata macam-macam. Tapi...andai berlaku kemalangan (yang kita tak pernah minta pun), yang sakit bukan mereka, tapi kita. Kita yang patut ikhtiar untuk keselamatan dan perlindungan diri sendiri...
5. Anu jadi lemah dan boleh mandul
Ini ketakutan dan mimpi ngeri pada pengayuh lelaki. Saya belum pernah berjumpa lagi kajian perubatan dan saintifik yang mengesahkan bahawa berkayuh basikal boleh melemahkan syahwat dan menyebabkan kemandulan. Memang ada satu dua kajian tetapi rumusannya tidak konklusif.
Di kalangan rakan pengayuh juga belum lagi berjumpa mereka yang menghadapi masalah syahwat dan kemandulan. Yang anak berderet, ramai...
4. Kedudukan tengah tapak kaki atas rakap/pedal
Persoalan ini berkait dengan persoalan pelana tinggi. Bahagian tengah tapak kaki diletakkan di atas rakap/pedal. Ini kerana anggapan bahawa kedudukan tengah itu kedudukan terbaik untuk cengkaman tapak kaki ke rakap dan juga keseimbangan.
Kedudukan tapak kaki yang betul ialah sepertiga hadapn kaki diletakkan di atas rakap sesuai dengan anatomi tulang dan otot manusia. Kedudukan ini memberikan tujahan kaki dan kecekapan maksimum bila berkayuh berbanding dengan kedudukan tapak kaki sama tengah.
3. Basikal ampaian penuh untuk keselesaan
Basikal ampaian penuh adalah basikal yang mempunyai ampaian ("spring" kata orang) di depan dan belakang. Saya sering-sering ditanya oleh orang yang nak bermula berkayuh yang menyangkakan basikal ampaian penuh itu untuk keselesaan. Kononnya, basikal tidak bergegar dan segala hentakan akan diserap oleh spring.
Anggapan mungkin benar untuk motorsikal dan kereta yang mempunyai berat lebih daripada basikal. Untuk basikal, tekanan angin pada tayar sudah boleh menyerap hentakan dan gegaran di atas jalan tar dan jalan tanah biasa. Tidak perlu ampaian jika kayuhan di jalanraya berturap yang anda inginkan.
Disebaliknya, ampaian pada basikal itu boleh menjadi musibah kepada anda. Kenapa? Daya tujahan untuk kayuhan itu tidak diterjemahkan atau dihantar sepenuhnya kepada putaran roda belakang. Sifat anjal pada sistem ampaian "mencuri" sebahagian daripada kederat daya tujahan anda. Kayuhan menjadi kurang cekap. Basikal akan berhenjut dalam apa yang dipanggil "pedal bob" (alunan kayuhan).
2. Lagi banyak gear lagi bagus
Gear pada basikal telah melalui evolusi yang besar dalam beberapa dekad ini. Bilangan gear dikira berdasarkan bilangan piring gegancu pada engkol dan bilangan piring pada sproket/keset. Menjadi tanggapan biasa bahawa lagi banyak gear lagi bagus. Pada satu ketika 3x7 dikira hebat. Kemudian muncul 3x8. Naik setakah lagi 3x9. Terus maju dengan 3x10. 30 gear engkau! Selepas itu datang 4x14 pulak. Cheh! Mana ada 4x14. Yang datang 1x11. Haaa! Kenapa pulak? Dari 30 bilangan gear, turun jadi 11 saja. Aikkk....?!!!
Nyatanya, bukan bilangan gear itu yang penting, tetapi nisbah gear yang boleh diraih daripada kombinasi gear depan dan belakang. Dalam sistem 3x9 atau 3x10, ada kombinansi gear yang memberikan nisbah gear yang bertindih. Dan ada juga kombinasi gear yang tidak dipakai. Kombinasi gear kecik depan kecik belakang dan besar depan besar belakang lazimnya tidak dipakai kerana rantai berada dalam kedudukan ekstrim. Jadi, jumlah gear berkesan yang sebenarnya bukanlah bilangan gear depan darab gear belakang.
Maka sekarang, pengeluar, setelah mengkaji gear untuk kegunaan optimum mendapati nisbah-nisbah gear tertentu yang diperlukan untuk basikal lasak. Sebab itu lahir sistem 2x10 atau 1x11. Cukup dan memadai tanpa perlu membawa beban berat berebihan.
1. Laju itu merbahaya!
Kelajuan itu bagaikan api. Kecil sangat, nak bakar apapun tak boleh. Bijak menggunakannnya, api berguna untuk memasak, melebur logam, membentuk kaca dan pelbagai kegunaan lagi yang memberi manfaat besar kepada manusia. Itu berlaku pada tahap kepanasan yang berbeza. Dibiarkan terlalu besar, akan menjadi tidak terkawal membakar luluh hangus rentung segala apa yang boleh dilahapnya.
Begitu juga kelajuan pada basikal. Ada tempat yang kita perlu perlahan, ada tempat yang kita perlu kelajuan untuk kayuhan yang lebih lancar dan upaya melepasi halangan.
Anda sebagai pengayuh, harus menjadi pengawal api yang bijak. Harus tahu bila api perlu dibesarkan dan dikecilkan dan harus pandai dan bijak mengawal marak api supaya anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada kayuhan anda.
Nah, garapan di atas adalah hasil pemerhatian dan pengalaman saya berhadapan dengan mereka yang mahu berjinak dengan basikal. Mungkin tidak tepat sepenuhnya tetapi rasanya tidak tersasar jauh. Semoga catatan ini boleh menjadi penduan berguna kepada semua terutama yang mahu mula berjinak dengan basikal.
Tuesday, May 27, 2014
Thursday, May 15, 2014
Kayuhan Solo Gombak - Putrajaya
Solo bersama Sang Lintar Di Depan Astaka Morokko, Taman Botani |
A Aku tiada apa-apa rancangan berkayuh untuk cuti Hari Wesak. Sengaja aku simpan untuk aktiviti keluarga. Tahu-tahu hari Isnin, isteri bersuara. "Esok ada nak kayuh ke mana?...". Belum sempat aku jawab, dia dah sambung"...kalau nak kayuh kat Putrajaya boleh juga. Esok nak pi Bangi hantar barang kat kawan-kawan...". Mendadak datang dalam kepala cadangan berkayuh ke Putrajaya. Sang Lintar belum pernah diuji berkayuh sejauh itu. Rancangan yang sangat sesuai! Siapa boleh tolak?
Aku pelawa juga Faris, kot dia berminat. Mesej kelam kabut aku sampaikan pada group Whatsapp GLC kot ada yang berminat. Tiada yang menyahut. Maka, pada pagi Selasa, 13/05/2014 jam 8.00 pagi aku dan Sang Lintar bergerak dari rumah menuju Putrajaya. Agenda utama berkayuh ke Putrajaya. Agenda kedua, mencari jalan yang paling kurang trafik, yakni yang tidak melalui lebuhraya atau paling kurang melalui lebuhraya untuk ke Putrajaya. Dalam kesuntukan masa aku merancang laluan dalam keadaan caca merba.
Persiapan diri dan basikal dibuat. Telefon sangat penting dan berguna. Selain daripada untuk perhubungan, telefon juga aku gunakan untuk rakaman kayuhan. Aku gunakan aplikasi Endomondo. Endomondo dipasang. Boleh tengok rakaman Endomondo kayuhan di sini. Dan sebaik suara perempuan dari Endomondo berkata "GO", kayuhan bermula. Dari rumah, Lebuhraya Duta Ulu Kelang Expressway (DUKE E33) diambil. Ada alternatif untuk ambil jalan dalam kampung Padang Balang tapi mood malas pagi tu mendorong aku ke DUKE saja. DUKE, seawal 8.00 pagi sudah berderu kereta walaupun hari cuti.
DUKE disorot sehingga simpang Kampung Bandar Dalam. Aku keluar dari DUKE di situ dan membelok kanan menghala ke Sentul. Jalan dua hala yang kadang-kadang jadi tak tentu hala. Kesibukan biasa Sentul terutama ketika melalui kawasan pasar. Kawasan berhampiran Sentul Boulevard bertambah sibuk dengan deretan kereta penganut Buddha berkunjung ke wat Buddha di situ menyambut Wesak.
Aku cilok ke Bandar Baru Sentul. Laluan tembus ke Jalan Pahang. Jalan Pahang dilintas membawa ke Taman Tasik Titiwangsa. Ramai pengunjung pagi Taman Tasik Titiwangsa. Berjalan, berjogging, berbasikal dalam berbagai rupa, gaya dan usia.
Taman Tasik Titiwangsa aku tinggalkan. Masuk ke jalan Fletcher yang selari dengan Jalan Tun Razak. Aku panjangkan tengkuk menjengah keadaan Jalan Tun Razak. Trafik sederhana.
Jln Tun Razak...selepas simpang Jalan Ampang |
Atas dasar keselamatan dan berhati-hati, aku cuba menghindar daripada mengikuti arus utama trafik apabila menghampiri susur masuk atau keluar. Sedapat mungkin aku akan mengelak daripada memintas aliran trafik. Sebab itu, pada susur masuk/keluar aku rela keluar daripada laluan utama, menunggu di lampu isyarat dan masuk semula ke aliran trafik. Lambat, tapi lebih selamat.
Kaedah itu yang aku pakai bila aku keluar tidak masuk ke terowong di Jalan Tun Razak. Sebaliknya keluar dan mengambil laluan atas. Lebih selamat. Itulah yang berlaku berulang kali sepanjang kayuhan aku.
Namun, panduan ini tidak boleh digunapakai pada semua tempat. Contohnya, bila menghampiri Bulatan Kampung Pandan, aku terpaksa juga memintas laluan trafik kerana arah tuju aku menghala ke Jalan Tun Razak. Terpaksa memintas trafik yang hendak ke Kampung Pandan. Bila itu terpaksa berlaku, ianya dilakukan dengan penuh waspada dan hati-hati.
Bulatan besar dilalui dan keluar pada susur Jalan Tun Razak. Lalu di depan kedai sup Sururi. Hmmm...dah lama tak pekena sup Sururi. Kayuh terus melepasi simpang Jalan Cochrane, kemudian Jalan Peel sebelum membelok kiri ke Jalan Cheras. Jalan jadi sesak dan bercelaru dengan pemidang-pemidang yang dipasang untuk projek MRT.
Maju terus di Jalan Cheras sehingga bulatan menuju Bandar Tun Razak. Trafik sedang-sedang molek. Kelibat warung-warung di tepi velodrom Cheras melonjak rasa ingin berhenti dan bersarapan. Separuh lagi diri aku sedang seronok berkayuh dan enggan berhenti. Keseronokan mengayuh menang dan aku terus berkayuh santai sekitar 20-25 km/j melepasi melalui Jalan Yaacob Latif hingga ke HUKM. Terus membelok kanan menyusur Jalan Budiman kemudian ke kiri ke Jalan Bangsawan dan ke kanan balik mengikut Jalan Jujur dan Persiaran Mewah. Kemudian menyusup masuk di bawah Lebuhraya Hubungan Timur Barat dan bertemu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2 #26). Aku menyusur MRR2 menuju Bandar Tasik Selatan.
Masuk saja ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2, trafik mula berderu. Kenderaan bermotor laju berpusu. Aku kekalkan laluan kiri dengan formula yang sama bila menghadapi susur masuk dan keluar. Susur kiri ke Sungai Besi diambil. Meluru saja turunnya melalui Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang berhadapan dengan stesen Start LRT Tasik Selatan. Masuk ke satu lagi fasa "seriau" dalam kayuhan aku. Lebuhraya Besraya Sungai Besi...
Lebuhraya Sungai Besi...Bangunan Sapura dari kejauhan |
Lebuhraya Sungai Besi terus disusur. Dikit-dikit kayuhan diteruskan melepasi kawasan UPM. Jalan agak tenang daripada trafik. Matahari pagi mula galak menaburkan sinar limpah ruah ke alam maya. Badan sudah pasah dengan peluh. Mujur segala otot dan urat saraf masih bertahan. Jantung dan paru-paru bekerja di luar garis merah. Air minum baru sedikit saja diteguk...
Papan tanda menunjukkan Putrajaya lagi 10km! Wah...rasa dah dekat dah. Tapi tak perlu buru-buru pasang suis turbo untuk meluru pergi pada kelajuan bunyi. 10km tu masih jauh lagi untuk seorang pengayuh amatur macam aku. Adrenalin yang melonjak tiba-tiba dipendamkan dulu. Lengkok susur diambil untuk keluar dari Lebuhraya Sungai besi dan menyusur masuk ke Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE E26). Putrajaya dah semakin dekat. Hidung sudah terhidu-hidu bau Putrajaya. Susur ke hospital Serdang dilepasi. Muncul pula susur ke Putrajaya. Horeyyyyy...
Dalam kepala berkira-kira ke mana arah tuju aku di Putrajaya nanti. Teringat kedai makan di Pusat Rekreasi Air Wetland, Taman Wetland. Tempat minum dengan suasana indah dan damai di tepi tasik. Pilihan sesuai untuk berhenti rehat dan bersarapan pagi. Sempadan Putrajaya dilepasi menyusuri Persiaran Utara. Laluan membawa ke susur keluar Persiaran Persekutuan. Sasaran aku hanya disebelah sana jalan. Boleh kalau aku hendak pikul basikal dan lintas saja... Ah, kayuhan di Putrajaya tidak akan lengkap kalau tidak membuat satu pusingan bulatan besar Putrajaya, Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah.
Bulatan besar Putrajaya dikelilingi. Terasa bagaikan juara yang membuat victory lap selepas memenangi kejuaraan. Aku memang terasa seperti juara... Berjaya berkayuh solo dari Gombak ke Putrajaya. Cukuplah kejuaraan itu aku raikan untuk diri aku sendiri. Bulatan sejauh 3.5km dilengkapi. Sampai masa untuk berlabuh. Taman Botani jadi pilihan untuk berhenti. Aku membelok masuk dan berkayuh turun malas dan longlai kerana destinasi sudah sampai. Sudah ramai pengunjung berkitar di Taman Botani. Jam sudah pukul 10.20 bila aku menarik brek Sang Lintar dan berhenti di depan Astaka Morokko. Satu binaan astaka inspirasi dari Morokko di Taman Botani. Sejarah peribadi tercatat pada hari Selasa, 13 Mei 2014 bersamaan 14 Rejab 1435 hijrah. Jarak 45km dari Gombak ke Putrajaya dalam masa 2 jam 20 minit...Syukur... Alhamdulillah. Impian tercapai dengan selamat sejahtera. Masa untuk berselfie!
EPILOG
PCP... Terasa macam nak cyclocrossing |
Sang Lintar terus dibawa meronda. Dari Dataran Masjid hingga Pusat Konvensyen Antarabangsa. Masih belum terasa puas juga. Sedikit lagi laluan diteroka. Taman Cabaran sudah di mata. Hanya beberapa kayuhan, sampailah ia...Itulah saja sketsa kembara. Aku dan Sang Lintar ke Putrajaya...
Monday, May 05, 2014
Menggagau Di Dalam Gelap di Kiara
Bermain basikal lasak atau basikal gunung, bagi sesetengah orang, sudah dianggap aktiviti "kurang siuman". Mungkin ada sedikit betul. Anda perlu sedikit "gila" untuk menceburkan diri dalam kegiatan ini. Bermain basikal di denai-denai di dalam rimba, di atas bukit, ke ceruk rantau yang tidak masuk dek akal untuk berbasikal. Itu semua dilakukan pada waktu siang. Dalam terang sinar mentari. Bagaimana pula kalau aktiviti ini dilakukan pada waktu malam. Dalam gelap kelam? Uisshhhh...kalau pada waktu siang sudah dikira "kurang siuman", melakukannya pada waktu malam dalam gelap kelam...Memang sah sudah hilang akal!
Denai-denai Kiara memang terkenal dengan lingkaran denai sempit berliuk lentuk naik turun di dalam rimba. Teknikal, satu perkataan mudah menerangkannya. Berkayuh di Kiara pada wktu siang terang benderang cukup menggusarkan, pada masa yang sama, memberikan cabaran yang merembeskan adrenalin dengan laju bila segala cabaran dan rintangan dapat diharungi. Ataupun,,akur saja yang Kiara terlalu hebat dan hanya dapat diharungi dengan cara turun dan menuntun basikal.
Bagaimana kalau dua unsur ini digabungkan? Denai teknikal dikayuh dalam kelam malam? Itu yang dilakukan oleh sekumpulan pengayuh yang kemaruk adrenalin.
Mereka pernah datang sebelum ini. Datang jauh beratus kilometer... Untuk apa? Menggagau dan meraba Kiara di dalam kegelapan malam. Dan kegilaan itu mulai berjangkit. Mereka datang lagi dari Pulau Mutiara. Membawa bersama beberapa orang lagi untuk diracun tuba meraba Kiara di dalam kegelapan malam... Aku dan anak aku diheret sama... Satu ajakan yang sukar untuk aku berkata tidak.
Hari Sabtu, 4 Mei 2014. Jadualnya...aku bergerak dari rumah sekitar jam 6.30 petang untuk bertemu di Sri Hartamas. Selesaikan solat magrib di sekitar situ sebelum bergerak masuk ke Kiara. Takdirnya awal petang hujan turun lebat. Sedikit menggusarkan kalau hujan berterusan membawa ke malam. Mujur hujan berhenti...Rancangan diteruskan.
Selesai solat magrib di surau Segambut Tambahan, aku dan Faris, anak aku, bergerak ke Sri Hartamas. Parkir kereta di depan Old Town White Coffee. Yang lain menyusul tiba. Pian, Ooi, Amin dan Sumi dari Penang. Rudz dari Wangsa Maju. 7 orang akan menerjah Kiara dalam kegelapan malam...
8.30 malam, kayuhan bermula. Ikut jalan 19/70A sehingga ke simpang 3. Kemudian membelok kiri dan menghadap pendakian panjang Jalan Desa Kiara menuju ke muka denai di depan kondo Kiaramas Ayuria. Langit cerah setelah petangnya hujan lebat. Suasana lembap dingin berkabus... Nyaman...
Pembuka tirai ialah pendakian denai berbatu. Denai lebar dengan kecerunan 15-20%. Kelam malam menyelubungi dan membatas jarak penglihatan hanya kepada apa yang tersuluh dengan lampu. Kaki menujah pedal sambil mata menghantar maklumat apa yang dipandang. Tindakbalas perlu pantas untuk disesuaikan dengan pandangan. Pemandangan boleh cepat berubah. Pian menonong ke depan. Sumi diberi penghormatan menjadi sweeper menjaga bahagian belakang. Batu-batu granit dilambak bersepah di atas denai lebar doubletrack. Mencari line kayuhan tidak susah. Warna putih batu memantul cahaya membantu mencari laluan...
Denai Boner bermula dengan mendaki laluan berbatu yang kemudiannya bertukar kepada laluan tanah merah. Mujur walau tadinya hujan lebat, jalan tidak terlalu berlumpur. Kemudian dihadap pula dengan kawasan lapang tanah merah yang sudah disodok jentera pengkerkah tanah. Ingatan mula dikerah mencari mana satu arah. Pian terjumpa satu denai di sebelah kiri laluan. Aku dengan ingatan yang samar merasakan itu bukan... Mana laluannya. GPS yang dibawa juga tidak mempunyai tracklog yang sepatutnya... Aduhhhhh....
Dalam samar kelam ternampak satu laluan di sebelah kanan. Laluannya bercabang pulak. Aduhhh.. sekali lagi. Mana satu nak ditala ni??? Perlahan-lahan ingatan kembali datang ke dalam benak aku. Laluan kanan adalah laluannya.
Laluan segera berubah rupa dari laluan tanah bersodok ke denai dalam rimba. Pokok-pokok mula muncul menghias kiri kanan denai. Cerunnya mula sedikit melandai. Rasa tenang sikit berkayuh. Tayar traktor gemuk 2.35 tidak lagi membantah sangat. Baru syok sekejap berkayuh dah kelam kabut lagi sekali sebab dah berjumpa lagi satu simpang. Pian punya kunci petanda "steep climb... ". Aku jadi jiwa kacau. Pian cuba redah cabang kanan. Yang lain pakat mengikut. Dah... takkan nak tinggal situ tercongok saja. Baru kayuh sat, hati aku berasa tak sedap. Bukan itu jalannnya. Hanya gerak naluri saja...Aku kata ini bukan jalan. Patah balik dan ambil balik cabang kiri tadi.
Aku terlepas ke depan sementara Pian berpatah balik setelah dia ke depan tadi meninjau laluan. Rupa denai selepas itu nampak lebih meyakinkan. Aku di depan berkayuh hanya berpandu gerak hati. Berjumpa lagi satu cabang. Hati jadi lapang dan senang sebab sah laluan betul. Cabang kanan diambil dan tak lama lepas tu muncullah "steep climb" yang dirindukan sangat oleh Pian. Aku cuba terjah setakat terdaya. Cerun curam, penuh alur dan sedikit licin. Resepi untuk cabaran pedas. Aku mengalah selepas mendaki beberapa meter saja. Tak daya dah. Kaki lenguh lesu. Dada dan paru bagai nak pecah. Jantung bergegar 8 pada skala richter. Aku meminggir ke kiri, memberi laluan kepada yang lain sikaki besi untuk meneruskan pendakian. Aku teruskan dengan tolak-tolak-kayuh, tolak-tolak-kayuh. Kaki Penang mali memang juara kerabat belaka. Sekali masa Ooi naik, macam treler 18 tayar gayarnya. Bukan kerana saiz Ooi dan basikalnya (ehemmm!). Tapi kerana lampunya yang terang macam lampu treler.
Lepas habis pendakian jadi kecoh sekejap bila ada pokok tumbang melintang denai. Rudz kata nibong. Aku tak pasti. Yang pasti jenis palma berduri. Kalau rodok tayar, berdesirlah angin keluar. Boner sudah makin sampai ke penghujungnya. Denai makin melandai dan sedap dikayuh. Satu yang agak memeranjatkan, walaupun tadi petang hujan lebat bukan main, denai tidak becak. Hanya ada satu dua lopak kecil...
Selamat tinggal Boner. Hello Janie's... Errr.. Boner dan Janie's tu nama denai di bukit Kiara. Jangan fikir yang bukan-bukan! Suasana malam rimba sunyi dan tenang. Sesekali nampak langit bila tiada rimbunan pohon menutup pandangan. Tiada bunyi-bunyian makhluk hutan. Yang memecah hening malam hanyalah bunyi rakap basikal Goka Ooi. Pedal baru katanya...Patutlah. Janie's mula melandai dan mencerun turun. Bila begitu, Pian akan memanggil Rudz supaya berkayuh di belakang dia. Kenapa? Sebab Rudz ada pasang GoPro! Bikin pilemlah!
Janie's memang manja dan nakal. Denai beransur-ansur laju dalam liuk lentok rimba. Tak lalu aku nak peligan Pian di depan. Dengan Rudz pulak dok cucuk angin di belakang. Sebaik melepasi pagar sempadan, aku meminggir ke kanan memberi laluan kepada Rudz mengejar Pian. Yang lain-lain laju menderu. Nak ambil gambarpun tak sempat. Mujur sweeper Sumi sporting. Sanggup memperlahankan basikal sekejap memberi peluang kamera aku merakamkan aksi. Jarak kayuhan sudah 1/3. Masa untuk berehat barang seminit dua...9.30pm. Pit stop pertama di simpang ke Flinstone. Pian pi tersasul la pulak tersebut nak lalu Flinstone selepas rehat. Nasib baik dia tersasul...
Ada sikit lagi pendakian menanti. Dari simpang nak ke denai Twin Peaks. Curam dan sempit. Memang aku tak lalu nak tujah. Sudahnya tertinggal di belakang sorang diri. Cuak jugak weiii...Kawan-kawan sudah menunggu di atas. Aku hayun dulu untuk mencari tempat sesuai nak tangkap gambar. Laluan malam itu menongkah arus biasa Twin Peaks. Semua tidak sabar nak terjah larian turun hingga ke simpang 4. Sekali lagi aku hampir kecewa sebab tak sempat merakam aksi. Semua yang turun laju menderu. Sekali lagi tertinggal di belakang. Aku ingat nak sebab laju-laju kononnya. Hajat besar tak kesampaian sebab mata tak berapa terang. Kabus menutup cermin mata aku. Menggagau jugak mencari laluan. Rupanya ada banyak bonggol baru dibina. Bonggol-bonggol itu ada benteng penahan air (waterbar) untuk mengalirkan air ke tepi denai. Kalau mau lebih adrenalin, henyak saja benteng air, tangkap angin sikit. Ada beberapa benteng air baru dibina. Terima kasih kepada petugas-petugas sukarelawan yang menjalankan tugas selenggaraan denai. 6 jahanam di depan sudah ghuyup entah ke mana. Aku terkial sorang-sorang melayan deru turun Twin Peaks hingga ke simpang 4...
Denai 2K pula di dalam menu. Teragak untuk menyantapnya luluan biasa atau menongkah arus. Berlaku perdebatan singkat tetapi tidaklah sampai terjadi adegan tumbuk menumbuk dan baling basikal. Muktamadnya, laluan menongkah arus diambil. Pian sekali lagi meluru. Aku menyusul. Memang arusnya menurun. Sedap melayan meliuk lentok hinggalah bertemu dengan swithchback tajam dengan denai yang off camber. Nyaris aku terhumban ke bawah bila tayar traktor hilang gigitan. Lepas switchback off camber, ada satu seksyen mendaki yang menyebabkan ramai kecundang. Aku tercicir di belakang sekali lagi. Dengan sweeper-sweeper sekali tinggalkan aku. Laluan sepatutnya membelok kiri ke Apollo. Namun geng depan, dek kerana terlebih ghairah suda
h termasuk ke Mission. Jenuh aku bertempik suruh patah balik...
Satu perkara yang aku perasan bila berkayuh di dalam gelap ini ialah pergantungan kepada deria mata perlu dikurangkan. Deria-deria lain perlu diaktifkan. Giro pengimbang yang terbina dalam di dalam badan kita jadi lebih sensitif. Deria-deria lain lebih responsif untuk menimbal balas kekurangan deria mata. Dan basikal full suspension sangat membantu. Suspensi bekerja keras untuk menyerap kesilapan-kesilapan dan kealpaan penunggang. Baru terasa sangat nikmatnya berkayuh full-sus.
Aku terdorong membebel bab ini kerana laluan dari cabang untuk ke Apollo berselirat dengan akar dan batu. Akar dan batu diserap dengan baik oleh sistem ampaian basikal walaupun pengayuh tidak sempat untuk respon. Dan sebaik turun menghala ke Apollo, kelebihan itu terasa sangat. Laluan Apollo juga ada banyak akar dan drop yang perlu dikendalikan... Kerjanya lebih mudah kalau basikal full suspension. Bestttt...
Keluar ke jalan tar selepas Apollo, baju aku dah basah lencun. Tak taulah sebab peluh semata atau sebab-sebab lain. Mungkin sebab faktor kelembapan (humidity) yang tinggi kot. Fasa tarmac fasa santai berkayuh longlai dari hujung Apollo menuju ke satu lagi muka denai. Laluan Lower Short. Aku jadi malas bila memikirkan nak kena memanjat lagi. Adusss...Takpa, berhenti rehat sekejap di kawasan pondok wakaf. Berhampiran ada anak sungai yang mengalir jernih. Di pondok wakaf itulah aku pernah bersolat magrib bersama MTBers lain waktu berkayuh hash bulan Januari dulu...
Lower Short bermula dengan gempak. Dari tarmac masuk ke denai kemudian dengan pantas memanjat tebing curam untuk masuk ke denai. Aku biarkan yang lain melepasi. Tinggal Pian saja di depan aku. Aku cuba ikut rentak lenggang lenggok Pian berdangdut dengan Pivot 5 nya. Mulanya aku tak berapa gemar nak layan sangat sebab Lower Short ini biasa dimakan dari atas. Laluan menurun. Ini kali makan dari bawah pulak. Laluan menaik. Aku terbayang beberapa drop curam dan pantas menanti di depan yang perlu dikerabat. Tapi... selepas melayan memanjat beberapa drop pendek rasa seronok pulak. Puas la hati dapat sesah hampir semua gon melainkan ada satu yang gon menaik kembar yang agak curam dan panjang yang aku kandas. Itupun sebab Pian dah terberhenti di depan aku. Kalau tidak... harus aku tak lepas jugak! Heh... heh.
Mencungap dengan cungapan kepuasan bila gon terakhir Lower Short dilepasi. Tarmac memisahkan laluan seterusnya...Hujung Twin Peaks Timur. Perlu mendaki denai doubletrack berbatu. Kemudian membelok ke kanan ikut denai Boulder. Dari boulder yang lebar, kemudian membelok kanan dan turun ke bawah. Disergah oleh cerun menurun berbatu. Sekali lagi aku tercicir di belakang. Cerun berbatu membuat aku terkedu seketika. Dengan perkiraan keadaan pantas, isyarat neuro automatik dihantar ke tangan supa membrek berdikit-dikit sahaja. Sang Bara mendapat momentum bila brek dilepaskan. Dan...dengan sedikit kelajuan dan kawalan, cerun berbatu lebih senang dihadap bila ada sedikit kelajuan.
Denai Barakuda diikut. Kayuh punya kayuh, tahu-tahu denai dah macam berpusing balik menghampiri pondok wakaf tempat kami berehat tadi. Uh oh... salah jalan sudahhhh... Gerombolan berpatah balik mencari laluan yang betul. Rupanya sudah terlepas satu simpang. Itu semua Pian punya salah. Kayuh laju sangat tak tengok simpang di kiri kanan. Kembali ke jalan yang benar dan berhadapan dengan pendakian berbatu. Semua main tolak saja...Dalam kepala aku mencongak anggaran kasar berapa jauh lagi untuk sampai ke titian kurus Wasteland. Dah tak jauh dah ni. Dan... habuan yang menunggu di kepala titi memang mengujakan.
Aku di belakang dengan sweeper. Melayan belokan belokan balik yang curam, sempit dan pantas. Sedang sedap melayan belokan terdengar bunyi berdebuk. Rupanya Sumi sudah tergolek. Adussss...Mujur tiada kecederaan serius. Hanya sedikit calar pada beskal dan emosi. Ah... lupa nak bagi tau. Siang tadi Sumi dah belasah acara XTerra. Malam boleh sesah kayuh lagi. Hebat dia ni...
Denai sempit dan
berbelok tajam. Dilayan dengan adunan perasaan seriau-seriau berani.
Habih semua peluh hangat sejuk keluar. Sampai basah lencun baju
seluar. Datang pula bahagian berbatu. Itu kena lanyak dengan laju.
Kalau pelan-pelan, hilang momentum. Boleh tersekat, hilang imbangan,
jatuh berdentum. Walaupun cerun menurun, terasa penat juga sebab tubuh
bahagian atas banyak bekerja. Titian kurus Wasteland makin dekat!
Mental disediakan. Imbangan dikemaskan. Dan... muncullah titi kurus
sepanjang 10meter terbentang di depan. Mujur entrynya baik. Lancar dan
tidak gagap. Maka lebih mudah berkayuh lancar melepasi titian kurus.
Wooo hooooo...
Selepas titian, gon sempit menaik. Memang aku tak pernah lepas menujah naik. Tolak sajalah...Adegan seterusnya merupakan mimpi ngeri kepada mereka yang menggunakan bar hendal lebar macam tanduk kerbau balar. Laluan sempit dicelah pokok getah. Di kiri tebing, di kanan gaung. Kalau "tumpor" (tanya Sumi apa makna perkataan ini) jenuh melaung.
Kawan-kawan di depan macam Amin dan Ooi yang pakai bar hendal lebar jenuh menggunakan segala kemahiran imbangan dan cilokan untuk melepasi halangan slalom pokok getah.
Slalom
sempit pokok getah selamat dilepasi. Gerombolan depan sudah menunggu
di simpang IUD (Ini Ulu Damansara). Denai lebar sedikit becak.
Berkayuh mendaki perlahan dan santai. Tiba di hujung, melintas jalan
tar kemudian turun gon mencari muka denai seterusnya di Plan C. Satu
lagi siri denai sempit yang mencabar kemahiran. Ada satu bahagian yang
cukup mengerikan. Denai selebar satu kaki dengangaung di kiri dan
tebing di kanan. Sebelum ini aku main terjah kayuh saja. Lepas tanpa
gusar sebab aku tak perasan ada gaung di kiri. Maklumlah, gelap. Bila
dah tahu ada gaung di kiri, hati jadi cuak, dan malam itu aku terpaksa
berpuashati dengan hanya memimpin basikal melepasinya. Sumi di belakang
aku sekali lagi membuat aku terkejut ungka bila tiba-tiba dia berguling
ke dalam gaung. Bahana bar hendal tanduk kerbau tersagat tebing dan
dia hilang imbangan. Kussss semangat. Sekali lagi nasib dia baik
kerana tiada kecederaan... Hanya botol air dia tercalar sikit sebab
terhumban ke bawah.
Penghujung kayuhan semakin hampir. Plan C membawa ke sempadan
berpagar. Pagar tinggi 10 kaki yang cuba dipanjat Pian tapi tak berjaya
sebab pagar direka sedemikian rupa. Mata pagar rapat dan sempit tiada
ruang untuk memasukkan jari untuk berpaut. Kesian monyet-monyet dan
makhluk hutan lain yang terperangkap di dalam pagar.
Jam sekitar 11.10 malam. Langit malam cerah dan terang. Aku sempat mengingatkan semua akan bahaya satu pokok yang dah dua kali menyagat helmet aku dalam kayuhan keluar. Pokok di atas gon selepas turun dari pagar. Dan kali itu selamat helmet aku dari disagat dahan pokok senget sebesar sepemeluk. Berderu-deru yang lain mengikut dari belakang dan aku biarkan mereka lepas lalu. Hidangan terakhir masih lagi pedas. Denai sempit berselirat akar dengan beberapa lintasan longkang yang boleh membuat anda terbongkang. Di latar terdengar bunyi kenderaan menderu dan tiba-tiba anda terpacul keluar di sebalik tembok dan berhadapan dengan lebuhraya Sprint. Suasana yang sungguh kontras dengan tadi. Dari kelam malam hening damai rimba bertembung dengan riuh hingar kota raya...Siar kaki di tepi Lebuhraya Sprint bersebelahan Sekolah Menengah Seri Hartamas disusur untuk melabuh tirai kayuhan malam itu. Maka berakhirlah acara berkayuh MTB waktu malam meredah denai hutan rimba dalam kelam malam...Satu pengalaman luarbiasa. Sungguh! Anda MESTI cuba!
EPILOG
Bila berada di atas basikal, memang sel-sel dan jiwa terasa muda. Walau sudah keluar denai, rasa gila-gila tu masih bersisa. Jalan tar biasa kurang perisa. Di sesah pula segala tebing dan tangga. Buah penyudah sebelum kayuhan ditamatkan di mamak Bestari, Seri Hartamas. Jam 11.30 7 pengayuh melabuhkan sauh. Dengan badan berpalut selut berendam peluh. Komen-komen "lazat, sedap dan puas..." berkumandang memasuki telinga. Sudah ada ura-ura ingin jadikan acara biasa. Sebulan atau dua bulan sekali. Waduhhhhh... Harap para tamu dari Tanjung, Pian, ooi, Amin dan Sumi berasa puas dengan kayuhan dan layanan. Harap juga Rudz mendapat apa yang dihajati. Maaf di atas segala kekurangan terutama dalam beberapa insiden hilang arah tujuan. Tunggulah, nanti bila malam bulan mengambang ...Kita terjah lagi.
TAMMAT
*gon = cerun/ bukit kecil dalam loghat utara.
Gambar-gambar kayuhan malam Kiara boleh ditengok di sini
Denai-denai Kiara memang terkenal dengan lingkaran denai sempit berliuk lentuk naik turun di dalam rimba. Teknikal, satu perkataan mudah menerangkannya. Berkayuh di Kiara pada wktu siang terang benderang cukup menggusarkan, pada masa yang sama, memberikan cabaran yang merembeskan adrenalin dengan laju bila segala cabaran dan rintangan dapat diharungi. Ataupun,,akur saja yang Kiara terlalu hebat dan hanya dapat diharungi dengan cara turun dan menuntun basikal.
Bagaimana kalau dua unsur ini digabungkan? Denai teknikal dikayuh dalam kelam malam? Itu yang dilakukan oleh sekumpulan pengayuh yang kemaruk adrenalin.
Ooi dan Amin |
Hari Sabtu, 4 Mei 2014. Jadualnya...aku bergerak dari rumah sekitar jam 6.30 petang untuk bertemu di Sri Hartamas. Selesaikan solat magrib di sekitar situ sebelum bergerak masuk ke Kiara. Takdirnya awal petang hujan turun lebat. Sedikit menggusarkan kalau hujan berterusan membawa ke malam. Mujur hujan berhenti...Rancangan diteruskan.
Kerabat pelan-pelan... |
8.30 malam, kayuhan bermula. Ikut jalan 19/70A sehingga ke simpang 3. Kemudian membelok kiri dan menghadap pendakian panjang Jalan Desa Kiara menuju ke muka denai di depan kondo Kiaramas Ayuria. Langit cerah setelah petangnya hujan lebat. Suasana lembap dingin berkabus... Nyaman...
Di depan Kiaramas Ayuria... |
Lihat batu-batu diiringan jalan... |
Dalam samar kelam ternampak satu laluan di sebelah kanan. Laluannya bercabang pulak. Aduhhh.. sekali lagi. Mana satu nak ditala ni??? Perlahan-lahan ingatan kembali datang ke dalam benak aku. Laluan kanan adalah laluannya.
"Steep climb" yang dirindui Pian |
Tepi...tepi...treler nak lalu |
Lepas habis pendakian jadi kecoh sekejap bila ada pokok tumbang melintang denai. Rudz kata nibong. Aku tak pasti. Yang pasti jenis palma berduri. Kalau rodok tayar, berdesirlah angin keluar. Boner sudah makin sampai ke penghujungnya. Denai makin melandai dan sedap dikayuh. Satu yang agak memeranjatkan, walaupun tadi petang hujan lebat bukan main, denai tidak becak. Hanya ada satu dua lopak kecil...
Pokok tumbang halangan biasa... |
Sweeper bertugas baru melepasi pagar... |
Suka sangat! |
2K menongkah arus ~ bahagian mendaki |
h termasuk ke Mission. Jenuh aku bertempik suruh patah balik...
Cantik permainannya bermain di outer line... |
Aku terdorong membebel bab ini kerana laluan dari cabang untuk ke Apollo berselirat dengan akar dan batu. Akar dan batu diserap dengan baik oleh sistem ampaian basikal walaupun pengayuh tidak sempat untuk respon. Dan sebaik turun menghala ke Apollo, kelebihan itu terasa sangat. Laluan Apollo juga ada banyak akar dan drop yang perlu dikendalikan... Kerjanya lebih mudah kalau basikal full suspension. Bestttt...
Pit stop # 2 pondok wakaf dekat sungai |
Ooi memanjakan Goka masuk ke Lower Short |
Mencungap dengan cungapan kepuasan bila gon terakhir Lower Short dilepasi. Tarmac memisahkan laluan seterusnya...Hujung Twin Peaks Timur. Perlu mendaki denai doubletrack berbatu. Kemudian membelok ke kanan ikut denai Boulder. Dari boulder yang lebar, kemudian membelok kanan dan turun ke bawah. Disergah oleh cerun menurun berbatu. Sekali lagi aku tercicir di belakang. Cerun berbatu membuat aku terkedu seketika. Dengan perkiraan keadaan pantas, isyarat neuro automatik dihantar ke tangan supa membrek berdikit-dikit sahaja. Sang Bara mendapat momentum bila brek dilepaskan. Dan...dengan sedikit kelajuan dan kawalan, cerun berbatu lebih senang dihadap bila ada sedikit kelajuan.
Denai Barakuda diikut. Kayuh punya kayuh, tahu-tahu denai dah macam berpusing balik menghampiri pondok wakaf tempat kami berehat tadi. Uh oh... salah jalan sudahhhh... Gerombolan berpatah balik mencari laluan yang betul. Rupanya sudah terlepas satu simpang. Itu semua Pian punya salah. Kayuh laju sangat tak tengok simpang di kiri kanan. Kembali ke jalan yang benar dan berhadapan dengan pendakian berbatu. Semua main tolak saja...Dalam kepala aku mencongak anggaran kasar berapa jauh lagi untuk sampai ke titian kurus Wasteland. Dah tak jauh dah ni. Dan... habuan yang menunggu di kepala titi memang mengujakan.
Aku di belakang dengan sweeper. Melayan belokan belokan balik yang curam, sempit dan pantas. Sedang sedap melayan belokan terdengar bunyi berdebuk. Rupanya Sumi sudah tergolek. Adussss...Mujur tiada kecederaan serius. Hanya sedikit calar pada beskal dan emosi. Ah... lupa nak bagi tau. Siang tadi Sumi dah belasah acara XTerra. Malam boleh sesah kayuh lagi. Hebat dia ni...
Plan C |
Selepas titian, gon sempit menaik. Memang aku tak pernah lepas menujah naik. Tolak sajalah...Adegan seterusnya merupakan mimpi ngeri kepada mereka yang menggunakan bar hendal lebar macam tanduk kerbau balar. Laluan sempit dicelah pokok getah. Di kiri tebing, di kanan gaung. Kalau "tumpor" (tanya Sumi apa makna perkataan ini) jenuh melaung.
Kawan-kawan di depan macam Amin dan Ooi yang pakai bar hendal lebar jenuh menggunakan segala kemahiran imbangan dan cilokan untuk melepasi halangan slalom pokok getah.
Pagar sempadan |
Pokok yang dah dua kali menyagat kepala aku... |
Jam sekitar 11.10 malam. Langit malam cerah dan terang. Aku sempat mengingatkan semua akan bahaya satu pokok yang dah dua kali menyagat helmet aku dalam kayuhan keluar. Pokok di atas gon selepas turun dari pagar. Dan kali itu selamat helmet aku dari disagat dahan pokok senget sebesar sepemeluk. Berderu-deru yang lain mengikut dari belakang dan aku biarkan mereka lepas lalu. Hidangan terakhir masih lagi pedas. Denai sempit berselirat akar dengan beberapa lintasan longkang yang boleh membuat anda terbongkang. Di latar terdengar bunyi kenderaan menderu dan tiba-tiba anda terpacul keluar di sebalik tembok dan berhadapan dengan lebuhraya Sprint. Suasana yang sungguh kontras dengan tadi. Dari kelam malam hening damai rimba bertembung dengan riuh hingar kota raya...Siar kaki di tepi Lebuhraya Sprint bersebelahan Sekolah Menengah Seri Hartamas disusur untuk melabuh tirai kayuhan malam itu. Maka berakhirlah acara berkayuh MTB waktu malam meredah denai hutan rimba dalam kelam malam...Satu pengalaman luarbiasa. Sungguh! Anda MESTI cuba!
Dari kiri... Amin, Ooi, Rudz, BC Kelolo, Pian, Faris dan Sumi |
EPILOG
Hasil tuaian |
TAMMAT
*gon = cerun/ bukit kecil dalam loghat utara.
Gambar-gambar kayuhan malam Kiara boleh ditengok di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)