Jarak : 300M - 500M
Kategori : Merah/Hitam
Sinopsis : Denai pendek pantas dengan beberapa features untuk DH dan FR.
Untuk mereka yang sukakan kayuhan lasak teknikal turun bukit dan kayuh bebas, Kampung Melayu Tambahan menawarkan cabaran hangat. Sayang, kawasannya terhad maka denainya pendek. Dalam sekitar 300M - 500M. Jarak yang pendek itu memberikan kelebihan iaitu mudah untuk menolak basikal naik balik ke tempat permulaan. Jaraknya yang pendek mendorong pengayuh jadi rajin melakukannya berulang-ulang.
Apa-apa hal makan dulu... |
Muka denai terletak berdekatan dengan warung dan gerai makanan. Antara faktor tarikan kerana anda boleh lepak dan minum untuk setiap run. Sungguh!
Menurut Abah Geja, memang denai ini pendek sahaja. Tetapi, mereka telah berusaha menambahkan berbagai aksesori sedikit demi sedikit bagi menjadikan denai lebih seronok dan mencabar di belasah. Saya akan kongsikan dengan anda binaan-binaan denai yang menarik. Sama ada anda akan teruja dan meleleh air liur semerta atau terkujat dan jadi gayat sama sperti yang saya alami (maklum pengayuh XC sahaja).
Muka denai |
Dari puncak, anda akan dihidang dengan belokan-belokan pantas dengan berm. Juga setompok dua tanjakan untuk melambung anda ke angkasa.
Bila kelajuan mula meningkat, tercongok pula dinding wallride yang membuatkan cicakman jadi cemburu sebab basikal melekat di dinding.
Master Sifu Nan Bully |
Turun dari table top akan menjelma pula satu lagi tanjakan naik. Terpulang sama ada mahu bergolek naik atau sekali lagi dilambung ke udara untuk menerima cerun receiver di sebelah sana. Laluanturun laju disambut berm yang membelok kiri dan menghantar anda ke satu lagi tanjakan tabletop.
Kerabat table top dan turun untuk larian panjang. Bina kelajuan untuk melepasi drop di hadapan. Selepas drop, larian panjang dengan berm belokan kiri dan terus sampai ke penghujung larian.
Mana graviti? |
Kalau takat membaca cerita saja memang tak dapat "feel". Kena rasa sendiri.
KMF, nama yang digunakan oleh geng sini biasanya beroperasi pada setiap Sabtu dan Ahad. Kelompok pengayuh akan mula menolak naik jentera masing-masing sekitar jam 10.00 pagi setelah mengisi tangki masing-masing. Kemeriahan tamat sekitar jam 6.00 petang. Belum ada cadangan untuk memasang lampu limpah untuk kayuhan malam.
Selain berkayuh, geng Geja juga rajin menyangkul dan membina struktur-struktur untuk menambahkan lagi keseraman kayuhan.
Keselamatan sangat dipentingkan. Helmet pakaian wajib. No Helmet NO Ride! Pakaian keselamatan lain seperti pelapik lutut, pelindung siku, neck brace sangat digalakkan.
Bila anda nak cuba???
Lagi gambar-gambar boleh di tengok di sini
No comments:
Post a Comment