Wheelset Fulcrum Red Metal 5 pada Sang Raksa |
Aku pakai lebih 2 tahun tanpa masalah, tanpa gelong. Puas hati! Apa bendapun kalau selalu dipakai, boleh jadi haus. Lepas 2 tahun lebih, dikesan kaset menjadi gelong. Aikkk...hairan juga pada mulanya. Selepas bicyclopsi, dikesan simtom disebabkan oleh freehub body yang gelong. Diagnosisnya, bearing di dalam freehub body sudah haus.
Aku buka bearing dan usung ke beberapa kedai bearing di KL yang aku tahu. Semua jawapan sama..."Ini bearing saiz spesel punya woooo...kita tak da jual ini bearing". Ahhhh...sudah. Rujuk laman web fulcrum dan dikenalpasti part number bearing ini ialah RM0-009 SEALED BEARING FOR FW BODY. Sambil cari-cari bearing ada pula Fulcrum jual freehub body yang serasi dengan RM5 ni. Part number untuk freehub body ialah RM3-122.
Dari Itali beb! |
Kemudian aku teringat Rodalink Singapura. Mereka pernah membantu aku sebelum ini dengan masalah lock nut untuk shaft Red Metal 5.
Aku e-mel ke Rodalink Singapura. Dengan segera dibalas oleh Jason Tan. Jawapan berserta cadangan. Jason mencadangkan supaya aku gantikan saja freehub body menggunakan RM3-122 yang serasi untuk Red Metal 5 dan 3. Freehub asal RM5 ialah RM3-022. Hujahnya kerana mengganti freehub body lebih mudah berbanding menggantikan bearing. Aku akur dengan saranannya. Ringkas cerita, pesanan dibuat. Semua urusan hanya melalui e-mel.
RM3-122 sebelah kiri, RM3-022 sebelah kanan |
Freehub yang rosak segera digantikan dengan yang baru dan wheelset Fulcrum RM5 pada Sang Raksa kembali bertugas. Bila diteliti, nampak beberapa perbezaan di antara freehub asal dengan RM3-122. Buatan nampak lebih kemas. Satu yang aku sangat suka, bunyi ketik ratchet RM3-122 lebih galak berbanding yang asal. Besttttt!
Jadi, untuk kawan-kawan yang pakai wheelset Fulcrum, tidak perlu berasa runsing sangat kalau perlukan alat ganti. Kalau Rodalink Malaysia tidak boleh membantu, hubungi terus Rodalink Singapura. Segala aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui ruang support laman web Rodalink Singapura.
2 comments:
Salam...saya pon ada guna RM5 macam ni...masalah yg sama...penah tnya harga bearing tu...ternyata harga cekik darah...cuma nak tahu...freehub body yang baru tu datang sekali dengan bearing kat dalam atau kena order berasingan?...
Wa alaikummussalaam Fizzi,
Freehub body RM3-122 datang seketul lengkap semua. Hanya perlu pasangkan ke hub saja dan...beresss!
- BC KeLoLo -
Post a Comment