Thursday, April 01, 2010

Spanar Kon

A nda pernah mengalami masalah roda gelong? Bila diperiksa didapati rim elok, jejari elok. Bila ditolak-tarik rim, ada terasa longgar. Nampak pada bahagian hub macam ada ruang kelegaan menyebabkan rim boleh beralih kiri dan kanan. Pergerakan yang sedikit inipun boleh mengganggu prestasi dan menyebabkan kerosakan pada hub dan bebola hub. Puncanya, kerana kon hub melonggar dan tidak mengasak pada hub dengan cukup. Andapun capai spanar saiz 16 anda dan cuba mengetatkan kon. Tapi...tak boleh masuk walaupun saiz dah betul. Ini kerana spanar biasa lebih tebal dari ruang yang ada pada kon. Maka, untuk melaraskan kon,anda perlukan alat ini - SPANAR KON.


Spanar kon dari Icetoolz. Saiz 13, 14, 15, 16,17 dan 18.

Set yang ini dibuat daripada keluli kromoli. Ada juga yang dibuat dari krom vanadium. Kuat dan tahan lasak. Tebalnya cuma 2mm berbanding spanar biasa yang tebal 5mm. Boleh menyelinap ke celahan kon. Saiz yang pelbagai kerana saiz kon juga begitu.

Untuk kali ini, kita berkenalan dengan alat ini dulu. Posting akan datang akan ditunjukkan cara penggunaan dan bagaimana melaras kon hub

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
Bro BC...saiz spanar nak service thru axle XT hub ada tak? Tolon ana lah bro, penin lah.....

BC Kelolo said...

Refer dokumen ni... http://techdocs.shimano.com/media/techdocs/content/cycle/EV/bikecomponents/WH/EV-WH-M776-F-2713A_v1_m56577569830625011.pdf Tool yang diperlukan

1. Spanar kon saiz 23 (Shimano TL-HS23)
2. Spanar headset/BB saiz 31 (Shimano TL-FC31).

Shimano XT AM wheelset punya design agak unik. Berbeza daripada pengeluar lain. Dan Shimano memang suka sangat pakai loose ball bearing, bukan sealed bearing.

Kedua tool di atas diperlukan untuk membuka kon penutup bearing. Jenuh jugak nak mencari tuh...

Nampak gaya kena hantar balik ke Shimano melainkan kalau ada tool di atas. Kedaipun belum tentu ada tools tu...

Anonymous said...

Alamak.....kalau ikut manual bearing hub tu memang kena greasing periodically, lagi pun ada bunyi macam bearing tak ada grease. Nampak macam senang nak service.....kalau ada tools. Ok bro BC for the info, nak kena tanya Samy pulak.....