Monday, September 08, 2008

Ramadan - Kayuh sikit-sikit saja...

Memang bila Ramadan menjengah, telah terpasang nawaitu kayuh beskal bukan jadi keutamaan. Tapi...tak bermakna tinggal langsung berbasikal.

Kayuh ke opis memang stop sat dulu. Tak mampu rasanya redah 10km pi. Balik mungkin tak berapa jadi hal pasai dah petang. Dekat dengan waktu berbuka.

Plan nak londeh basikal untuk full servis tak mula lagipun. Silap-silap terbengkalai macam tu saja. Angin dia belum mari lagi laaaa...

Kemaruk nak berkayuh dihilangkan dengan berkayuh petang Sabtu ngan Ahad. Bawak anak-anak pi bazar Ramadhan. Budak-budak kederat lain walaupun posa. Kayuh la pelan-pelan bawak Element yang ada bucket seat tu. Bukan main suka si Fadlan. La ni pakai seat Beto. Lagi selamat dan selesa pasai ada tempat letak kaki dengan dummy bar untuk dia bergayut.

Farhan dengan Faris ikut sekali kayuh. Walaupun dekat, saja biasakan anak-anak dengan aspek keselamatan. Pakat jakun perak habih orang taman tengok kami anak-beranak kayuh basikal pakai helmet pi bazar ramadan. Ramai budak motor yang saing sambil mengusik Fadlan macam big boss dok melenggak kat belakang. Ha...big boss. Ayah jadi drebar...

Jadila kayuh sikit-sikit buat pelepaih gian...

Ha! Pada satu hari Jumaat, agak lewat malam lepaih tarawih, ada member GLC (Shaque n Dino) dengan Jazlan sebagai guest star, telah berkayuh sahur...Aku tak ikut kayuh, sekadar bersama memeriahkan acara minum lepaih kayuh...
Kopi O teh tarik lepaih kayuh. Aku sekadar memeriahkan acara. Gambar oleh Dino. Diguna tanpa izin.


Kepada semua sahabat sedara Muslim, selamat mengimarahkan Ramadan. Wassalammmmm