Friday, August 17, 2012

IceToolz Tapping Tool

Biasa kena masalah alur bebenang rosak pada basikal atau komponennya? Hati jadi sakitkan? Komponen tidak boleh dipasang sebab alur bebenangnya sudah berbirat dan berselirat. Apa nak buat? IceToolz ada ubat! Saya baru dapat lepas sekian lama memendam hajat.


Datang dalam kantung yang kemas dan cantik

Gergasi peralatan membaiki basikal IceToolz dari Taiwan ini menawarkan set tapping yang hampir lengkap untuk keseluruhan basikal pada harga yang lebih rendah daripada saingan.

Set ini datang dalam beg berzip yang kemas cantik untuk memudahkan simpanan. Sekali pandang macam tas tangan wanita. Isteri pada mulanya menyangka tas tangan untuknya. Maaf sayang, ini bukan untukmu. Ini mainan untuk abang.

Mari kita buka zip dan tengok apa ada di dalam.



Alat yang ada di dalam ialah pemegang "tap" dan "tap" berbagai saiz. "Tap" ialah alat yang berupa sebatang bolt yang berlekuk pada batangnya dan mempunyai alur bebenang. Biasanya sedikit meruncing pada bahagian kepala untuk memudahkan kemasukan dalam lubang yang hendak dibuat atau di baiki alur bebenang.

Saiz tap dalam set ini adalah seperti berikut:-

KOMPONEN BUTIRAN
Pemegang Tap Pemegang tap boleh laras untuk saiz 3/16" - 1/2". Guna untuk memegang dan memulas tap
Tap 9/16" x 20TPI kiri Untuk tap lubang pedal pada lengan engkol kiri set engkol 3 keping standard
Tap 9/16" x 20TPI kanan Untuk tap lubang pedal pada lengan engkol kanan set engkol 3 keping standard
Tap 1/2" x 20TPI kiri Untuk tap lubang pedal pada lengan engkol kiri set engkol sebatang standard American
Tap 1/2" x 20TPI kanan Untuk tap lubang pedal pada lengan engkol kanan set engkol sebatang standard American
Tap M10 x 1.0P Tap saiz M10 untuk lubang pada derailer hanger
Tap M6 x 1.0P Untuk tap lubang pada adaptor brek cakera, boss v-brek dan eyelet untuk fender
Tap M5 x 1.0P Untuk tap lubang bolt untuk cakera brek, lubang pemegang botol air
Tap M3 x 1.0P

Tap yang siap dipasang ke pemegang. Sedia untuk melarik bebenang

Alat tapping ini digunakan untuk membuat alur bebenang, membaiki alur bebenang yang telah rosak dan membersihkan alur bebenang daripada bendasing contohnya cat yang melekat pada alur bebenang menyebabkan bolt atau sekeru tidak dapat dimasukkan ke dalam lubang.

Kalau ada yang berhajat, sila hubungi saya. Nak cuba?

Tuesday, August 14, 2012

Monday, July 16, 2012

TEKKORA - Mendaki Dengan Jaya!

Nama dalam tajuk posting tidak ada kena mengena dengan satu jenama basikal.  Kalau ada, hanya satu kehampiran kebetulan.  Apa maksud disebaliknya?  Akan dilondeh satu persatu sekejap lagi.  Biasala, mesti banyak kona dulu baru sampai ke tujuan.

Berkayuh MTB mendaki bukit atau gon (loghat utara untuk bukit kecil) memerlukan kudrat dan kekuatan lebih daripada berkayuh di laluan landai.  Ramai yang sudah menjadi korban (bukan korban maut ya!) bila berhadapan dengan pendakian, terutama yang curam dan panjang.  Akhirnya hanya mampu berada di sisi basikal gerek dan berpimpin mesra mendaki bukit bersama-sama.

Saya juga sama macam anda.  Peha dan betis cekeding.  Tiada otot dan urat sasa.  Memang sering-sering diketawakan bukit dan gon.  Dada pula tidak bidang.  Peparu dah bersarang dengan nikotin dan tar.  Kalau berjaya mengayuh mendaki bukit curam dan panjang, terasa satu kepuasan yang amat sangat.

Bila saya balik kampung bulan lepas dan berkayuh bersama geng-geng Simpang Empat Tasik, saya jadi kagum dengan keupayaan beberapa pengayuh perempuan dalam kategori "makcik-makcik" (jangan marah noooo...) yang berupaya mengayuh melepasi bukit yang curam dan panjang.  Sayapun bisik-bisik tanya "Apa rahsia depa?".  Maka terjawablah persoalannnya.  Mereka adalah pengamal TEKKORA.  (Tudiaaaaa...mukaddimah.  Berjelaaaa).

Apa pula tu?  TEK KORA adalah ringkasan daripada TEKnik KORA-kora.  Kora-kora tu sebenarnya adalah kura-kura ikut sebutan loghat utara.  Jadilah teknik kura-kura itu TEKKORA.  Okay?  Boleh ikut?  Kalau tak boleh ikut, hampa lagi lembab dari kora.

Jadi apa yang dimaksudkan dengan teknik kura-kura?  Apa hubungkait kura-kura dengan kayuh MTB kerabat bukit dan gon?  Kaedah TEKKORA ialah kaedah mendaki bukit/gon yang curam dan panjang menggunakan gear rendah dengan cadence/putaran engkol yang rendah tetapi dengan kayuhan yang berterusan. 

Sayugia diingatkan kaedah ini kurang sesuai untuk mereka yang berkaki kuat macam kuda. Kalau nak menang perlumbaan, teknik ini bukan untuk dijadikan amalan.  Teknik ini untuk mereka yang mempunyai sepasang kaki yang comel dan stamina yang terbatas.  Kuncinya ialah "Kayuh perlahan lebih baik daripada menolak".  Jika anda tergolong dalam golongan ini dan berhajat untuk terus berkayuh mendaki bukit/gon curam dan panjang, mungkin kaedah ini untuk anda.

Bagaimana caranya?  Untuk permulaan, gunakan gear paling rendah (depan paling kecil, belakang paling besar) bila menghampiri bukit/gon.  Langut tengok ke atas untuk mengagak berapa ketinggian bukit/gon yang bakal dihadapi.  Perhatikan juga keadaan permukaan laluan.  Cuba kesan laluan yang paling kurang rintangan (lopak, bonggol, kayu dan sebagainya).  Kayuh dengan cadence perlahan.  Sekira-kira tidak terasa sangat rintangan pada kaki dan nafas serta jantung tidak berombak dan berdegup laju.  Kekalkan kayuhan dalam nada begitu.  Badan dibongkokkan sedikit jika dirasakan tayar hadapan menjadi ringan dan mudah terangkat.

Itulah mukaddimah TEKKORA.  Kekalkan kayuhan dalam gear dan ritma begitu.  Hati dan mental kena bersabar.  Kadang-kadang terdorong menerjah lebih sedikit apabila ternampak kawan di hadapan.  Konon nak bersaing.  Tanpa sedar terjahan mendadak begitu menyebabkan nafas jadi kencang dan tidak teratur.  Jantung juga berdegup kencang dan asid laktik mula merembes keluar melesukan dan melenguhkan otot-otot kaki.  Sabarrrrr...jangan terburu.  Kawan yang di hadapan itu belum tentu akan dapat meneruskan kayuhan hingga ke puncak.

Dalam pendakian itu mental memang akan teruji.  Pace kayuhan yang relaks akan membantu mengurangkan desakan untuk berhenti akibat pendek nafas dan kelesuan otot.  Sesekali langut ke atas untuk melihat sasaran.  Jangan ditengok lama-lama, nanti akan terasa azab dan siksa sebab masih jauh lagi.  Biarkan pandangan berada sekitar 2 meter di hadapan tayar.  Untuk mengisi masa luang, bolehlah diisikan dengan zikrullah.  Sambil kayuh dapat pahala, insyaAllah.  Bertasbih, bertakbir, bertahmidlah...Sambil berkayuh, perhatikan juga kelajuan.  Jangan sampai terlalu perlahan sehingga basikal melelong kiri dan kanan.  Jika terasa gear terlalu ringan, naikkan satu gear pada gear belakang.  Cuba kayuhan dalam gear itu.  Jika selesa, nafas tidak berterabur dan jantung tidak berdegup kencang melampau, boleh teruskan dalam gear tersebut.  Kalau tidak, kembali ke gear paling rendah.  INGAT!  Sasaran ialah untuk kayuhan tanpa henti menuju puncak.  Kelajuan soal kedua.

Untuk latihan mendaki, anda boleh guna kaedah ini dengan beransur-ansur membuat peningkatan gear dan kelajuan kayuhan.  Ulanglah sehingga anda tidak perlu lagi menjadi KORA.

Saya telah mengamal sendiri kaedah ini dan terasa puas hati dengan hasilnya.  Ia mungkin tidak menjadikan anda sekuat dan selaju jagoan-jagoan lain, tapi ia membantu untuk memberikan lebih rasa kepuasan diri bila bukit/gon tinggi dan curam boleh dikayuh keseluruhannya tanpa perlu menjejakkan kaki ke tanah ataupun berjalan berpimpin mesra dengan basikal.

Selamat mencuba!!!    


p.s. Posting ini saya tujukan kepada crew-crew Geng Kayuh Junjung yang memberikan inspirasi untuk posting ini.

Wednesday, July 11, 2012

Roda-roda Rimba Raya

Artikel ini adalah terjemahan bebas daripada artikel Mountainbike Wheel-size, & the Right One for you yang disiarkan di blog Singletracks.com dan ditulis oleh Bombardier.

Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerugian harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. 


Sudah lama juga aku merangka untuk menulis perihal saiz roda untuk MTB. Apatah lagi dengan kemunculan si kaki besar 29inci dan mutakhir ini saiz 650b sedang bangkit semula.  Tajuk posting tidak ada kena mengena dengan siri TV dengan tajuk yang hampir sama.

Untuk menulisnya dari sifar memang agak sukar dan memerlukan masa. Kebetulan dalam pencarian terjumpa artikel di laman web Singletracks ini memang seperti apa yang aku bayangkan, maka aku ambil keputusan untuk menterjemah saja artikel ini. Diharap menjadi panduan berguna kepada mereka yang masih lagi tercari-cari saiz roda yang mana satu yang sesuai dengan mereka.

Sudah sekian lama MTB bergolek di atas roda bersaiz 26inci. Bukan kerana itu saiz terbaik, tapi kerana hanya saiz itu yang ada untuk digunakan bersama tayar-tayar gemuk bergerutu pada masa itu. Roda diambil daripada basikal yang menggunakan "tayar belon" dan dipasangkan dengan tayar gerutu dari motosikal sebab itu saja pilihan yang ada pada masa itu. Tayar 26inci bukanlah teruk. Malahan, telah bekerja dengan baik selama ini. Dan untuk satu tempoh yang lama, itu saja saiz yang ada. Mujurlah, (bergantung dari sudut mana pandangan anda), akan sentiasa ada segolongan manusia yang sentiasa mencari jalan memperbaiki lagi basikal; dan mereka enggan menerima yang saiz roda 26inci adalah saiz yang terbaik.

Sekarang kita ada beberapa pilihan, dan saya pasti yang ramai pengayuh yang baru bermula (atau sebahagian dari kita yang "Luddites"[anti teknologi]) yang keliru dengan saiz tayar apa yang betul (ketepikan dulu soal politik-roda).

26inci (26er) - Tiada yang buruk boleh diperkatakan tentang saiz piawai ini. Walaubagaimanapun, ia ada batasan; upaya rendah untuk bergolek melepasi rintangan, daya inertia yang rendah, kecenderungan terkandas di dalam pasir dan lumpur.  Manakala kelebihnnya pula adalah; industri MTB berasaskan roda bersaiz 26inci, menyokong/memadani julat saiz pengayuh yang lebih besar, roda yang lebih kukuh dan ringan boleh dibina, julat saiz tayar sepadan yang lebih banyak dan kadar pecutan lebih tinggi.  

29inci (29er) - Roda besar telah membuktikan dirinya bernilai selama puluhan tahun lalu melalui industri pacuan 4 roda.  Sama seperti pada kenderaan pacuan 4 roda, MTB bertayar besar berupaya bergolek  melepasi rintangan dengan lebih mudah, memberikan apungan yang lebih apabila melalui pasir atau lopak lumpur, memberikan lebih sentuhan permukaan untuk cengkaman yang lebih baik dan upaya mengekalkan lajakan (momentum) pada kelajuan tinggi.  Untuk kenderaan bermotor, rekaan lebih mudah disesuaikan dengan tayar lebih besar tanpa menjejaskan pemandu.  Sebaliknya, pada MTB, kerangka untuk roda 29inci perlu direka supaya pusat graviti dan ketinggian "standover"  kekal rendah, menghindar daripada pertindihan tayar dan jari kaki dan memastikan berat keseluruhan rendah.  Memang para pengeluar telah menjalankan tugas ini dengan agak baik, basikal 29inci masih lagi terhad kesesuaiannya kepada pengayuh-pengayuh tinggi.  Kerangka untk pengayuh rendah tidak dapat memberikan ketinggian "standover" pada tinggi yang munasabah, dan memang sukar untuk menghindar pertindihan tayar dengan hujung jari kaki dan pada masa yang sama berhempas pulas untuk mendapatkan tapak roda yang berkesan.  Basikal 29inci yang direka untuk pengayuh dengan ketinggian 5 kaki akan membuatkan pengayuh berada di antara dua tayar, dan pada masa yang sama terpaksa mengawal peningkatan inertia roda yang besar itu.  Tambahan pula, basikal ampai penuh 29inci menghadapi masalah "wheel-travel" yang terhad.  Rekaan yang melebihi 6 inci travel sudah dikeluarkan, tetapi untuk mendapatkan kerangka basikal yang sesuai bagi dimensi sesebuah MTB agak sukar.  Basikal ampaian penuh umumnya lebih berat daripada basikal ekor keras atau basikal rigid.  Ditokok dengan roda yang besar, membina sebuah basikal ampaian penuh yang tidak berat adalah sukar tanpa penggunaan bahan-bahan eksotik dan sistem ampaian yang mudah.


Kombo (69er) - *Ini dedikasi khas untuk kawan aku Sufian Idris - BCKeLoLo.  Ini bukan idea baru.  Dahulu, MTB pernah dibuat dengan gabungan tayar 26inci/24inci. Tujuannya supaya roda depan 26inci yang lebih besar akan mengendalikan halangan dan rintangan manakala roda belakang 24inci yang lebih kecil akan memberikan pecutan pantas.  Konsep yang sama digunapakai untuk gabungan 29inci/26inci.  Rekaan ini boleh menampung pengayuh yang kurang tinggi dan lebih mudah dipecut.  *Tokok tambah BCKeLoLo - biasalah bila digabungkan, akan dapat manfaat keduanya.  Dan...jangan lupa, masalah juga dapat kedua-duanya.

27.5inci/650b - Dikatakan terbaik untuk kedua-dua dunia.  Roda lebih besar daripada 26inci untuk menguruskan halangan dan rintangan tetapi masih lagi boleh memecut dengan pantas.  Saiz ini juga memberikan lebih ruang kepada pengeluar bila mereka membuat kerangka untuk pengayuh berketinggian sederhana dan rendah.  Pengayuh rendah ynag mungkin sukar mendapat padanan pada basikal 29inci, akan mendapati lebih mudah mendapat padanan yang selesa dengan basikal 27.5inci.  Pengayuh yang memasang roda 27.5inci pada basikal 26inci sudah semakin umum kerana kebanyakan kerangka 26inci boleh menerima roda 27.5inci tanpa masalah kelegaan tayar.  Pada basikal rigid ekor keras dengan brek cakera, proses ini akan menjadi lebih mudah.  Kuncinya ialah pada brek cakera kerana penggunaan v-brek terjejas dengan saiz roda yang berbeza.  Malahan, ada basikal ampaian penuh travel panjang (Fisher Fat Possum) sudah dipasang dengan tayar 650b oleh sesetengah kedai.  Ada fork yang memberikan masalah kelegaan tayar bila dipasang roda 650b.  Namun, beberapa jenama utama seperti RockShox Pike, X-Fusion Velvet, Maverick DUC32 dan FOX32 mempunyai ruang kelegaan  yang mencukupi untuk roda 650b.  White Brothers sedang dalam rangka membangunkan fork khusus untuk 650b.  Pengeluar lain, pada masa ini, tidak menyarankan penggunaan fork mereka untuk roda 650b.  Menggunakan roda 650b pada kerangka 26inci tidak akan menjejaskan sangat prestasi kayuhan.  Ia mungkin menyebabkan sudut kepala melandai 1 darjah dan meninggikan braket bawah (pusat graviti).  Masalah ini tidaklah separah menyumbat roda 29inci pada kerangka 26inci. 

**Tokok tambah BCKeLoLo - Di Malaysia, 29inci mendapat sambutan agak hangat.  Dah ramai diperhatikan menukar ataupun sedang berkira-kira menukar kepada 29inci.  650b, walaupun dikatakan lebih bagus secara keseluruhannya daripada 29inci, masih belum memberikan impak besar.  Tidak banyak basikal 650b ditawarkan di pasaran.  Mungkin kerana pengimport dan pengedar masih bertahan dan memberikan laluan untuk menghabiskan lambakan stok 29inci.

Dalam masa setahun, julat pilihan untuk senjata pilihan akan meletoppppp.  29er, 26er, 27.5", 69er, 650b-26er; hanya dibataskan oleh kesanggupan industri untuk mencuba.  Dan selepas beberapa tahun berevolusi dengan perlahan, dunia MTB seakan sudah mencapai titik revolusi.  Rekaan ampaian baru, rekaan roda dan materi kerangka semuanya menyumbang ke arah ini.  Apapun, ianya menjadi semakin mengujakan.

Monday, July 09, 2012

Minggu Tayar Pancit Se Malaya?

Posting terakhir aku bertajuk hilang angin.  Cakap-cakap kita tu kadang-kadang menjadi doa.  Dan kadang-kadang doa itu dimakbulkan segera.  Minggu ini aku betul-betul kena serangan hilang angin.  Penyakit itu melanda tak lain tak bukan, kepada barang yang berangin.  Apa barangnya?  Tiub basikal laaaaa...

Mula-mula kena serangan ialah Rockin'Blues.  Basikal touring aku.  Tayar depan hilang angin tanpa disedari.  Tayar depan basikal touring/komuter itu hanya disedari kempis lembik melepek bila aku nak bawa basikal itu ke kedai.  Oleh kerana ada basikal lain untuk memikul tugasnya buat sementara waktu, aku biarkan saja RnB begitu.  Tunggulah bila virus M(alas)  yang menyerang aku reda...

Adegan 2, tiub depan Sang Raksa.  Sedang elok bersiap untuk layan KeRabu, bila angin tayar depan nampak kurang, kenalah ditambah.  Injap presta pada tiub patah kepalanya.  Menderu angin keluar.  Tiub tak bocor...penutup injap yang rabak...Pengunci injap presta tu entah macam mana boleh patah.  Mujur ada tiub gantian.  Dengan pantas tiub diganti dan selamatlah kayuhan Carcosa malam itu.

Adegan 3, semalam...Sabtu, 07/07/2012.  Sang Boboi diheret ke Taman Lembah Kiara.  KLMTB Carnival ada buat acara untuk anak-anak berbagai peringkat umur.  Anak aku didaftarkan untuk acara kategori 7-10 tahun.  Malam sebelumnya, sudah jenuh berhempas pulas menala Sang Boboi.  Beberapa komponen diganti dengan komponen prestasi perlumbaan tahap Super Saiyya.  Tekanan angin diperiksa dan dipam tepat 35.217psi.

Sampai di Taman Lembah Kiara, Alan membawa Sang Boboi berkitar sekeliling sebagai pemanas badan.  Dan cuaca semalam memang panas.  Jadi, tak perlu memanaskan badan lama-lama sebab cuaca sudah panas.  Dengan tidak semena-mena  tayar belakang Sang Boboi kempis.  Halamak!  Tiub gantian tidak dibawa.  Ada kedai basikal yang buka gerai pameran di situ.  Tapi...tak ada satupun yang menjual tiub saiz 24. Nak buat macam mana?  Nak buat macam mana?!!!

Tiub gantian tiada.  Ikhtiar kedua...tampal tiub.  Mujurlah kit penampal tiub aku sentiasa bawa.  Beressss!  Tiub siap ditampal dan Sang Boboi dapat beraksi.  Tidak habis di situ.  Setelah tamat acara, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah, masa untuk balik.  Baru gaya nak sorong basikal balik ke kereta, berdetup bunyi dari injap presta.  Bunyi detup dengan pantas diiringi bunyi desir angin dan tayar Sang Boboi kempis kecut dengan semerta.  Mujur dah selesai acara.  Mujurrrrr...Dua bocoran dalam masa tak sampai 2 jam.  Sampai sekarang tiubnya belum diganti.  Aku penat.

Adegan 4, rancangan asal untuk ke Ladang Tuan Mee berkayuh dengan Briged Basikal BTP terbantut kerana hujan lebat.  Alang-alang dah siap, haluan dialih ke kawasan yang kering dan ternag benderang... PCP.  Galaklah aku dan anak-anak, Faris dan Farhan melayan denai-denai PCP.  Tiba di denai no 6 merah selepas pendakian pertama dengan tiba-tiba tayar depan berbunyi kelepek kelepek laksana bunyi tahi lembu berguguran jatuh ke bumi.  Laaaa...pancit lagi.  Angin hilang bukan kerana lubang pada tiub tetapi sebab rabak pada pangkal injap.  Memang tak boleh ditampal.  Dan...mujur juga pada saat-saat akhir tadi aku sempat menyuruh Faris membawa satu tiub gantian.  Tidak sia-sia...Aku ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada nyamuk-nyamuk yang sudi datang beramai-ramai menemani aku ketika aku sibuk menukar tiub tadi. 


Empat insiden hilang angin itu memang boleh menaikkan angin.  Kalau ikutkan dungu rasa, memang terasa nak marah.  Nak marahkan siapa?  Bukan ada sesiapapun yang mendajalkan tiub-tiub itu...Semua yang terjadi adalah dengan kehendakNya.  Barangkali ujian dan dugaan untuk aku...Redholah dengan ketetapanNya...Bila pemikiran dicondongkan begitu, tenang rasa hati.  Innalillah..semuanya dari Allah...

Tuesday, June 26, 2012

Hilang Angin!

Hilang angin boleh membuatkan kita mati angin, lama-lama naik angin sebab tak boleh pergi makan angin. Pam Topeak JoeBlow Sport II yang saya beli pada bulan Februari tahun lepas dah hilang angin. Menolak tarik pelocoknya terasa ringan tak melawan langsung. Tiada desis angin menderu keluar di kepalanya. Ishhhhh...


Gegelang O yang sudah haus dan kecut
Sistem pemasangan mudahnya membolehkan penutup silinder utama dibuka dan diperiksa. Diagnosis kepada penyakit hilang angin ialah kerana gegelang O pada pelocok pam ini sudah keras dan mengecut. Tidak lagi menampan dan memampan udara bila disorong tarik.

Diagnosis sudah. Rawatannya bagaimana? Tempat pertama dirujuk ialah laman web Topeak. Ada kit gantian untuk pam ini. Harga pula berapa? Ada kawan yang bagi tahu harga mencecah RM80. Haaaaa! Tak berbaloi beli kit pembaikan RM80 untuk pam yang berharga RM125.

Ada kawan-kawan yang menyarankan supaya pergi balik ke Rodalink. Ya tak ya juga. Kan Rodalink yang mengedar barangan Topeak? Kadang-kadang minda dan akal memang suka berfikir secara rumit dari mengikut jalan mudah yang terbentang.

Hanya dengan satu panggilan telefon, masalah hampir selesai. Rodalink Sri Hartamas minta dibawakan pam ke kedai untuk diperiksa dan dibaiki. Legaaaaa. Dalam kelegaan sementara, terlupa untuk bertanya anggaran kos.

Jadinya semalam, selepas puas bermain di Kiara, saya singgah di Rodalink Sri Hartamas. Diunjukkan pam pada mekanik bertugas. Dia perhatikan sekejap kemudian dengan wajah tak berapa seronok dia bagi tahu kedai tak ada alat ganti. Saya sendiri terasa muka saya jadi mencuka. Mujur cepat dia redakan suasana.


Kit - Gegelang O, getah pelapik kepala kecil dan besar.
"Kedai kat Bangsar ada bang", katanya macam tak pasti. Muka yang mencuka tertawar kembali. Ada harapan. "Boleh call Bangsar untuk pastikan. Saya tak mau drive ke sana sia-sia.". Dengan senang hati dia call dan memang sahih ada alat ganti di Bangsar.

Ke Bangsar pada tengahari Ahad satu cabaran besar untuk mencari parkir. Mujur rezeki saya baik terus dapat parkir tak jauh dari Rodalink. Sebaik melangkah masuk, disambut dengan ramah mesra oleh pekerja bertugas. Tak perlu bercerita banyak kerana sudah ditelefon sebelum datang. Pekerja (minta maaf tak tanya nama) mengambil satu kotak yang mengandungi bermacam jenis alat ganti untuk bermacam jenis dan model pam Topeak.

Kit datang dengan 3 komponen. Gegelang O, lapik getah twinhead untuk kepala kecil dan kepala besar. Harganya cuma RM14 termasuk upah pasang dan sedikit pelinciran. Sangat berpatutan. Gegelang O diganti sementara getah lapik disimpan dulu sebab yang ada masih baik. Legaaaaa...

Friday, June 22, 2012

Jamboree Sudah Maree - Bah 2

Ini adalah Bahagian 2 dalam siri Jamboree Sudah Maree.  Satu usaha kecil untuk menerangkan perihal jamboree kepada pengayuh-pengayuh MTB.  Apa yang ternukil adalah pendapat dan pandangan peribadi Penulis.  Mungkin betul, mungkin salah.  Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerugian harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. 


Bahagian 1 telah menyentuh tentang pengenalan kepada jamboree MTB.  Juga disorot sedikit panduan memilih jamboree yang mana satu untuk disertai.  Rujuk Jamboree Sudah Maree untuk artikel penuh.  Untuk bahagian 2, kita tengok pula tindakan perlu untuk menyertai jamboree.

Setelah mengambil kira faktor-faktor yang disebutkan dan mendapati yang jamboree boleh disertai, tindakan-tindakan berikut perlu diambil;
  • Mendaftar sama ada secara individu atau berkumpulan
  • Uruskan cuti (jika perlu)
  • Uruskan penginapan (jika perlu)
  • Persiapan diri
  • Persiapan basikal
  • Aktifkan radar - pasang mata dan telinga

MENDAFTAR UNTUK JAMBOREE


Biasanya penganjur akan menyediakan dua kaedah pendaftaran iaitu secara individu atau berkumpulan.  Dan dalam zaman siber ini, semua urusan dijalankan secara dalam talian (on line).  Pendaftaran boleh dilakukan di depan komputer sahaja. Pastikan pendaftaran dibuat sebelum tarikh tutup. Kalau tidak...meloponglah anda.

Pendaftaran Secara Individu


Lazimnya, walau tidak semestinya, penganjur akan menyediakan 2 kaedah pendaftaran iaitu:-

  • Borang elektronik dalam talian
  • Borang untuk muat turun

Sebelum kita ke perincian borang, elok kita sentuh dulu bab pembayaran kerana biasanya di dalam borang, sama ada elektronik atau muat turun, memerlukan maklumat pembayaran.

Bayaran boleh dibuat secara perbankan internet atau melalui mesin tunai. Tak perlulah saya perincikan cara-caranya. Diandaikan semua sudah biasa dengan perbankan internet atau perbankan elektronik. Yang perlu disebut di sini ialah peri pentingnya mencetak slip pembayaran sebagai bukti. Jangan lupa!

Untuk borang elektronik, anda hanya perlu mengisi butir-butir yang dipaparkan pada skrin. Lengkapkan maklumat seperti yang dikehendaki. Semak dan pastikan maklumat yang diberikan adalah betul terutama nama dan nombor telefon untuk dihubungi ketika kecemasan.

Pada akhir bahagian borang lazimnya ada butang pengesahan yang didahului dengan perakuan dan pernyataan penafian yang lazimnya menyebut lebih kurang "...penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan anda". Dengan menekan butang terima/atau setuju bermakna anda setuju dengan syarat dan peraturan penganjur.

Untuk borang muat turun, biasanya dalam bentuk dokumen "word processor" atau bentuk .pdf. Anda perlu muat turun, cetak dan isi butiran yang diperlukan. Lengkapkan butir seperti yang dikehendaki. Dalam borang juga dimasukkan perenggan perakuan dan pernyataan penafian. Tandatangan jika setuju.

Untuk mereka yang di bawah umur 18 tahun, tandatangan kebenaran ibubapa diperlukan.

Borang yang telah siap diisi bolehlah difakskan kepada penganjur kepada nombor faks yang diberikan. Sertakan sekali slip pembayaran. Ataupun, borang berserta slip pembayaran boleh discan. Kemudian dihantar kepada penganjur melalui e-mel.

Gunakan mana-mana kaedah yang anda rasa selesa. Pastikan anda membuat susulan dengan penganjur untuk memastikan pendaftaran anda telah diterima.

Pendaftaran Secara Berkumpulan


Pendaftaran juga boleh dibuat secara pukal berkumpulan. Biasanya dibuat atas nama persatuan atau kelab basikal. Aliran prosesnya sama seperti aliran proses pendaftaran individu.

Seorang wakil akan memikul amanah membuat pendaftaran. Yuran pendaftaran dikutip daripada ahli kelab/persatuan yang ingin menyertai. Jadi tolong jangan buat naya pada sipemikul amanah dengan gerakan taktikal "Engkau bayarkan dululah, nanti aku cover". Jenuhlah sipemikul amanah tu nanti.

Pembayaran boleh dibuat melalui mesin atau perbankan elektronik sama seperti di atas. Perbezaan yang ketara ialah pada butiran peserta di mana senarai butiran peserta yang akan diberikan kepada penganjur sebagai gantian kepada borang individu. Hal-hal lain sama seperti pendaftaran individu.

Setelah selesai urusan pendaftaran, simpan semua borang dan slip pembayaran baik-baik. Amat berguna sebagai rujukan dan bukti sekiranya berlaku pertikaian.


URUSKAN CUTI


Kalau anda jenis yang lebih suka cuti kecemasan (EL), tidak perlu bersusah payah membaca tajuk ini. Cuma, suka diingatkan yang tabiat mengambil cuti kecemasan ini tidak berapa digemari oleh boss. Lainlah kalau anda boss.

Cuti hari apa yang nak diambil? Biasanya sehari sebelum acara, sehari selepas acara atau sehari sebelum dan selepas acara. Bergantung kepada keadaan.

Sebagai contoh, katakan jamboree dibuat pada hari Sabtu. Tempat jamboree pula nun jauh di utara dalam jarak 300km. Hari Jumaat adalah hari bekerja. Anda perlu berada di tempat permulaan jam 7.00 pagi. Bagi yang jenis suka memandu kereta macam F1 mungkin boleh merempit selepas kerja dan sampai ke destinasi dengan lebihan masa. Bagi yang tidak suka tergopoh gapah, mungkin mahukan perjalanan yang lebih tenang. Maka, cuti pada hari Jumaat disarankan. Mohonlah cuti lebih awal supaya memudahkan diri anda, rakan sekerja dan boss anda.

Untuk contoh kedua, katakan jamboree pada hari Ahad. Tempatnya pula nun di Plentong. Untuk perjalanan pergi tiada masalah kerana hari Sabtu adalah hari cuti. Tetapi, untuk perjalanan balik, dengan penat letih jamboree lagi, lebih baik kalau diambil cuti pada hari Isnin. Perjalanan pulang anda tidak perlu tergopoh gapah. Dan anda ada satu hari rehat untuk pemulihan selepas berhempas pulas di jamboree.


URUSKAN PENGINAPAN


Untuk jamboree yang memerlukan anda untuk bermalam disebabkan jarak yang jauh, penginapan adalah satu perkara penting. Penginapan untuk berehat secukupnya sebelum berjamboree.

Biasanya penganjur akan memberikan sedikit panduan tentang penginapan berserta maklumat hubungan tempat-tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat jamboree. Elok dibuat tempahan awal bagi memastikan tempat kerana biasanya tempat penginapan cepat habis ditempah menjelang jamboree.

Pilihlah tempat dan jenis penginapan yang sesuai. Antara pilihan yang ada...

Hotel
Jenis yang paling biasa. Pilihlah hotel berapa bintang dan bulan yang anda mahu sesuai dengan kembung kempisnya kocek anda. Tanyakan sama ada basikal dibenarkan dibawa ke dalam bilik hotel. Maklum barang baik lagi mahal, mana boleh dibiarkan tak berjaga rapi.

Inap desa (homestay)
Jenis penginapan yang semakin masyhur. Sangat sesuai untuk kumpulan besar dan tempoh masa yang singkat. Juga biasanya lebih mesra kocek.

Rumah saudara, kawan dan kenalan yang berdekatan.
Bila lagi nak manfaatkan peluang berziarah mengeratkan silaturrahim. Sambil berjamboree, boleh manfaatkan untuk menziarahi saudara mara handai taulan. Seeloknya maklumkan dulu tuan rumah dan dapatkan keizinannya. Jangan main terjah saja. Saya pernah diberi penghormatan oleh seorang kenalan basikal yang dikenali melalui BBS untuk bermalam di rumah beliau selepas Jamboree Burung Hantu tahun 2011. Saya dan kawan sangat berterima kasih di atas budi baik dan kemurahan hati Bugs.

Masjid/surau
Bagi yang muslim, masjid atau surau boleh dijadikan tempat menumpang. Cuma mungkin sesetengah masjid/surau dikunci bagi mengelak masalah kecurian. Dan, jika mahu menumpang di masjid/surau elok kalau dapat memaklumkan dan mendapatkan keizinan AJK masjid/surau. Juga, ingatlah yang masjid surau itu tempat suci dan mulia. Peliharalah adab dan susila jika mahu bermalam atau memasuki kawasan masjid. Ada beberapa insiden yang saya pernah lihat sendiri di mana pengayuh dengan selamba berkeliaran di dalam kawasan masjid dalam keadaan aurat tidak ditutup dengan sempurna.

Berkhemah
Ini untuk pengayuh yang membara semangat kembaranya. Tebar saja khemah di mana yang sesuai. Pastikan berhampiran dengan punca air dan bilik air. Kena bersusah payahlah sedikit untuk mengusung khemah.


PERSIAPAN DIRI


Pergi ke jamboree bukan macam pergi berkelah. Piawai biasa jarak jamboree ialah sekitar 40km ke 50km. Elok siapkan diri untuk mengharungnya.

Kalau anda belum pernah berkayuh sejauh itu, eloklah mencuba. Bina upaya dan ketahanan diri untuk mengharungi jarak sedemikian. Jamboree ini kalau dapat dihabiskan, akan terasa satu kepuasan yang amat sangat. Sebaliknya, kalau terpaksa menjadi ayam, rasa terkilannya menjeruk berhari-hari. Jadi, sediakan dan biasakan diri anda dengan jarak yang bakal ditempuh.

Laluan untuk jamboree bukannya laluan permaidani merah ke majlis gala. Perhatikan maklumat laluan yang diberikan oleh penganjur. Biasanya akan ada pendakian curam dan panjang. Bila ada pendakian, pasangannya pula laluan meluru turun. Ada yang bertahap biasa dan ada yang bersifat teknikal. Selalu sangat bertembung dengan suasana menolak basikal beramai-ramai dengan gaya lenggang mak limah nak pergi pasar. Sayang sekali pada sesetangah tempat yang ditolak itu sepatutnya boleh dikayuh.

Tolonglah diri anda untuk menikmati jamboree dengan lebih berperisa dengan meningkatkan kemahiran anda. Luanglah sedikit masa untuk belajar, berlatih bagi meningkatkan kemahiran diri. Mulai sekarang, peruntukkan sedikit masa apabila keluar berkayuh untuk menajamkan kemahiran teknikal. Belajar membelok dengan teknik yang betul. Belajar menjadikan brek depan (yang dituduh berhantu dan berpuaka itu) sebagai sahabat anda yang sangat berguna. Belajar teknik menuruni cerun dan teres. Cuba...cuba...dan cuba. Hah! Apa tunggu lagi. Untuk kayuhan terdekat ini, amalkan! Biar orang lain pelik melihat anda mencuba sesuatu bahagian denai berulangkali. Sekali anda berjaya menawan sesuatu bahagian denai yang anda geruni, percayalah...Rasa yakin diri anda akan bertambah kepuasan mengayuh anda akan mencanak naik. Pokoknya, bukan kena peluk pokok, tapi anda harus mahu belajar dan mencuba. Boleh tak ni?

PERSIAPAN BASIKAL


Kuda kesayangan anda juga perlu dipersiapkan. Mana-mana bahagian yang longgar dikemaskan. Biasanya pada bahagian set kepala, braket bawah dan hub. Periksa untuk kelancaran. Bahagian yang mempunyai alas bebola diperiksa. Kalau perlu diminyakkan, minyakkan. Bunga tayar mencukupi. Pad brek mempunyai cukup ketebalan. Pertukaran gear diperiksa. Kalau lari dan melompat, perlu ditalakan semula. Itu antara perkara yang perlu diberi perhatian. Selenggaraan dan persediaan ini membantu mengurangkan pincang tugas dan kerosakan sewaktu berjamboree. Jagalah dan persiapkan basikal anda dan ia akan kembali menjaga anda.


AKTIFKAN RADAR - pasang mata dan telinga


Apa pulak sampai terkeluar radar ni? Pada basikal ada roda. Radar tak pernah pula nampak. Ini bercakap secara maknawiyah, bukan harfiah. Maksudnya di sini, ikuti perkembangan jamboree. Mungkin ada kemaskini atau makluman penting daripda penganjur. Rajin-rajin menyemak laman web atau blog penganjur untuk perkembangan mutakhir. Ini akan menghindarkan anda dari terjebak dengan sebarang kejutan. Mungkin ada perubahan pada laluan, perubahan pada maklumat logistik, perubahan tempat permulaan dan seumpama. Dengan aktif radar, anda akan sentiasa maklum dengan perkembangan terkini dan terselamat daripada kejutan tak memasal.


Checkpoint 2 untuk Jamboree Sudah Maree sampai di sini. Diharapkan apa yang dibebelkan di sini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan terutama kepada mereka yang baru pertam kali mahu menyertai jamboree.


Selamat berjamboree!!!.

Untuk kembali ke bahagian 1, klik sini
Untuk maju ke bahagian akhir, klik sini

Friday, April 13, 2012

BicycleBuySell.Com

Pembasikal Malaysia rata-rata tahu laman sesawang BicycleBuySell. BBS adalah laman maya pasar lambak basikal dan barangannya yang paling popular. Saya tak pasti bila laman ini bermula. Seingat saya, semenjak saya berkecimpung dengan basikal awal 2006, laman ini sudah ada. Sejak dari itu, sudah melalui beberapa perubahan dan peningkatan untuk menambahbaik fungsi dan penampilannya.  Tidak sedikit jasa laman ini dalam membantu saya mendapatkan barangan dan alatan basikal yang saya perlukan.

Siapa di sebalik laman ini? Seorang anak muda bernama Kevin Han. Bekerja di bidang IT tetapi punya minat mendalam dalam basikal dan fotografi. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau atas usaha beliau ini.

Laman ini sangat berguna kepada peminat basikal. Peminatnya ramai bukan sekadar dari Malaysia, malah negara jiran Singapura dan Indonesia. Laman ini satu alat. Tetapi alatan yang bagus akan jadi sia-sia kalau tidak tahu cara menggunakannya dengan betul.

Saya cuba hasilkan satu panduan menggunakan laman sesawang BicycleBuySell ini sebagai panduan kepada pengunjung BBS. Harap memberi manfaat kepada semua.

Saya bahagikan cerita kepada dua bahagian utama;

PANDUAN UNTUK PENGGUNA UMUM


ORIENTASI SKRIN UNTUK UMUM


URL untuk BicycleBuySell ialah http://bicyclebuysell.com. Sebaik masuk, anda akan melihat skrin utama. Kita berkenalan dengan skrin utama dulu.




Skrin utama BBS

Penanda

  1. BICYCLEBUY & SELL logo
  2. Pada logo ini ada pautan untuk semugar(refresh) skrin utama. Klik dan paparan skrin akan dikemaskini dengan paparan terkini.
  3. Index
  4. Juga mempunyai pautan ke laman utama BBS. Fungsi sama seperti pautan pada logo BBS di atas.
  5. add new item
  6. Pautan untuk menambahkan item baru sama ada untuk menjual atau membeli. Hanya untuk ahli berdaftar.
  7. contact us
  8. Pautan untuk menghubungi empunya laman. Klik di sini dan laman untuk menaip dan menghantar pesanan akan dipaparkan.
  9. register
  10. Pautan untuk mendaftarkan diri menjadi ahli BBS. Tidak dipaparkan kalau anda sudah mendaftar masuk.
  11. sign in
  12. Pautan untuk daftar masuk bagi ahli yang telah berdaftar.
  13. register
  14. Pautan untuk mendaftar menjadi ahli bagi yang belum berdaftar.
  15. iklan
  16. Iklan berbayar dan pengumuman daripada empunya laman.
  17. kotak sembang
  18. Isi dipaparkan untuk ahli yang mendaftar masuk sahaja.
  19. utiliti pencarian
  20. Guna utiliti ini untuk mencari barangan yang dikehendaki. Fungsi terbuka untuk semua pengunjung, berdaftar atau tidak.
  21. jadual iklan
  22. Teras kepada BBS ini. Iklan jual beli disusun ikut tarikh.
  23. Pencarian Muka Surat
  24. Fungsi untuk mencari iklan ikut muka surat.
  25. Kotak pencarian rawak
  26. Berfungsi seperti utiliti pencarian menggunakan pencarian kata rawak menggunakan kata kunci.

FUNGSI PENCARIAN (10 & 13)


Saya sengaja mulakan perbincangan dengan tajuk ini kerana ini fungsi teras BBS - paparan iklan. Ada ribuan iklan yang merangkumi berbagai jenis komponen basikal yang diiklankan. Tajuk ini didahulukan kerana, dari pemerhatian saya, ramai pengguna BBS yang tidak memanfaatkan fungsi ini. Salah satu akibatnya ialah muncul pertanyaan di kotak sembang "Sapa ada nak jual itu dan ini". Sedang barangan yang hendak dijual sudah diiklankan. Saranan saya kepada semua pengguna, sebelum dilemparkan soalan di kotak sembang, gunakan dulu utiliti pencarian yang disediakan. Penggunaannya mudah saja. Tak perlukan ijazah sebesar padang bola untuk menggunakannya. Fungsi ini terbuka kepada pengguna umum dan ahli berdaftar.

Ada 4 kaedah mencari:-
  1. Guna kaedah utiliti pencarian (10)
  2. Guna pencarian rawak (13)
  3. Pencarian ikut nama pengiklan
  4. Pencarian ikut mukasurat iklan

Kaedah 1 - Utiliti pencarian


LangkahTindakan

1


Klik pada kotak pilihan "Buy & Sell". Senarai pilihan akan dipaparkan. Klik pada "Sell".
Jika anda mahu mencari kedua-dua "buy" dan juga "sell", abaikan langkah ini. 
2
Kotak pilihan "New & Used" membolehkan anda memilih sama ada mahukan barang yang baru atau terpakai. Abaikan jika mahu baru dan terpakai. Klik "New" jika mahukan yang baru saja. Klik "Used" jika mahukan yang terpakai saja.
3
Seterusnya ialah kotak pilihan kategori barangan. Klik pada anak panah untuk melihat senarai. Skrol dan cari kategori yang dikehendaki. Klik pada kategori yang dikehendaki.

4
Pilih untuk basikal jenis apa barang dicari. Klik pada kotak di sebelah kiri jenis basikal. Kotak yang dipilih akan bertanda dengan tanda "rait" ?. Sekiranya tiada pilihan dibuat, pencarian akan memberikan hasil untuk semua jenis basikal yang memenuhi kriteria pencarian.
5
Pada kotak kosong di sebelah kiri butang "Search", anda boleh tambahkan lagi kriteria pencarian. Kalau anda mahu mencari set roda jenis Mavic misalnya, taipkan Mavic di dalam kotak tersebut

6

Setelah semua kriteria telah dinyatakan/dipilih, klik butang "Search". Sistem akan mencari item yang memenuhi kriteria pilihan anda dan memaparkannya di dalam senarai barangan.

Sistem akan mencari dan memaparkan hasil carian yang memenuhi kriteria.

Ulang dari langkah 1 untuk pencarian baru atau klik "index" untuk kembali ke paparan penuh

Kembali ke atas

Kaedah 2 - Pencarian rawak

Kaedah 2 pencarian ialah dengan menggunakan carian kata kunci rawak menggunakan fungsi "Search".

Langkah Tindakan
1
Terus ke kotak pencarian di sebelah kiri "Search".
Masukkan kata kunci barang yang ingin dicari.  Contohnya "wheelset mavic"
2 Klik "Search"

Sistem akan mencari dan memaparkan hasil carian yang memenuhi kata kunci yang dimasukkan.

Kembali ke atas


Kaedah 3 - Nama Pengiklan

Kaedah mencari mudah menggunakan nama pengiklan. Pengiklan yang ada nama baik akan jadi pilihan pengguna. Ada cara mudah untuk mencari iklan oleh pengiklan tertentu.

LangkahTindakan
1
Dari paparan iklan, cari nama pengiklan yang berkenan di hati. Klik saja pada nama pengiklan
2
Semua iklan yang diposkan oleh pengiklan, beli dan jual, akan dipaparkan

Kembali ke atas

Kaedah 4 - Pencarian ikut mukasurat iklan

Kaedah 4 pencarian ialah bagi mereka yang ada banyak masa lapang. Boleh cari dan tengok iklan mukasurat demi mukasurat.

Langkah Tindakan
1
Pada halaman utama, klik pada nombor mukasurat yang mahu dipaparkan. Boleh juga klik pada butang "Next >" untuk melihat iklan mukasurat demi mukasurat. Kalau guna kaedah ini, mata kena tangkas mengesan iklan-iklan yang menarik perhatian.

Kembali ke atas

MELIHAT IKLAN TERPERINCI

Masa untuk melayan mata. Melihat dengan terperinci barangan yang diiklankan. Berjaga-jaga kerana mata dan hati boleh terpukau dengan barangan yang diiklankan.

Sebelum langsung ke bab melihat butiran iklan secara terperinci, elok diperkenalkan dulu bahagian senarai iklan.

Paparan senarai iklan

  1. Gambar kecil barangan yang hendak diiklankan. Gambar kecil ini juga adalah pautan untuk melihat iklan secara terperinci.
  2. Jenis iklan - sama ada "Sell" atau "Buy"
  3. Kategori barang yang diiklankan
  4. Tajuk iklan. Juga sedikit butiran iklan
  5. Nama pengiklan

  1. Harga barang
  2. Bilangan berapa kali iklan telah dilihat
  3. Keadaan barang - baru (bintang kuning) atau terpakai (bintang kelabu).
  4. Tarikh iklan

Langkah Tindakan
1
Hasil pencarian anda akan memberikan senarai iklan yang menepati kriteria pencarian anda. Masa untuk melihat dengan lebih terperinci barang yang diiklankan.

Klik pada gambar atau pada tajuk barangan yang diiklankan
2
Skrin iklan terperinci dipaparkan. Untuk melihat gambar yang lebih besar (bergantung kepada resolusi gambar yang dimuatnaik oleh pengiklan), klik pada gambar kecil.
3
Gambar besar akan dipaparkan. Jika ada lebih daripada satu gambar, klik pada gambar yang ada untuk melihat gambar berikutnya. Anda juga boleh klik pada "Previous" atau "Next" untuk melihat gambar sebelum atau seterusnya. Bila dah puas tengok gambar, klik pada "Close" untuk kembali ke iklan.
Opppsss..bahagian kanan bawah tu masih belum diceritakan. Sengaja tidak dimasukkan di sini. Kita akan ceritakan dalam bab kelebihan untuk mereka yang berdaftar.

Kembali ke atas

INDEX (1)

Paparan iklan tidak dikemaskini secara automatik. Apabila anda telah lama melayari BBS, mungkin ada iklan baru yang dimasukkan. Untuk melihat paparan terkini, cuma klik saja pada "index". Paparan akan dikemaskini.

MENDAFTAR(5 & 7)

Melayari BBS sebagai pengunjung biasa menafikan anda fungsi-fungsi yang terhad kepada pengunjung berdaftar. Daftarlah untuk mendapat manfaat:-
  • Menyiarkan iklan - jual atau beli.
  • Menggunakan bilik sembang BBS.

Cara mendaftar tidak susah dan pendaftaran adalah PERCUMA!  Sebelum mendaftar, pastikan anda telah ada akaun e-mel yang sah.

Langkah Tindakan
1


Klik pada "register".  Kedua-dua "register"  akan memberikan paparan skrin "Create New Account" yang sama.
2


Pada username, taipkan nama pengguna yang anda suka.  15 aksara.  Abjad, angka dan aksara khas.  Anda akan dimaklumkan sekiranya nama yang dipilih telah digunakan.  Pilihlah nama yang senonoh, tidak lucah dan tidak mengundang sengketa. 

3


Masukkan alamat e-mel yang lengkap dan sah. 

4


Masukkan password anda.  Ulang masukkan password pada "Confirm Password"
5


Pilihan sama ada:-
  • mahu melanggan makalah BBS atau tidak.  Sekarang makalah belum ada.
  • mahu BBS menghantar e-mail jika ada orang membalas posting anda.
Nilai tersedia pada kedua-dua pilihan ialah ya [bertanda rait (✓)]. Klik untuk padam jika tidak mahu. Saya sarankan pilih ya untuk makluman email.
6


Selesai sudah kemasukan data.  Click "create" untuk meneruskan pendaftaran atau "back" untuk membatalkan pendaftaran dan kembali ke laman utama.

7


Makluman dipaparkan di skrin menyatakan pendaftaran selsesai dan arahan untuk pengaktifan akaun sudah dihantar ke e-mel.

8




Semak e-mel anda untuk e-mel seperti ini.  Klik pada pautan untuk mengaktifkan akaun.
Kalau e-mel tiada di dalam Inbox anda, cuba semak folder Spam anda.

9




Anda akan dibawa kembali ke laman BBS.  Mesej dipaparkan menandakan akaun anda telah berjaya diaktifkan.  Tahniah...Cuma, tiada hadiah basikal untuk anda atas kejayaan ini.

Kembali ke atas

PANDUAN UNTUK AHLI BERDAFTAR



ORIENTASI SKRIN AHLI


Paparan skrin utama untuk ahli dan bukan pengunjung lebih kurang sama saja melainkan beberapa fungsi yang khas kepada ahli. Selepas anda mendaftar masuk, skrin anda akan kelihatan seperti di bawah.
Skrin utama ahli berdaftar BBS

  1. Index - masih sama seperti index pada skrin pengunjung
  2. Add new item - memasukkan iklan baru
  3. Contact us - untuk menghubungi admin BBS melalui e-mail
  4. Daftar keluar (sign out)
  5. Menukar kata laluan (change password)

  1. Suntingan akaun (edit account)
  2. Signed in as - akan dipaparkan bila daftar masuk berjaya
  3. Menyunting iklan (edit my posts)
  4. Kotak sembang diaktifkan. Teks sembang dipaparkan.


MENDAFTAR MASUK

Daftar masuk untuk mendapat kelebihan sebagai pengguna berdaftar. Bahagian ini memberikan panduan mendaftar masuk untuk mereka yang sudah berdaftar. Untuk panduan mendaftar menjadi ahli, sila ke sini.

Langkah Tindakan
1
Klik "Sign in". 

Skrin daftar masuk akan dipaparkan
2
! Perhatikan amaran yang dipaparkan.  Satu akaun setiap pengguna sahaja.

Masukkan nama dan kata laluan. Klik "login" untuk daftar masuk atau "cancel" untuk membatalkan.
3


Skrin utama dipaparkan semula.  Perhatikan perbezaan selepas daftar masuk.
  1. menu untuk "register" sudah tiada
  2. dipaparkan "signed in as....".  Menu untuk "sign out", "change password", "Edit Account" dan "Edit My Posts" dipaparkan.
  3. kotak sembang diaktifkan.  
Bersedia untuk menikmati kelebihan sebagai seorang ahli berdaftar BBS.

Kembali ke atas

KOTAK SEMBANG


Kotak sembang (chat box) BBS ini bagaikan nadi kepada BBS. Hidup dan berdenyut dengan sembangan ahli BBS. Menggunakan protokol IRC (internet relay chat), ia memberikan komunikasi teks secara dalam talian dan "real time". Untuk BBS, fungsinya dipermudahkan lagi. Bersembanglah dengan berhemah.

Orientasi skrin Kotak Sembang

  1. Nama pengguna
  2. Teks sembang. Mesej terbaru berada di bawah.
  3. Scroll bar

  1. Kotak "input" teks sembang
  2. Masa mesej terakhir masuk
Skrin sudah diperkenalkan. Tengok pula cara macam mana nak bersembang.

Langkah Tindakan
1
Klik pada kotak input mesej. Taipkan mesej yang nak dipaparkan. Tekan "Enter"
2
Mesej akan dipaparkan pada ruang kotak sembang. Sedikit pedoman. Jika mesej ditujukan kepada pengguna tertentu, elok gunakan format ini <namapengguna> : <mesej>
3
Anda juga boleh memasukkan pautan (link) di dalam mesej anda.
Caranya ialah dengan menyalin pautan/URL yang dikehendaki. Gunakan fungsi "copy" dalam Windows.
Klik pada kotak input dan letakkan cursor di mana anda mahu paparkan pautan/URL anda.
Kemudian tampalkan pautan/URL dnegan klik kanan kemudian "paste atau boleh juga menggunakan pintasan CTRL + V.
4
Pautan/URL akan ditampalkan kepada mesej anda. Mungkin kelihatan berserabut sedikit sebab kotak input menyediakan hanya satu baris kemasukan. Tetapi semua teks pautan/URL anda sebenarnya telah masuk.
Tekan "Enter" untuk meneruskan
5
Mesej berserta pautan/URL anda akan dipaparkan dalam kotak sembang. Pengguna lain boleh klik pada pautan/URL untuk melihat apa yang anda sudah hantar.
6
Mesej berserta pautan/URL anda akan dipaparkan dalam kotak sembang. Pengguna lain boleh klik pada pautan/URL untuk melihat apa yang anda sudah hantar.
7
Pengguna kotak sembang yang tidak beradab boleh diusir keluar daripada kotak sembang. Pengusiran boleh dibuat dengan pakatan 5 pengguna lain yang berbeza. Untuk mengusir pengguna, klik saja pada nama pengguna berkenaan. Lepas diklik, mesej "...vote to kick..." akan dipaparkan. Apabila 5 pengguna sudah klik nama yang mahu diusir, pengguna berkenaan akan ditendang keluar dari kotak sembang. Guna fungsi ini dengan berhemah. Dan...jangan jadi dungu dengan mengklik nama sendiri. Hah!

Kembali ke atas

MENYIARKAN IKLAN


Teras kepada BBS ini ialah pasar lambaknya. Iklan barangan basikal beraneka rupa dan jenis, dengan harga tawaran yang boleh menyebabkan air liur meleleh. Dan iklan-iklan ini datang daripada pembasikal sendiri. Medan pertemuan maya untuk membeli dan menjual barangan basikal dan yang berkaitan.

Bagaimana menyiarkan iklan? Fungsi ini hanya untuk ahli berdaftar. Sila ikut panduan di bawah.

Langkah Tindakan
1
Pada skrin utama, selepas mendaftar masuk, klik pada "Add new item"
2
Skrin untuk "Post new item" - menyiarkan item baru akan dipaparkan. Isikan ruang berkenaan mengikut panduan dalam langkah-langkah berikutnya. Maklumat yang bertanda asterisk (*) adalah maklumat wajib di isi.
3
Klik pada kotak pilihan "buy" atau "sell". Pilih "buy" jika mahu mengiklankan barang yang hendak dibeli. Sebaliknya pilih "sell" untuk mengiklankan barang yang hendak dijual.

Pada "Title", masukkan tajuk barangan yang hendak diiklankan. Tajuk biar ringkas dan dapat memberikan idea ringkas tentang barang yang hendak diiklankan.
4
Pada "Description", masukkan keterangan barang yang hendak diiklankan. Berikan maklumat selengkap mungkin untuk membantu pengguna lain mendapat maklumat secukupnya untuk membuat keputusan. Ambil tahu perihal barang yang hendak diiklankan. Gunakan pencarian internet untuk mendapat maklumat sekiranya maklumat tidak diketahui. Bersikap jujur dalam memberikan keterangan barangan anda terutama kalau barang adalah barang terpakai. Antara butiran yang perlu disertakan;
  • Buatan/jenama
  • Model
  • Tahun diperbuat
  • saiz (jika berkenaan)
  • dimensi
  • Keadaan - nyatakan jika ada kerosakan/kecacatan
  • Maklumat hubungan - nombor telefon, emel dan seumpama
  • Harga tetap atau boleh runding
  • Syarat-syarat lain (kalau ada)
5
Masukkan harga yang dikehendaki di sini. Elakkan daripada meletakkan harga sebagai "call", "contact" dan seumpama.
6
Pilih sama ada barangan adalah baru "brand new") atau terpakai ("used")
7
Pilih kategori barangan yang mahu diiklankan. Pilih yang paling sepadan dengan barangan anda.
8
Tandakan barangan yang mahu diiklankan berkaitan dengan jenis basikal. Klik untuk tanda "rait" ? pada jenis basikal. Jangan amalkan menghentam tanda rait pada semua kotak.
9
Gambar-gambar akan membantu menyerlahkan lagi iklan anda. Masukkan gambar terkini barangan yang mahu diiklankan. Anda boleh memasukkan lebih daripada satu gambar. Klik pada "browse" untuk memasukkan gambar.
NOTA : Anda tidak boleh menggunakan fungsi ini sekiranya menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer 7.
10 Kotak muat naik fail akan dipaparkan. Setkan paparan pada "thumbnail" untuk memudahkan pencarian gambar.

Klik pada gambar yang hendak dimuatnaik. Kemudian klik "Open" untuk muatnaik gambar.
11
Muat naik yang berjaya akan memaparkan gambar kenit pada skrin. Ulang langkah 10 untuk muat naik gambar seterusnya sehingga selesai. Bila sudah selesai muat naik gamabr, klik pada "Post new item" untuk menyiarkan iklan. Kalau mau membatalkan, klik pada "cancel".
12
Bila penyiaran berjaya, mesej "New post added successfully" akan dipaparkan. Senarai iklan lain yang telah dibuat oleh pengguna yang sama turut dipaparkan.

Kembali ke atas

MELAPORKAN IKLAN


BBS memerlukan kerjasama dan maklumbalas pengguna untuk mengenalpasti iklan-iklan yang mencurigakan, tidak wajar dan tidak bersesuaian. Berikan sumbangan anda dalam membantu "membersihkan" iklan-iklan yang disiarkan di BBS. BBS menyediakan fungsi untuk melaporkan iklan curiga kepada admin. Fungsi ini terhad kepada ahli berdaftar sahaja.

Langkah Tindakan
1
Apabila berjumpa dengan iklan yang tidak wajar, berunsur penipuan, tiada tanda harga atau sebab-sebab lain yang munasabah, klik pada "Report this post"
2
Kotak respon akan dipaparkan. Klik pada jenis ketidakwajaran yang sesuai. Anda boleh pilih Penipuan (Scam), tiada harga (no price), tidak wajar (inappropriate) atau lain-lain (others). Taipkan sedikit catatan kalau lain-lain yang dipilih. Klik "send".
3
Mesej "report sent" akan dipaparkan buat seketika. Kemudian iklan akan dipaparkan kembali.

Terima kasih kerana anda telah membantu menapis iklan yang tidak wajar di BBS.

Kembali ke atas


MAKLUMBALAS IKLAN


Anda boleh menghubungi pengiklan dengan beberapa cara. E-mel, telefon (sama ada telefon tangan atau telefon kaki [ada ka?]) atau melalui fungsi maklumbalas yang ada dalam BBS. Maklumbalas dengan e-mel dan telefon bergantung kepada sama ada pengiklan memberikan maklumat hubungan. Kalau tidak, pilihan hanya tinggal pada fungsi maklumbalas BBS.

Langkah Tindakan
1
Klik pada kotak message. Paparan tonjol akan muncul mengingatkan anda yang e-mel anda akan didedahkan kepada pengiklan. Kalu itu tidak menjadi hal, teruskan.

Taipkan mesej yang hendak dihantar kepada pengiklan. Pastikan mesej yang hendak dihantar ringkas dan tepat. Elakkan daripada bertanya perkara-perkara yang sudah dinyatakan dengan jelas dalam iklan.
2
Semak mesej yang sudah ditaip. Dah puas hati? Klik pada "Send Mail".
3
Mesej memberitahu pesanan anda telah dihantar akan dipaparkan. Juga satu salinan e-mail akan dihantar ke kotak e-mel anda.

Kembali ke atas

MENGHUBUNGI ADMIN


Sekiranya anda menghadapi masalah menggunakan BBS atau ada usul/cadangan yang nak dikemukakan atau saja-saja nak hantar mesej kepada admin/webmaster ucap penghargaan dan terima kasih, anda boleh menggunakan fungsi "contact" dalam BBS.

Langkah Tindakan
1
Klik pada "contact us" untuk menghubungi admin/webmaster.
2
Taipkan perkara dalam ruang "Subject", dan mesej yang hendak disampaikan kepada admin/webmaster dalam kotak "message".
Setelah siap mesej ditaip, klik "send".
3
Mesej akan dihantar kepada admin/webmaster. Mesej memberitahu pesanan anda telah dihantar akan dipaparkan.

Kembali ke atas


SELENGGARAAN


Ahli berdaftar akan diberi fungsi-fungsi untuk beberapa penyelenggaraan iaitu:-

  1. Menukar kata laluan (change password)
  2. Suntingan akaun (edit account)
  3. Menyunting iklan (edit my posts)
  4. Daftar keluar (sign out)

Menukar kata laluan (change password)


Ikuti langkah-langkah berikut untuk menukar kata laluan.

Langkah Tindakan
1
Klik pada "change password".
2
Skrin "Change password" akan dipaparkan.

Taipkan kata laluan baru pada "new password". Taipkan sekali lagi kata laluan pada "confirm password". Klik "change password now" untuk menukar kata laluan.
3
Mesej memberitahu pertukaran kata laluan telah berjaya akan dipaparkan.

Kembali ke atas


Suntingan akaun (edit account)


Guna fungsi ini untuk menukarkan maklumat akaun anda iaitu nama, alamat e-mel dan lokasi anda. Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyunting akaun.

Langkah Tindakan
1
Klik pada "edit account".
2
Taipkan mana-mana maklumat yang hendak ditukar. Jika sahih hendak tukar maklumat yang telah ditaipkan, klik pada "update". Jika hendak abaikan pertukaran yang baru dibuat, klik pada "back".
3
Mesej memberitahu pertukaran kata laluan telah berjaya akan dipaparkan.

Kembali ke atas


Menyunting Iklan (Edit My Posts)


Pengguna berdaftar diberi kemudahan untuk menyelenggara iklan-iklan yang telah disiarkan. Bila pautan "Edit My Posts" diklik, skrin "My Posts" akan dipaparkan.

Orientasi skrin suntingan iklan

  1. Hide Deleted Post - Untuk mengghaibkan iklan yang telah dipadam
  2. Type - Jenis urusniaga. Jual atau beli.
  3. Title - Tajuk iklan
  4. Price - Harga barang yang diiklankan
  5. Replies - Bilangan maklumbalas kepada iklan

  1. Posted/Bumped - tarikh iklan disiarkan atau dilonjakkan
  2. Status - Status iklan sama ada Aktif (Active) atau Dipadam (Deleted)
  3. Pautan untuk melihat iklan secara terperinci
  4. Jenis suntingan - Sunting (Edit), Padam (Delete), Lonjak(Bump) atau Aktifan (Activate)

Suntingan iklan ini memberikan anda fungsi-fungsi untuk:-


Menyunting iklan


Fungsi menyunting iklan ini membolehkan anda menyunting iklan yang telah disiarkan. Mungkin anda mahu mengubah harga tawaran, mengubah butir-butir barangan dan apa saja yang berkaitan. Diingatkan, fungsi ini tidak akan melonjakkan paparan iklan anda ke atas di dalam senarai iklan yang dipaparkan. Hanya butiran iklan yang akan diubah.

Cara menyunting iklan adalah seperti berikut.

Langkah Tindakan
1
Untuk menyunting iklan, klik pada "edit".
2
Skrin suntingan iklan akan dipaparkan. Langkah terperinci sama seperti langkah untuk menyiarkan iklan. Sila rujuk panduan menyiarkan iklan. Setelah selesai menyunting, klik pada "SAVE POST" untuk menyimpan suntingan atau "CANCEL" untuk membatalkan suntingan.
3
Mesej memberitahu pertukaran kata laluan telah berjaya akan dipaparkan.

Kembali ke atas

Memadamkan Iklan


Pengguna boleh memadamkan iklan bila iklan tidak perlu lagi disiarkan. Sama ada kerana barang sudah terjual, ketiadaan stok, tidak mahu meneruskan siaran dan seumpama.

Memadamkan iklan akan mengeluarkan iklan daripada paparan tetapi tidak dihilangkan terus daripada pangkalan data BBS.

Cara-cara memadamkan iklan.

Langkah Tindakan
1
Cari iklan yang mahu dipadamkan. Klik pada "Delete" untuk memadam iklan.
2
Sistem akan memaparkan mesej pengesahan untuk memadamkan iklan. Jika anda mahu meneruskan, klik OK. Jika mahu membatalkan pemadaman, klik "Cancel"
3
Bila pemadaman berjaya, mesej iklan telah dipadam akan dipaparkan. Iklan yang dipadamkan akan dipindahkan ke bahagian bawah sebelum iklan-iklan berstatus "Active". Status iklan ditukar kepada "Deleted".

Kembali ke atas

Melonjakkan Iklan


Iklan dipaparkan dalam BBS disusun mengikut tarikh siaran atau lonjakan dalam susunan menaik. Maknanya, iklan yang baru disiarkan/ dilonjakkan akan berada di atas dalam mukasurat awal iklan dan lazimnya mendapat lebih perhatian.

Melonjak iklan berfungsi untuk mengapungkan kembali iklan lama yang telah tenggelam dan terkebelakang kembali ke hadapan bertujuan meraih kembali perhatian pengunjung BBS.

Bagi mengelakkan salahguna, sistem dipasang dengan kawalan iaitu iklan hanya boleh dilonjakkan dalam kitaran 5 hari. Dan hanya 5 iklan boleh dilonjakkan pada satu masa.

Cara-cara melonjakkan iklan.

Langkah Tindakan
1
Cari iklan yang mahu dilonjakkan. Klik pada "Bump" untuk melonjakkan iklan.
2
Sistem akan memaparkan mesej pengesahan untuk melonjakkan iklan. Jika anda mahu meneruskan, klik OK. Jika mahu membatalkan lonjakan, klik "Cancel"
3
Bila lonjakan berjaya, iklan yang dilonjakkan akan dipindahkan ke bahagian ke atas. Pada lajur "posted/bumped", nilai untuk tarikh/masa siaran dan lonjakan akan dikemaskini. Pada paparan iklan BBS, iklan akan dipaparkan pada mukasurat 1.

Kembali ke atas

Mengaktifkan Iklan Yang Telah Dipadam


Sepertimana yang disebut di atas, iklan yang dipadamkan tidak lenyap terus. Ia hanya digahibkan daripada dipapar dalam senarai iklan. Pemilik iklan masih boleh melihatnya dalam senarai iklannya. Pemilik iklan masih boleh menyunting dan menyiarkannya semula.

Contohnya, iklan computer cateye telah dipadamkan kerana penjual tiada stok. Bila stok sampai, pengiklan boleh mengaktifkan semula iklan dan iklan akan kembali dipaparkan kepada pengguna BBS.

Ikuti caranya.

Langkah Tindakan
1


Cari iklan yang mahu diaktifkan. Klik pada "Activate".
2
Sistem akan memaparkan pertanyaan sama ada anda betul-betul mahu mengaktifkan. Klik "OK" jika ya, klik "cancel" jika tidak.
3
Paparan "Enabling" akan dikeluarkan menandakan sistem sedang bekerja untuk mengaktifkan kembali iklan anda.
4
Bila pengaktifan usai, iklan yang diaktifkan akan bertukar status kepada "Active". Iklan juga akan disusun kembali mengikut kronologi menurun.

Kembali ke atas


Mengghaibkan / Memaparkan Iklan Yang Telah Dipadam


Iklan yang dipadamkan tidak dinyahkan terus daripada pangkalan data BBS. Sebaliknya hanya ditandakan dengan "padam" dan dighaibkan daripada pandangan. BBS memberikan pilihan kepada pengguna berdaftar untuk mengghaibkan atau memparkan iklan yang telah dipadamkan.





Langkah Tindakan
1
Dalam paparan "My Posts", pilihan tersedia ialah "Hide Deleted Posts". Iklan yang telah dipadam masih dipaparkan di bahagian bawah jadual iklan. Klik "Hide Deleted Posts". Iklan yang telah dipadam akan dighaibkan daripada pandangan. Teks paparan juga semerta bertukar kepada "Show Deleted Posts"
2
Untuk memaparkan kembali iklan yang telah dipadamkan, cuma perlu klik pada "Show Deleted Posts". Iklan yang telah dipadam akan kembali dipaparkan.

Kembali ke atas