Friday, September 23, 2011
22 September - Hari Tanpa Kereta Sedunia
Aku tak perasanpun sebelum ini wujudnya acara ini. Bila menjengah blog Akmal, baru aku tahu ada rupanya acara seumpama. Akhbar NST juga menyiarkan berita tentang acara ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ikut sama menyokong malah turun sendiri berkayuh sebagai penggalak kepada acara ini. Itu cerita besar oleh orang besar. Acara ini diharap menjadi pemangkin kepada kesedaran untuk mengurangkan penggunaan kereta sebagai kaedah pengangkutan dan mencari alternatif lain sebagai pengangkutan harian. Berbasikal dan menggunakan pengangkutan awam menjadi sasaran utama.
Aku sudah beberapa tahun berbasikal ke pejabat. Walau tidak sekerap Akmal, atas sebab dan alasan yang kadang-kadang aku sendiri reka-reka sebab terasa berat untuk berkayuh. Untuk Hari Tanpa Kereta Sedunia - World CarFree Day, aku bertekad untuk berkayuh ke pejabat.
Alhamdulillah, perancangan termakbul. Turun pagi tadi dengan perasaan berbeza walaupun sebenarnya perlakuan itu rutin sahaja. Hati kecil berharap akan bertemu ramai pengayuh basikal yang menyahut seruan ini di jalanan nanti.
Laluan kayuhan biasa aku dari Taman Melewar ke Chow Kit melalui Sentul dan Jalan Ipoh tiada bezanya daripada hari-hari biasa. Kereta dan kenderaan lain masih memenuhi jalan. Bagai tiada pengurangan. Tiada pertambahan ketara bilangan pembasikal di jalanan. Hanya muka-muka biasa yang selalu aku jumpa. Dalam ramai-ramai, ada seorang pengayuh sikh yang menarik perhatian aku. Dia luar biasa. Sekali pandang tiada istimewanya. Basikalnya basikal cabuk bukan berjenama hebat. Tetapi...kalau diamati akan ternampaklah kakinya yang "luar-biasa". Keting dan pehanya kurus. Kepala lututnya terbonjol. Pergerakan kakinya tidak seperti manusia lain...
Dia rupanya pernah mengidap polio. Hampir lumpuh tetapi mujur masih dapat diselamatkan. Dan dia memang gigih berkayuh setiap hari...Aku tidak sempat mengambil gambar. InsyaAllah, kalau berkesempatan, aku paparkan gambarnya di sini pada masa hadapan.
Hari Tanpa Kereta Sedunia berlalu. Tiada perubahan ketara berlaku. Kereta masih berlambak menderu di jalan dan lebuhraya. Sama ada acara tanpa kereta ini disedari atau tidak, aku tak peduli. Untuk aku, aku telah menjalankan bahagian aku. Menunjukkan yang berbasikal ke pejabat itu satu yang tidak mustahil. Harapnya, ada satu dua hati yang tergetus "Bagus jugak kalau berkayuh basikal ke pejabat ni ek?". Dan aku akan terus berkayuh, selagi daya...
Kepada bahia polio...Aku salute kau!!! Sememangnya luarbiasa. Hari Tanpa Kereta Sedunia, aku dedikasikan untuk anda.
Sunday, October 03, 2010
Selepas Diintip...
Gambar dicilok tanpa izin dari Cycling Asia
Friday, December 12, 2008
Putting Some Fun Into Going To Work
Where has the road disappeared to?
It's like seeing the weekend off road trail. Off goes all thoughts of going to work...
Barricade? Uh-oh...But no problem for the go everywhere MTB
From a momentary pseudo wilderness, to modern day triple carriageway. Presenting Duta Ulu Kelang Expressway (DUKE). The barricade fails to stop my black stallion from galloping on. Try doing that with your car, motorcycle even.
The emergency lane is wide enough for my black stallion
Moderate morning 0730hrs traffic zooming by. Note that I use lighting, blinking white light front, and blinking red rear even during day time. It helps to be seen. Especially by the rempiters who can zoom around at supersonic speed.
Approaching the new unopened section
Encroaching the unopened section
Massive jam compounded by irresponsible and selfish motorists driving contra flow.
A highway will be incomplete without the toll booth
Left to Keramat, right to Duta
Jalan Pahang morning traffic insanity
Traffic jam is also a blessing when it comes to entering a roundabout. Try doing that during clear time and it will take ages before you can get a clean shot. During jam, just squeeze through...
From Bulatan Pahang to Chow Kit till arrival at the office is simply fun. Being able to overtake motorized vehicle (not because you are fast, but because they are slow) gives some sort of inexplicable gratification. In about 30 minutes, I arrive at the office. Fun traveling to office concludes with a climb up the parking ramp all the way to second floor. Of course I arrive sweating, panting but...SMILING.
The Black Stallion safely anchored at the parking bay. The parking kakak helps to keep an eye on it.
So come on! Make your travel to the office more fun too!