Showing posts with label Nite Ride. Show all posts
Showing posts with label Nite Ride. Show all posts

Thursday, October 06, 2011

Kayuh Siang VS Kayuh Malam


Sekarang ni dah makin ramai yang galak berkayuh off road pada waktu malam.  Satu masa dulu, kayuh off road malam-malam dianggap gila.  Sekarang gila itu sudah bertukar menjadi kegilaan.  Jom kita tengok sepintas lalu apa perbezaan kayuh siang dengan kayuh malam.

KAYUH SIANG
KAYUH MALAM
Ada matahari.
Kadang-kadang ada bulan, kadang-kadang tak ada bulan.
Tak payah guna lampu.
Perlukan lampu yang terang untuk menyuluh denai dan laluan.
Suasana cerah.  Boleh nampak sekeliling.
Gelap.  Penglihatan terhad kepada suluhan lampu sahaja.
Kawasan bahaya dan berisiko tinggi lebih jelas kelihatan.  Lebih ruang masa untuk mengelak atau menyelamatkan diri.
Kawasan bahaya dan berisiko tinggi kurang jelas kelihatan.  Ruang masa untuk mengelak dan menyelamatkan diri lebih singkat.
Tahap siap siaga agak rendah kerana terdorong bersikap sambil lewa kerana semuanya jelas kelihatan.
Terdorong meningkatkan tahap siap siaga kerana penglihatan terhad.
Suasana panas.  Nyahhidrat lebih cepat.  Perlukan lebih banyak air.
Suasana lebih sejuk.  Nyahhidrat lebih perlahan.  Tidak perlukan banyak bekalan air.
Tipuan optik dan penderaan mental.  Imej denai-denai mencabar mendera mental kerana semuanya jelas kelihatan.  Otak berkecenderungan mendorong fikiran negatif.
Apa yang tidak kelihatan, tidak menakutkan.  Cerun-cerun dan bukit yang tidak boleh dikerabat waktu siang mampu dikerabat waktu malam kerana mata tidak nampak keseleruhan cerun.  Hanya bahagian yang disuluh sahaja.  Dibantu dengan suasana tidak panas, badan lebih mampu untuk mendaki berbanding siang.
Tahap siap siaga perlu berada pada seratus peratus.
Tahap siap siaga perlu berada pada dua ratus peratus terutama pada laluan menurun.  Lopak, bonggol  dan lubang tidak berapa jelas kelihatan.  Kedudukan tubuh dalam “attack position” membolehkan tindakbalas yang lebih pantas bila berhadapan dengan cabaran yang tiba-tiba datang.
Kurang risiko terserempak haiwan dan unggas.
Lebih risiko terserempak haiwan dan unggas kerana banyak haiwan bersifat nocturnal (aktif pada waktu malam).
Penggantungan kepada deria penglihatan sebagai deria utama.
Deria penglihatan semata-mata tidak lagi menjadi deria utama. Semua deria diaktifkan – pendengaran, deria rasa pada tangan, kaki dan semua anggota badan menjadi lebih aktif dan tajam dalam usaha mengimbangi keterbatasan keupayaan deria penglihatan.
"Fear Factor" dalam bentuk ancaman dan bahaya yang terzahir dan boleh dilihat mata - jurang, gaung, lubang, binatang liar.
"Fear Factor" sama seperti siang ditokok dengan elemen-elemen mistik.

Friday, December 25, 2009

Kayuhan Malam GLC - Litar Carcosa

Dah lama al kisah kayuh malam GLC tidak dipaparkan di sini. Mungkin sebab dah selalu sangat, maka dirasakan tiada lagi yang menarik untuk diceritakan. Satu kayuhan GLC sama seperti kayuhan yang lain. Kalau kerap sangat dipaparkan kisah yang sama, akan jadi tawar hambar. Maka, setelah sekian lama senyap berselindung di balik kegelapan malam, kisah kayuhan malam GLC kembali dipertontonkan. Al kisah GLC melayan litar Carcosa Seri Negara kemudian bersantai di restoran eksotik Le Chateau de Puah. Apa istimewanya restoran ini dalam kayuhan kali ini sehingga disebut namanya? Teruskan menelusuri catatan ini.

Kayuhan GLC agak malap dua tiga minggu kebelakangan ini. Atas beberapa sebab - kesibukan kerja pejabat hingga ke malam, hujan dan keletihan setelah digasak oleh Kayuh Lasak 2009, kayuhan malam dikesampingkan. Mujur minggu ini ada kesempatan berkayuh. Pengumuman dikeluarkan. Menanti sesiapa yang sudi memagut umpan.

Cuaca cerah menjelang senja melegakan. Sebaik selepas Isya', semua jentera dipersiapkan. Dari rumahku sahaja, 3 jentera akan bersama. Aku dengan Fuji Tahoe, Fikri, anak sulung, dengan raksasa hijau dan Azree, anak saudaraku, dengan basikal GTS. Semakan ringkas dibuat bagi memastikan semua peralatan ada dan sedia. Lampu terutama. Sebaik jam 9.00, jentera-jentera gemerlapan disorong keluar pagar. Dengan tidak diduga, rintik hujan halus membasahi kulit. "Ah...",terpacul dari mulut. Aku dongak ke langit membuat agakan dan perkiraan. Mega mendung menebal di sebelah Batu Caves sementara langit di sebelah KL kelihatan terang. "Mungkin ada sedikit harapan", kata hati membujuk. Arahan dikeluarkan untuk meneruskan kayuhan. "Kalau hujan, kita lepak di Esfan minum teh tarik", arahan lapisan kedua dikeluarkan. Bagai menabur garam ke luka, ayahanda SMS tak dapat ikut serta kerana ada hal mustahak. Walau sedikit tersentak, 3 basikal mula meninggalkan Taman Melewar. Sasaran - Rest Al Esfan Bistro.

Kayuhan santai melalui Taman Selasih, kemudian memanjat jejantas yang merentangi DUKE untuk ke seberang Taman Selasih 2. Diperjalanan, bertemu dengan sekatan jalan Polis sedang membuat operasi. Secara berseloroh aku laung "Lariiiii...tak dak lesen". Disahut anakku Fikri "Takpa, abang ada lesen P". Ha...ha..memang pada raksasa hijau tertampal pelekat P. Entah apa reaksi Polis pada tindakan kami, tidak aku peduli. Jam 9.15,kami sudah tercongok di depan Al Esfan Bistro.

Selamat Datang ke GLC bro Subki
Baru saja aku menyandarkan basikal, ternampak kelibat satu basikal dari kejauhan. Dalam kesamaran, aku cuba mengamati susuk yang tercongok tapi tak dapat dikenalpasti. Perlahan dia menghampiri. Lampu di kepalanya menyilaukan pandangan, sekaligus melindung wajahnya. Basikalnya juga, Scott Voltage, belum pernah kelihatan bersama GLC. Bila dah dekat, salam dihulur. Patutlah tak kenal, memang muka baru. "Subki", dia memperkenalkan diri. Rupanya dia dah sampai di situ sejak jam 9. Datang dari Taman Melati setelah mendapat khabar dari ayahanda yang GLC berkayuh hari Selasa malam. Sedikit kecewa dia bila diberitahu ayahanda tidak ikut sama malam itu.

Akuler muncul kemudian diikuti Envio. Aku isi masa luang bercerita ringkas tentang GLC pada Subki sementara menunggu Akuler dengan Envio bersiap dan menunggu kot yang lain akan muncul lagi. Sambil kepala ligat berfikir laluan mana yang nak dilalui. Dengan perkiraan yang turun semua termasuk kategori muda dan cergas, laluan biar mencabar sikit dengan kelajuan 20-25km/j. Laluan Carcosa menjadi pilihan...

Hampir 9.40, semua siap sedia. Yang lain tidak muncul. Nampak gaya kami berenam sajalah. Aku berikan sikit taklimat ringkas laluan dan aspek keselamatan. Dan sebagai tambahan, rancangan untuk singgah di Le Chateau de Puah dalam perjalanan balik. Rancangan dibuat kerana ada insan yang singgah di blog ini dan mempelawa GLC singgah di LCDP waktu kayuhan malam. Biasalah manusia, punya naluri ingin tahu. Bila dah dipelawa, memang terbit rasa nak tahu apa yang ada di LCDP. Aku sempat melawat laman webnya. Nampak menarik...

Seperti yang dirancangkan, 9.45 malam, kayuhan bermula. Langit mencerah memberikan kelegaan. Rintik tadi hanya acahan. Dari Esfan membelok kanan pada jalan Sri Batu Caves menuju ke Taman Batu Muda. Sedari awal aku di hadapan menarik agak laju dari biasa. Dalam 20km/j.(Laju la tu ikut standard GLC). Jalan lurus dan landai dengan beberapa lampu isyarat hingga ke Sentul.

Jalan punyalah luas. Kat tempat sempit tu juga dia nak kayuh...Akuler
Tiba di kawasan Sentul Boulevard, dah semacam kebiasaan, akan ada yang memanjat pembahagi jalan yang lebar sekaki itu sebagai tempat mengasah kemahiran imbangan. Malam itu giliran Akuler bermain imbangan. Sesekali aku pandang ke belakang, untuk memastikan semua boleh mengikut rentak kayuhan terutama Subki kerana aku belum tahu tahap keupayaan dia. Nampaknya, sesi rajin kayuh dia memanjat Genting Sempah membuahkan hasil. Anak saudara aku pula yang nampak sedikit meleleh. Mungkin sebab dah lama tak berkayuh.

Dari Sentul Boulevard, terus menyusur Jalan Sentul hingga ke Jalan Ipoh. Dari situ, melibas kanan ke Jalan Mahameru kemudian ke kiri ke Jalan Tun Ismail. Malam makin melarut, melarutkan juga bilangan kenderaan di jalanan. Hampir lengang dan sepi. Kenderaan dengan kuasa kaki menguasai jalanan. Terang limpah ruah lampu jalanan di tepi PWTC/hentian Putra ditinggalkan mencari sedikit cabaran.

Pemanas betis,pelembut lutut. Pendakian sederhana pada Jln Tun Ismail
Sebaik menghampiri Stesen Komuter Putra, aku sengaja mengacah apabila melihat bukit menanti di hadapan. Dakian bermula dari depan Kondo Sri Kenny/MACRES. Dakian lanjut sejauh 600m sebagai pemanas badan. Tambah meriah bila ada yang nakal bermain acah-mengacah. Mencicit ramai-ramai kerabat bukit. Sudahnya, pakat mengah beramai-ramai jugak. Kayuhan berhenti rehat seketika pada simpang Jalan Tunku untuk meredakan semput di dada.

Dari simpang Jalan Tunku, laluan berubah nada. Dari mendaki ke turun bukit. Meluru semua bagai peluru dan terkujat seketika bila jalan jadi gelap gelita. Mujur ada lampu berkuasa menyuluh jalan. Turun bukit dengan jalan meliuk lintuk memang seronok.

Keseronokan berakhir bila berjumpa simpang Jalan Sultan Salahuddin. Kayuhan mendaki lagi lanjut dan panjang hingga ke simpang Persiaran Salahuddin. Jalan melandai sehingga melewati Istana Selangor. Bengkang bengkok dengan suasana rimba. Tenang dan sunyi bagai bukan berada di tengah kota metro Kuala Lumpur. Laluan melandai kemudian menurun dan bertambah mengujakan bila melepasi bangunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Selekoh tajam dan pantas menanti, meluru turun melepasi Tugu Negara hingga ke simpang Jalan Parlimen.


Menghampiri pintu pagar Carcosa

Di depan pintu masuk Carcosa Seri Negara

Membelok kanan pada lampu isyarat. Melepasi Tasik Perdana, Bangunan Parlimen dan merapat kiri. Menyusur naik pada Persiaran Mahameru. Jalan tar dua hala tapi sempit. Sunyi dan sepi. Pendakian landai dalam jarak 1km sehingga ke pintu pagar Carcosa Seri Negara. Telah beberapa kali GLC berkayuh laluan itu, cuma kali ini sahaja betul-betul hingga sampai ke Carcosa. Benak aku yang tak berapa mahir ilmu alam ini tertanya-tanya apa kebendanya Carcosa Seri Negara ni? Luarbisa bunyinya. Carcosa Seri Negara ini rupanya hotel mewah. Gabungan Carcosa dan Seri Negara. Keduanya adalah rumah agam (mansion) tinggalan British yang dijadikan hotel. Sempatlah kami bergambar skeping dua. Terima kasih abang jaga yang baik hati.

Kayuhan diteruskan! Turun dari Carcosa, membelok kanan dalam kegelapan menerpa mendadak. Laluan menurun pulak tu. Sekali lagi lampu basikal menyelamatkan keadaan. Laluan herot petot menurun dalam gelap mendatangkan rasa seriau. Apa agaknya yang Envio nampak sebab dia pakai cermin mata gelap.

Sebaik sampai ke kaki laluan, terpaksa brek mendadak ketika kelajuan tengah memuncak kerana ada laluan cilok masuk ke Tasik perdana. Bercanda di pinggiran tasik la pula kami berenam. Terus masuk ke Jalan Kebun Bunga. Kami tidak berhenti rehat seperti lazim kerana dirasakan sudah cukup berehat di Carcosa tadi. Landai sekejap saja kemudian mendaki lagi pada laluan di depan Taman Rusa. Mendakilah dengan bau hamis rusa menusuk hidung. Pendakian pendek tapi agak curam membawa ke bulatan di hadapan Planetarium Negara.

Bagai hujan api...
Jalan Perdana diambil. Menurun sehingga ke Masjid Negara dengan cerunan curam pada penghujungnya. Langsung ke kanan melewati Pusat Islam hingga ke bulatan dan terus mengambil laluan kiri ke Jalan Kinabalu. Menyusur ke kiri hingga ke Dataran Merdeka. Barulah berjumpa ramai kelibat manusia berkeliaran di Dataran Merdeka. Merdeka sungguh mereka!

Jalan Raja Laut
Dataran Merdeka ditinggalkan. Terus menyusur Jalan Raja Laut melewati Sogo, Kompleks Pertama dan bangunan-bangunan lain sepanjang Jalan Raja Laut. Malam yang melarut tidak melarutkan bilangan kenderaan di jalan. Masih banyak yang menderu. Ada yang membunyikan hon, harapnya tanda sokongan, bukan tengkingan.

Jalan Raja Laut disusur hingga ke hujung. Pengayuh santai membelok kanan ke arah Chow Kit kemudian melibas kiri menghala ke Jalan Pahang. Bulatan Pahang dihampiri dengan berhati kerana kenderaan laju menderu. Untuk menyeberang bulatan ke Jalan Pahang jadi satu pertaruhan. Walaupun 2 hospital ada berdekatan, itu bukan alasan untuk singgah di hospital!

Jam baru pukul 11.00 malam ketika Hospital Tawakkal dilewati. Setapak tak juga kesampaian walaupun hanya setapak. Ooooo...naik basikal. Kalau jalan kaki, memang setapak saja sudah sampai. Jalan landai mendorong semua bermain kejar mengejar macam acara kierin. Kejap saja tahannya, maklum semua pengayuh pro. Tambah pula sebelum simpang ke Jalan Gombak, jalan sedikit mendaki. Mencungaplah semua pengayuh pro...

Sebab Setapak tak sampai-sampai, haluan ditukar ke Gombak. Masuk kiri ke Jalan Gombak. Jalan mula menurun, isyarat untuk lepas geram sebab tadi penat mendaki. Berdesir bunyi turbocharger bila gear ditukar dan engkol disesah sambil layan turun. Tambah cantik bila lampu isyarat menghijau segar. Meluru saja ke depan ditokok pula bila dah nampak papan tanda Le Chateau de Puah (LCDP). Apa yang menarik sangat dengan LCDP ni? Adakah ianya ada kena mengena dengan Le Tour de Langkawi?

Papan tanda di tepi jalan menunjukkan LCDP masuk ke dalam sejauh 100 meter. Selepas kesemua 6 pengayuh santai GLC sampai, kami berkayuh masuk ke dalam. Seperti dinyatakan, LCDP terletak lebih kurang 100 meter. Bukan betul-betul di tepi jalan, sebaliknya agak ke dalam sedikit, sebelah kiri. Dari jalan utama (Jalan Puah). Nampak beberapa kereta mewah terparkir di laman.


Kolam kecil menyambut tetamu

Ruang makan terbuka

Ruang makan ala harem. Sesuai untuk keluarga/kumpulan

Lagi "harem". Tiada tarian gelek di sini.

Aku sampai dulu. Terus menolak basikal melewati pagar LCDP. Sekonyong terpana dan terpinga aku sebentar melihatkan rupa LCDP dari dalam. Suasana sungguh eksotik dan sangat terasing daripada persekitaran. Serasa seperti berada di negara lain! Lampu suram melimpahkan cahaya ke seluruh kawasan. LCDP di apit 2 bangunan. Laman depan di penuhi meja makan dalam kawasan laman terbuka. Di kanan, ruang makan ala wakaf. Makan bersila dengan meja rendah di tengahnya dan lantai dilapisi ambal. Menyambut tetamu datang adalah hiasan pancuran dan kolam kecil di sebelah kanan pintu pagar. Kalau nak diperincikan semua, jenuh aku nak bercerita. Kalau nak tahu lebih lanjut, pergi sendirilah.

Yang lain menyusul beberapa minit kemudian. Ternampak dua orang perempuan sedang berbual bila kami masuk. Segera mereka hentikan perbualan dan menyambut kami. Ramah perempuan yang aku kira usia 50-an meyambut kami. Dia bahasakan dirinya aunty. Roman wajah macam cina. Telor cakapnya juga macam cina. Mujur dia tak marah sebab kami bawa basikal (yang dah comot) ke dalam restoran. Sebaliknya, aunty dengan ramah mempersilakan kami masuk malah menolong mencarikan tempat yang sesuai untuk meletak basikal.

Aku yang ramah terlebih ini, bercerita dengan aunty kenapa kami sampai ke situ. Aunty angguk-angguk dan sesekali menyampuk cakap aku. "Somebody came to my blog and left a message inviting me to check this place out", aku menjelaskan pada aunty dalam bahasa orang kampungku. "Oh...who might that be? Must be thankful to that person", balas aunty.

Kami duduk di meja bahagian laman. Tak tergamak nak busukkan permaidani dengan peluh busuk kami. LCDP menawarkan 3 jenis tema sajian - rasa tempatan (tomyam, aneka nasi goreng dan seumpama), rasa Uzbek - (humus, manti, nasi bukhara dan seumpama) dan sajian barat - steak, chop dan seumpama. Kami pilih sajian uzbek kerana yang lain dah biasa disantap.

Sambil menunggu pesanan sampai, aku merayau melihat sekeliling sambil mengambil gambar. Kemudian aunty muncul kembali dengan satu soalan yang membuatkan aku berdebar..."Siapa nama Ki-lo-lo?", tanya aunty. Aik...auntypun tau Ki-lo-lo?. Di belakang aunty, terpacak seorang gadis manis, dalam usia awal duapuluhan agak aku. "Ini anak saya", aunty bercerita tanpa diminta. "Dialah yang post message dekat blog you". Oooooo...baru faham. Ingatan aku mula menerjah ke tahun lepas. Teringat aku seorang gadis menulis e-mail bertanyakan kayuhan GLC kerana dia juga berminat nak ikut berkayuh. "Ya...ya...", aku mengiyakan macam orang bodoh. "Saya ingat, errrr...siapa nama ya? Saya dah lupa...". "Syazalia...", sahut si gadis. "Terima kasih kerana sudi datang...", ucap gadis. Rupanya yang dia bercerita dulu dia kerja di kedai makan rupanya separuh benar sahaja. Dia anak taukey rupanya...Ish...ish...ish.

Akuler ambil peranan jadi food consultant sebab dia mahir dengan makanan timur tengah. Bila pesanan sampai, kami dikejutkan dengan sajian tambahan...Rupanya complimentary, on the house - nasi bukhara kambing dengan wonton. Terima kasih aunty dan Syaza. Yang lain-lain melayan hidangan masing-masing - kebab ayam ada, kebab kambing ada, hummus ada...Sajian Uzbek. Sedappppp...


Lamb kebab. Kebab kambing dengan roti Uzbek. Tidak dapat dipastikan sama ada kambing tersebut mandi atau tidak sebelum disembelih

Kebab ayam. Tidak dapat dipastikan sama ada ayam itu ayam jantan atau ayam betina.

On the house. Nasi bukhara kambing ehsan LCDP

Sajian berat. Wonton...Satu tan wooo. Juga ehsan LCDP

Malam melarut melewati jam dua belas. Hidangan Uzbek ranap dikerjakan pembasikal GLC. Masa untuk kembali ke pelana dan berkayuh pergi. Syaza dan aunty mengiringi hingga ke pintu pagar. Siap sempat buat satu sesi fotografi ringkas. Amboiiii...rasa besar hati sungguh macam VIP. Layanan LCDP memang luarbiasa. Terus tercetus dalam hati akan kembali lagi ke situ bersama famili...

Le Chateau de Puah...Sebuah mahligai di Puah, ditinggalkan dengan kenangan. Enam basikal berkayuh pergi. Kembali ke Jalan Gombak. Subki meluncur laju ke arah rumahnya yang sudah berdekatan. Barangkali kerana permitnya sudah tamat tempoh. Maklum, baru pertama kali kayuh bersama GLC. Lima lagi membelok kiri pada simpang Kpg Bandar Dalam. Terus masuk ke Lebuhraya E33 DUKE hala ke Sri Gombak. Kayuhan sudah menggunakan bateri simpanan. Tiba di jejantas Taman Selasih, kumpulan berpecah lagi. Aku, Fikri dan Azree naik ke atas jejantas untuk balik pangkalan, sementara Akuler dan Envio meneruskan kayuhan ke Esfan. Kereta mereka ditinggalkan di situ...Tamat al kisah GLC kayuh malam dengan sisipan Le Chateau de Puah...

T A M M A T



Lagi gambar boleh dilihat di Album Kayuh Malam GLC 22122009

Wednesday, November 18, 2009

Romantika Candikal...

Dewan Bahasa dan Pustaka pastinya melenting dengan aku. Sewenangnya melahirkan istilah baru. Dengan tiada kredibiliti langsung dalam bidang bahasa, siapa aku untuk memperkenalkan istilah atau perkataan baru...

Romantika rasanya ramai yang dah tahu. Kata pinjaman dari "romantic". Tapi...CANDIKAL? (sebut candi-kal). Kata ini terzahir secara semerta, melompat dari benak minda. Berasbab dari rentetan cuaca mutakhir yang sering-sering hujan. Rencana untuk berkayuh malam sering tergendala. Isteri pingin berkayuh lantaran terasa ada lebihan pada sisinya yang kian bertambah. Aku usulkan rencana segera - kayuh saja bila ada kesempatan dan cuaca mengizinkan. Tak perlu kayuh lama-lama, juga tak perlu pergi terlalu jauh. Tak perlu juga ramai-ramai. Hanya dia dan aku. Berdua bercanda dengan basikal. Oh...romantisnya. Dia setuju!

Nah...lingkaran kisah telah dihidangkan. Anda tentu dah boleh meneka maksud candikal. Tidak perlu tahap IQ anda tahap cendekiawan untuk meneka dengan tepat. Betullllll...CANDIKAL adalah singkatan dari bercanda dengan basikal...DBP jangan marahhhhhh...

Jadi, kalau anda dan pasangan anda juga terbelit dengan permasalahan yang sama, mungkin anda juga boleh bercandikal. Luang sedikit masa saja tapi manfaatnya besarrrr...Dapat luang masa dengan isteri, dapat riadah, dapat redakan stress. Kaifiatnya, berkayuh sebentar bersama, pada malam sunyi tenang. Tempoh kayuhan dalam sejam meliputi jarak 10-15km. Untuk lebih berkesan, cuba jadualkan selang sehari...Kalau dapat tiap-tiap haripun tak apa...Cubalah, mungkin ini boleh merobah dan meningkatkan hubungan suami isteri. Kalau dirasakan sejam itu tidak mencukupi...bila balik rumah, sambunglah lagi kayuhan. Bagaimana berkayuh di rumah? Takkan itupun perlu diperincikan? Selamat beromantika candikal!

Friday, January 02, 2009

Kayuh Malam Sensorang Daaaa...

"Beginilah nasib, diriku yang malang..."

Lagu arwah P. Ramlee itu berkumandang di telinga. Sambil menunggu di Dataran Parkir Sri Gombak...Bila jam sudah pukul 2 pagi...eh...mana ada, baru seplo malam, sorang rider lainpun tidak kelihatan. Basikal mereka apatah lagi. Barangkali sebab tadi ujan sekejap, maka yang lain mengundur diri...Cobaan...

Maka pada hari Selasa, 30/12/2008, jam 10.00 malam, berkayuhlah BC Kelolo sensorang diri. Plan asal nak ke Bukit Tunku tak jadi. Tak berani ooo sensorang. Balik sajalah...Maka kayuhlah hala balik. Lepas trafik light belok kanan hala ke DUKE konon nak masuk ikut Taman Selasih. Tetiba saja basikal tak mau kona (dah basikal jenis Element, mana pulak konanya). Terlajak pulak ke depan. Makin lama makin laju. Eh....eh...apsal pulak brek tak makan. Sedar-sedar dah lepas Taman Pelangi Jaya. Intai-intai jugak kot-kot Shuk Alamort ada depan rumah main basikal dengan Eton. Boleh ajak kayuh DUKE bersama. Umak aiiii...dah terang benderang dah DUKE.

Bila dah sensorang tu...memang la boring tahap ultraman taro. Kayuhpun nak lajuuuuu saja. Cepat la penat. Mana pulak bontot masih pedih-pedih bahana Kayuhan Warisan Taiping 2008. Eh...bang chik ngan kak chik pi tau! Complete lagi tanpa mengchicken loop barang sedikitpun...Ingat apa?

Bila dah sampai tol, tahap bosan meningkat kepada ultraman meibius pulak. Angkat basikal lintas penghadang. Pusing baliklah. Sambil tu intai-intai jugak kot-kot anjing yang sakat Fino hari tu ada berkeliaran. Dah insaf dah aning tu kot...Kayuh la pelan-pelan balik. Masuk ikut Pelangi Jaya kemudian menongkah arus atas DUKE untuk masuk ikut Taman Karak Utama. Jam di studio menunjukkan hampir pukul 11.00 malam.

Kira-kira lagi sepelaung nak sampai rumah, tetiba...(aha! apa yang terjadi seterusnya?) Henpon berbunyi. Nada dering standard untuk ahli beskal sahaja. Siapa pulak gerangan? .... "Bang chik kat mana?" suara di hujung sana bertanya. "Dah nak sampai umah dah nih", aku jawab. "Kayuh sensorang saja. Yang lain suma gagal...". Aku sambung cerita. "Ooooo...", suara di hujung sana menyahut. "Saya kat KLCC nih. Sensorang jugak. Takpelah kalau gitu". Tittt...tutup panggilan. Sambung kayuh dua tiga cadence sambil kepala mencongak-congak. Awal lagi nih...Sempat seround lagi nih. Zrasssss..sepantas Fino jatuh tergolek kat Sri Gombak bang chik buat keputusan menyambung kayuhan. Henpon dicapai. Nombor Fino di dail. "Hello...Fino. Ubah fikiran pulak. Jom kita jumpa kat Titiwangsa", usul diajukan. Tak sesia, usul disambut sebulat suara.

Apa lagi...bagi isyarat tangan. Buat pusingan U. Kayuh balik menghala ke DUKE. Agak orang berdekatan pelik tengok apa hal si mamat ni dok pergi balik kot situ. Dipendekkan nafas, dalam lebih kurang 23 minit 15 perpuluhan 2531 saat sampailah bang chik ke Titiwangsa. Fino baru saja menyalakan isyarat baru sampai. Penat...penat. Sprint tadi wooooo....

Salam dihulur pengukuh ukhuwwah. Sembang-sembang sekejap sambil meredakan degup jantung yang mengencang tadi. Cadangan dibuat untuk berkayuh melalui Jalan Semarak ke Jelatik kemudian ke Ampang untuk sesi teh tarik.

11.30 malam dua basikal hitam meninggalkan Titiwangsa. Menyusur Jalan Tun Razak kemudian membelok kiri ke Jalan Semarak. Ambil simpang kanan pada pejabat JUPEM kemudian kiri pada lampu isyarat seterusnya melalui Jalan Gurney. Ada tempat makan happening kat situ rupanya. Ramainya kaum. Tak sempat tengok apa nama tempat sebab kedua-dua pengayuh sedang memecut pada kelajuan cahaya.

Keramat muncul, kemudian Jelatek. Membelok ke kanan ke Jalan Ampang kemudian kiri mengikut Jalan Ampang. Ahhhh...lega bila sampai ke port yang disasarkan - Suzi's corner. Jam berdentang dua belas. Satu air seratus campur jadi togokan. Fino belanja. Jam doblas setengah kami berpisah. Amik haluan memasing. Fino dah dekat dengan umah dia. Bang chik nak kena bedal lebih 15 KM nak balik umah. Ishhhh...

Pendek cerita, laluan DUKE sekali lagi dirembat. Hiway baru 3 lorong terang-benderang tapi sunyi. Sesekali saja motor ngan keta lalu...BC maintain kayuh mid gear high cadence. Tak peduli kiri kanan dan kaki yang protes lenguh dan keracunan laktik. Hanya bantal dan tilam yang terbayang dimata.

Laaaa...tak abis lagi ka cerita. Dipendekkanlah lagi, lepas sikit 1.00 pagi sampailah bang chik ke rumah. Letih...letih wooooo....Tapi puas. Dalam hati berkata-kata..."Apa kerja gila aku dah buat...?".

TAMMAT

Monday, November 10, 2008

GLC Kayuh Malam ke Menara KL

Khamis, 30 Okt, 2008. Gombak League of Cyclists (GLC) berkelana lagi. Menerjah malam kota metro Kuala Lumpur. Kayuhan kali ini agak berbeza. Berbeza kerana beberapa sebab. Satu, bilangan peserta ramai dari biasa. Dua, bilangan kumpulan peserta yang terpecah 3. Tiga, ada wajah-wajah baru menyertai GLC. Empat, laluan baru ke Menara KL.


Beskal Fino - Beskal Lanz
Bermula 9.30 malam di Sri Gombak, seorang demi seorang, muncul mengisi ruang parkir. Fino tercegat awal sekali. Bagai penanda aras bagi GLC. Kemudian aku, isteri dan seorang kenalan baru dari kejiranan yang sama, Azlan, ikut serta. Tak lama lepas muncul pula Dino. Mengheret sama Pak Sham dan adik Pak Sham. Namanya juga Azlan. Azlan muncul dengan jentera klasik Maverick Pak Sham. Sempoiiiii... 7 orang akan bermula dari Sri Gombak - Fino, aku, Ummu, Lanz, Pak Sham, Dino, Azlan


Lanz, Dino, Pak Sham, Azlan, Lanz
Kelipan blinker dan lampu hadapan memeriahkan suasana bila 7 pengayuh beredar dari Medan Parkir Sri Gombak, berkayuh santai menghala ke Greenwood kemudian membelok kanan ke DUKE. Jam di tangan menunjukkan pukul 9.45 malam. Sasaran seterusnya persimpangan Bandar Dalam. Mesej dari ToyolPemalu mengatakan dia sedang menunggu di Esso Dato Senu. Rancangan diubah minta dia teruskan ke simpang Bandar Dalam.


Memasang lampu pada beskal Toyol.
Gambar oleh : ToyolPemalu
Yang lain terus naik ke DUKE sementara aku dan Ummu keluar untuk menunggu Toyol di bawah jejambat. Tak lama lepas tu nampaklah kelibat basikal menyelinap pantas meredah dan melompat segala pembahagi jalan. Dasat ToyolPemalu nih. Nyata nama yang dipakai tidak melambangkan orangnya. Salam perkenalan ringkas menyusul. Aku ambil sedikit masa untuk memasang lampu pada beskal Toyol seperti yang dijanjikan. Mereka yang lain ternanti-nanti di atas DUKE. Sambil aku pasang lampu, sang Toyol dah mula beraksi dengan kamera DSLRnya. Jadi bintang la aku sekejap.


Tripod bawak sesaja buat penat
Usai pasang lampu kami mengorak kayuhan kembali memanjat DUKE. Dino sudah bimbang dan berpatah balik mencari. Kumpulan bercantum kembali. Disebelah kiri dalam kegelapan malam, nampak seperti ada kebakaran. Semarak api dengan kepulan asap mengotori langit KL yang sedia kotor. Dari kejauhan latar malam cahaya Kuala Lumpur dan kelipan lampu dari KLCC mencetus idea pada Toyol untuk diabadikan. DSLR dikeluarkan. Tripod siap terpacak. Sebaik kamera mahu dipasang, Toyol terkilan kerana plet pencantum kamera pada tripod tidak di bawa. Cheh.."Gagal betul...", rungut beliau sambil menggeleng kepala.

Kecewa benar Toyol. Rancangan dipinda. Yang lain akan meneruskan perjalanan di atas DUKE ke Titiwangsa sementara aku, Ummu dan Toyol akan keluar ke Bdr Baru Sentul. Toyol mahu ambil plet tripod dari rumah. Sementara menunggu Toyol mnyelongkar rumah mencari plet, aku sempat berposing-posing di bawah sinaran lampu jalan di simpang Bandar Baru Sentul.


Merida kembar - Dank's ngan Sabri's
Kami bertiga kemudian langsung ke Titiwangsa. Dank dengan Sabri serta anggota gerombolan lain sudah siap menunggu. Aku cepat-cepat meneruskan urusniaga lampu-lampuan dengan Dank sepertimana dijanjikan. Siap pasang lampu, gerombolan menerjah merentasi Taman Tasik menuju Jalan Tun Razak.


Sesi buang air-isi air
Singah sebentar di Petronas untuk isi air dan juga buang air. Hmmm...satu puak isi air, satu lagi buang air. Selesailah upacara isi air-buang air. Jalan Tun Razak terus diselusuri, memintas lampu isyarat ke Semarak di celah kesibukan kereta motor walaupun jam sudah hampir tengah malam. Aku terlepas ke depan. Lalu mengambil posisi kiri sebelah luar untuk masuk ke Jalan Yap Kwan Seng. Lampu isyarat merah. Sekonyong muncul Ummu serentak dengan lampu bertukar hijau. Kaget sekejap aku bila melihat Ummu seolah hilang arah di celah kereta motor yang sudah mula bergerak menyambut lampu hijau.

Ritma kayuhan santai malam beralun. Beransur gerombolan melewati bangunan AMBank yang tersergam. Dulunya MBf. Beberapa ketika kemudian KLCC pula memasuki zon pemandangan. Sekejap lagi bakal melalui kawasan hap-pening kepala. Kelab bersepahan di situ dikerumuni manusia kota yang tak pernah puas berjoli. Aku naik teruja seketika melayan lekak-lekuk pesiar kaki. Kayuhan dilajukan sehingga bini ditinggalkan jauh di belakang. Marah sekejap Ummu denganku...Silap aku...Mohon maaf. Mohon maaf.


Layan Money for Nothing
Dari lampu isyarat untuk menyeberang Jalan Sultan Ismail, berhenti seketika menghormati lampu merah. Dari kelab di sebelah kiri, berkumandang lagu Dire Straits - Money for Nothing. Terangguk sekejap kepala...Pembasikal malam dengan lampu-lampuan menjadi perhatian manusia. Ada yang sadar, ada yang hanyut dalam arus gelombang alkohol...


Naik bukit mesti pelan-pelan kayuh...
Menara KL makin menggamit. Dan sebaik lampu bertukar hijau, Fino meluru ke hadapan. Aku belajar dari kesilapan, berkayuh dengan perlahan cuba beriringan dengan Ummu. Iyyyahhhhhh...kederat diperah mendaki laluan ke Menara KL sebaik membelok ke kanan. Menara KL tercongok bagai menongkat awan gemawan malam samar dalam pandangan. Tiada masa bersantai ria, bukit tinggi curam perlu dibereskan dakian. Aku mengiringi Ummuku mendaki bukit inci demi inci dalam gerak perlahan. Mulutku becok memberi kata-kata galakan. Pak Sham sengaja memilih untuk menolak basikal sebaik melepasi pondok penjaga parkir...


Menara KL
Dan akhirnya, Bukit Menara KL berjaya ditawan. Riuh gegak gempita dataran Menara KL dengan kehadiran gerombolan GLC. Toyol sibuk mengetik butang bukatup pada DSLRnya. Lihat hasil kerjatangan ToyolPemalu di sini.


GLCs
Malam makin melarut dan GLC makin mengarut. Tanda untuk beredar. Tadi naik sengsara, turun....perggghhhhhh...tak hingat dunia. Aku nyaris jadik mangsa besi penghalang parkir bila meredah laluan tika palang terangkat. Nasib baik belasah lelaju...Kalu tidak mau masuk suratkhabar lama...Sorang pembasikal terbongkang dibaham palang. Yang lain ikut sama meluru bagai peluru. Aku cuba mengambil gambar tetapi yang dapat ditangkap hanya latar...Riders semua lajuuuuuuu.



Sup Dorai...
Penghujung ride malam menghampiri. GLC menyusur Jalan Sultan Ismail. Clubbers masih berlonggokan...Depan Hard Rock masih idup dengan manusia...GLC mengenal pasti sasaran. Santap dan santai di Dorai. Seranggggggg..... Lalu Jalan Doraisamy, juga satu lagi kawasan hap-pening. Memang pening! Singgah sebentar di warung sup yang ak payah diperkenalkan lagi. Sup kambing, sup ayam jadi korban lahapan...

Aku masih ada go lagi. Masih bersemangat mau kerabat Bukit Tunku. Ntah kenapa malam itu selera sedikit besar. Mungkin selepas pekena sup? Dino dengan Pak Sham terpaksa minta diri berundur dulu. Aku pada mulanya menyangka orang lainpun masih semangat serupa, nyata sasar. Yang lain sebenarnya dah bersedia untuk makan bantal. Batal rencana ke Bukit Tunku, langsung cari jalan balik. Fino pulak minta diri sebab dah sesuai dengan laluan dia untuk balik ke Ampang. Saki baki daki GLC meneruskan kayuhan melewati Jalan Raja Laut. Kemudian ke Jalan Ipoh selepas tiu melibas kiri menghala ke Jalan Pahang. Dank dengan Sabri pula menghulur salam perpisahan...

Tinggal aku, Ummu, Toyol dan Lanz menyambung perjuangan yang belum selesai. Kayuhan longlai diteruskan. Gerombolan mengecil lagi bila Toyol masuk be Bdr Baru Sentul. Macam cerita sepuluh budak itam pulak...Tinggalahh 3 budak itam meneruskan kayuhan. Sampailah Setapak (yang jauhnya bertapak-tapak). Ada laluan masuk ke DUKE pulak tu. Sesuatu yang tidak dipersiakan. Laluan dekat dan berturap cantik lagi baharu (apsal ntah sekarang kena guna "baharu" bukan "baru"). DUKE membawaku, Ummu dan Lanz pulang ke rumah...Akhir satu lagi kisah kayuhan malam GLC. Menara KL, nanti aku datang lagi.


Lagi gambar dari lensa kamera komanku dan ToyolPemalu

Friday, October 31, 2008

GLC Nite Ride That (Almost) Never Was...

Mid of October was a blessed period. Klang valley was showered with blessing (rahmat) from Allah. Almost every day. Beginning from late noon till midnight. The almost continuous downpour made me defer coupla night ride plans.

Akmal, a close biking buddy from Jay Bee, informed me that he'll be in KL for a few days attending meeting. He rode the GLC nite ride before and was keen to savor it again. So, I got the Element prepped up for him and Thursday, Oct 23 would be the day. That date was also the eve of my 40th birthday. A birthday present for me to ride change of decade in my age...30's going 40's...

Thursday came. I checked the sky almost every hour throughout the day for signs of darkening sky and drops of water. Till evening, the sky was clear. Bright hope for a nite ride happening.

At first, Ummu decided to join the ride, but later withdrew because our children needed help with their art exam. About 8.30 p.m. Akmal pulled over his Avanza in front of my house. I went out to greet him and at the same time glanced at the streetlight. There, could be seen clearly under the bright streetlight, streams of fine droplets of water. Drops was so fine that you couldn't feel it hitting your skin. There was still chance of ride to go ahead.

But later it looked as if it got heavier. I cautioned Akmal that most probably we'd have to call the ride off. I went up to freshen up and slip into my gear. The plan was to get ready in case the rain stop, we could just continue riding. At about 9.00 p.m., Fino texted me. He was already at Sri Gombak and he cycled there from his house in Ampang. I thought he was just pulling my legs. "Iye ke", I texted him back. "Iye le...", was his reply. He asked us to come, at least for some teh tarik if we couldn't ride. Now, who could turn him down?


Akmal all geared up
I conveyed the message to Akmal and confirmed that we would proceed. He beamed with joy. He immediately pulled his magician act and presto, he was in riding gear before I could even say "Selamat Hari Raya". Moments later, we were already astride our steeds and set to move. It was consoling when the visible fine rain was not felt by the skin. Meaning, it was very-vey fine. We headed for RV around 9.20.


Fino's BH rig
Fino was there by himself. The usual kakis were nowhere to be seen. Fino told us of another friend from Wangsa Maju will be joining. So we waited. Overheard a phone exchange between Fino and his friend indicated he was on his way to Giant. A prominent huge gigantic landmark. We waited till 10.20. Later, we learned that Fino's friend headed for the wrong Giant. He was at Taman Permata outlet instead of Batu Caves. He would have to turn back and pedal all the way to Sri Gombak.



Akmal and Fino

Scratching the KLD itch
We decided to change the RV to make things easier for Anis. 10.30, we moved. Away from Sri Gombak headed west onto Karak Highway. We chose to RV at the pedestrian bridge. KLD fever was still in the heat. Time taken for waiting for Anis was put to good use by playing ala KLD on the steps for pedestrian.



Rain continued but still in tiny droplets. Creating mist like ambience. Cooling and soothing. Moderate traffic plying the road which was upgraded to 3 lanes highway and became part of DUKE. At 11.00 we saw flicker of white bluish light from the direction of Karak. Finally Anis arrived. We made quick introduction and allowed him a coupla minutes to catch his breath. Then we moved on. The drizzle continued...


DUKE to Bandar Dalam junction
We proceeded along DUKE then took a right to Sentul at Bandar Dalam junction.From Sentul to Jalan Tanah Lapang taking a big turn around Sentul Boulevard then right into Jalan Enam passing by a condo project then a left at a forking Sentul Link/Jalan Perhentian.



Jalan Ipoh. Akmal recollecting his past. Reminiscing...
From there, we proceeded along Jalan Ipoh northbound. Along the way Akmal was reminiscing his past. Recollecting his childhood days. "Dulu rumah kat sini, BC", he pointed. Thereafter we turned left towards Jalan Duta. In all our nite rides passing that route, we never try going up the elevated highway. The gradient look very un-appeasing. We chose the lower route via the roundabout. As reminder, do be careful when entering and exiting roundabouts. We passed the Duta roundabout then towards Duta bus station.



Recharging before going up Persiaran Duta.

Up up in front of Institut Integriti Malaysia - Persiaran Duta.

We took a breather at Hentian Duta. While resting, I showed them the slope decorating Persiaran Duta. Approximately 300m of ascent with gradually increasing gradient. None of them had passed that route before...Night continued to crawl nearing the change of date when we biked up the hill. Anis in the lead, while Akmal accompanied Fino. Though new, his spirit was strong. He persevered to clear the hill even at a slow pace. I joined Akmal in cheering Fino and cry of jubilation broke out at the top of the hill when he made it.



Atop Jalan Changkat Duta
A relieving fast downhill followed but shortlived because another climb appeared but shorter than the first. The vicinity of this area was populated with big huge mansions. Invoking awe and envy simultaneously as we painstakingly pedaled up. We turned left into Jalan Changkat Duta then stopped upon reaching the junction to Jalan Tunku Putra. The night view seen from atop Jalan Tunku Putra was so spectacular prompting us to pause for a while to enjoy the view. Far below, steep tarmac descent awaited.


Fast and furious tarmac downhill
We wasted no time in bombing down Jalan Tunku Putra. All the agony sustained during the climb was paid off...triple fold!!! The momentum gained from the roll was enough to take us to Jalan Mahameru. Exhilirating!!! I didn't have speedo but I guess top speed was more than 6okmh.


Dark Tasik Perdana jogging track
From Jalan Tunku Putra we took a right on Jalan Mahameru. Light traffic traversing the highway in the wee hour of the morning. From Jalan Mahameru, left into Jalan Sultan Salahuddin then right into Jalan Parlimen. From Jalan Parlimen, we turned right into Jalan Cenderawasih and a quick right into Jalan Cenderamulia in Tasik Perdana. During daytime, Tasik Perdana is a beautiful and refreshing recreational place. At midnight, shrouded by darkness and silence of the night, it could look creepy. We went into the jogging track. Dark passage lit only by our puny lights. Fino nearly kissed the earth when suddenly half of the track was barricaded. He went of the edge of the interlocking block track. That track took us into the depth of Tasik Perdana till we came to a richly lit area complete with gazebos. We ground to a halt for another breather.


Gazebo
In all our excitement, later only we realized that the rain had completely stopped. Nobody realized exactly when. 12.20 am, Oct 24th we made a stop. I stood there for a brief moment of silence. I had just did a 2 decades of my life ride. Going from my thirties into my forties. The fellas knew about it and they remembered wishing me Happy Birthday...On a cool dark night...

Nearby were several sets of steps and stairs which I intended to do my KLD. Damp surface after the rain dampen my spirit. Fear of slippery steps made me scrap that thought. After all, I was not that young any more. Being forty made me a whole lot wiser (and a coward?).


Jalan Ria
Three quarter of the journey completed. Time for a teh tarik before adjourning home. A motion put forward with no objection. We hit Jalan Kebun bunga, a paved tarmac. Suddenly, peaceful quite cool night was disturbed when a rank smell invaded our nostril. My mind instantly related that smell to horror movies where normally shortly after a hideous creature will pounce on us. I started scanning left and right and to my relief, there was a deer park on our right. Phewww...Rank smell left behind when we took a sharp right right ala switchback into the ascending Jalan Ria.


Memorial Tun Abdul Razak
Jalan Ria then converged with Jalan Perdana. We passed by Tun Razak Memorial, Planetarium Negara and then Jalan Perdana boasted a magnificent urban winding fast downhill that went down to Masjid Negara. We let gravity took control, minding the brake not to let gravity get overboard. Picture of a glass of kopi-o filled my head. Soon...We sped pass Dataran Merdeka. Still a huge crowd around. We were sort of racing already when D Tebing got nearer and nearer but only disappointment greeted us when all the stalls were already closed.

Time was already nearing 1.00 a.m. Fino and Aniz decided to go separate way since their house were not in our intended return route. With that we bid farewell. We proceeded to Jln Sultan Sallehuddin then swallowed by the darkness of Jalan Tun Ismail. A climbing dark path with plenty of surprises especially of the K9 kind. After the junction to Jalan Tunku, gradient changed to down and 2 mountainbiker with dubious sanity status glided down all the way passing The Mall then PWTC.

We went against the traffic flow, crossed over to the other side of Jalan Tun Razak then pedaled away towards Jalan Genting Kelang. Akmal was given a brief tour of the DUKE when we entered it at Setapak. The clear 3 lanes highway was all ours. Opppss...I spoke too soon because thereafter we saw many motorcycles parked along the highway. There were couples, groups of teenagers hanging out. Several mat rempits rempiting away. Hmmmmm....

We rode along and then exit at Bandar Dalam. Turned into Taman Pelangi Jaya then all the way up with another contra flow on DUKE before having a wee bit of off road to get back to my house. Time was 1.30 a.m.. Never too late for a cuppa at Restoran Thaqwa...There, a lengthy account of one KL Downtown urban night ride held in honor of a special guest from JB. I hope he enjoyed it as much as I did...

More pics of this ride can be viewed at my Picasa album

Tuesday, October 14, 2008

GLC Syawwal Nite Ride - The DUKE of Hazards

After a month of cyclo-break in honor of the holy month of Ramadan, GLC is back in action. Well, at least for me because there were fractions of GLC who actively rode during Ramadan. In the wee hour of the morning? Let's leave that at that...

Roll call was made for the crew to shed off the cholesterol accumulated during raya. Oct 9th, Thursday was the date. Usual rolling time of 9.30 p.m. 4 lamers answered the call including a new recruit from Ampang, Fino. The other 3 were me, Shaque and Dino. So we have a Fino Dino in our group.

Fino made it to the RV after a brief navigational mishap. After a brief introduction and raya greeting and we rolled. Route of choice - the partially completed Duta Ulu Kelang Expressway (DUKE).

From Sri Gombak, at approximately 9.45pm, we proceeded to the stretch of Karak Highway KL bound. Route has turned into a wide 3 lanes highway from its original 2 way trunk road. Night was enveloped by darkness with moderate traffic traversing back and forth. Lights from the inner sanctum of Kuala Lumpur can bee seen from afar. The monumental KLCC twin tower stood proudly, showered by its dunno how many thousands of kilowatt of floodlights...

At the instersection of Jalan Kpg Bandar Dalam, we veered right. Trespassing the barricade laid by the roadbuilder onto the flyover. Casual pedaling interrupted by sudden bumps protruding in the middle of the road. Yelling ensued by frontrunners warning the unwary fellas behind.

We went down the flyover gliding towards Kg Puah. Silhouette of the almost completed toll booth loomed on our right. Kids on motorbikes hanging out there startled by our presence. Shaque suggested we hit for Duta stretch. We took right at the forking hiway. Flowed down passing Taman Dato Senu. The smooth running on tarmac once again hampered after encountering another incomplete section. Not only that it was incomplete, it was also wet and muddy. Our tyres were caught. We continued on only to be disappointed by the totally disconnected hiway. No other choice but to turn back. Resume plan to Titiwangsa.

A quick U-turn and we were back on track. Still on elevated highway over passing the Gombak river. Sounds of water rushing could be heard as we passed the flood mitigation area. The fume of fresh tarmac and bitumen rushed into the nose as we approached Setapak. To go to Taman Tasik Titiwangsa we had to exit right. A brief stop to re-evaluate the situation after we saw the remaining stretch was also paved. Unlike the last time we were there where it was still a big mess of earth. A good chance to explore DUKE. An opportunity not to be missed.

So Taman Tasik Titiwangsa was scrapped. We proceeded down. A rich shower of lights from our right caught our attention. At a glance, it looked like some top secret military installation. Bright flood lights showering the whole complex. High fencing all around with seriuos looking building. It caught Dino's attention and he stopped to take some pictures. A bit later we found out that it's just some sewage treatment plant. Some military complex, huh? Duh....Knowing that, we sprinted as fast as we could from that place.

Darkness still enveloped most of the stretch. Up ahead, another toll booth stood menacingly. Even not operational, toll booth could already emanate the feeling of greed. Waiting to fleece your money every time you pass by. But bicycle is immune to toll booth. My observation of the toll booth disrupted by sudden appearance of coupla canine wandering nearby.

We we disoriented. Not knowing where we were. We just pedaled on. Eyes peeling for any known prominent object that could help us pinpoint our whereabout. But to no avail...Then a change of landscape. From total darkness, we were in a valley like passage. Flats were on both sides and the hiway became dimly lit. From afar we saw an overhead bridge with sound of vehicles going back and forth. We took a quick break underneath the overhead bridge. I took some pics but the outcome was not pleasing, so I decided not to show them off here.

Shortly after, another overhead pass. And finally we managed to identify our location. It was somewhere near Setiawangsa, near the housing for military personnel. Desa Pahlawan, if I'm not mistaken...Knowing that, we knew that we were getting closer to the end of the DUKE. And right we were. Shortly we were above the Keramat roundabout. The highway converged with MRR2. The slip road to MRR2 was still unpaved. We continued on taking left on MRR2 to head back to Sri Gombak.

It's customary for GLC to have a snack stop. Dino suggested the char koey teow of Melawati. Yummy...Unfortunately, it's closed on Thursday. Gotta find another snack stop. Next best place was the shophouses near Tman Melati Petronas station. We chose Restoran Kak Leha. Typical local resturant serving Kelantanese delights. Though past midnight, there were still big crowd flocking the place. I settled for a plate of nasi dagang. Nasi dagang in the middle of the night? Yeap....

After snack, it was the journey back. The climbs on MRR2 towards Sri Gombak didn't appear so appetising. Instead, we took the inner road via Taman Melati > Gombak Setia > Jalan Gombak. Dino bid farewell at Taman Melati. His house was already nearby. The remaining 3, me, Shaque and Fino proceeded. We departed at Greenwood.

Well, overall I quite like the ride. The wide 3 lane partially completd DUKE was fun to ride. Road undulated in certain sections due to overpass added more fun. Distance covered was more than 35KM. The absence of traffic on the highway was really a big plus. Better go and savor it yourself before it i completed and open to public.

Friday, July 25, 2008

GLC - Survey n Skodeng Nite Ride

GLC ialah singkatan kepada GOMBAK LAME CYCLIST (Pengayuh Lembab Gombak). Satu kumpulan kecil pengayuh basikal dari sekitar Gombak yang suka merayau-rayau santai di jalanan kota Kuala Lumpur pada waktu malam. Kayuhan diadakan pada setiap Khamis malam. Tapak mula ialah Medan Parkir Sri Gombak, bersebelahan MRR2 di hadapan CIMB Sri Gombak. Laluan kayuhan berubah-ubah bergantung pada selera dan citarasa dan biasanya disepakati pada siangnya. Ahli akan dihubungi melalui e-mel tentang laluan yang akan diambil. Sesiapa yang berhajat mahu menyertai kayuhan GLC, dialu-alukan. Sila hantar e-mel kepada kelolo24@gmail.com supaya anda termasuk dalam senarai edaran maklumat kayuhan mingguan.
GLC is short for GOMBAK LAME CYCLISTS. A small group of MTB cyclists who like to leisurely trod the urban roads of Kuala Lumpur at night. We hold weekly night ride every Thursday night. Rendezvous is at Sri Gombak parking bay, in front of Sri Gombak CIMB Bank. Tire rolls at 9.30 p.m. Routes taken vary depending on the mood and normally determined beforehand during the day. Members will be informed via e-mail about the routes to be taken. Those wishing to join the night urban frolics on bicycle, are welcomed. Just e-mail to me at kelolo24@gmail.com to be included in the ride mailing list.

Bahagian 1 - Survey...

Siapa sangka lebuhraya yang masih dalam pembinaan boleh jadi laluan berbasikal yang menarik. Waktu malam pulak tu. Aku dan Ummu dah merasa beberapa kali berkayuh di situ. Memang menariklah...Ada cebisan rasa off road sikit. Dek kerana itu, kayuhan GLC pada Khamis malam, 24 Julai 2008 dicadangkan laluan itu.

Kami berkayuh dari rumah ke Sri Gombak bermula hampir 9.30. Dah lewat nih. Bisik hati aku. Kayuh dengan kelajuan sederhana saja melalui taman-taman perumahan. Seperti biasa, pemandangan manusia berbasikal dengan lengkap berhelmet, lampu hadapan dan lampu kelip belakang akan menarik perhatian. Ramai yang tertoleh-toleh dan tercangak-cangak. Kami hanya mampu angkat tangan dan senyum dalam kesamaran malam.

Bila sampai ke medan parkir, hujan mula merintik. Aku langut ke langit, nampak gumpalan awan hitam yang sedia memuntahkan isi kandungannya. Alamak...Kemudian muncul Shaque dengan Dino. Mereka sampai awal lagi rupanya tapi berteduh dari hujan. Kemudian bapak GLC, Pak Abas muncul. Malam itu dengan jentera Montana kuning. Giant XTc direhatkan. Mujurlah seketika kemudian rintik hujan berhenti bercucuran. Menyambut ketibaan Pak Abas barangkali...


Oh-oh...Jalan mati daaa...
Lazim adab bertemu disulam salam-salaman. Kemudian berbincang sekejap tentang laluan kerana aku tak berapa pasti laluan di Batu Muda. Keputusan diambil untuk menyusur Taman Samudera sahaja kemudian masuk balik ke Jalan Karak. Shaque di arahkan ke hadapan. Lalu bermulalah kayuhan menyusur ke arah Giant Batu Caves kemudian ke Taman Samudera melewati laluan yang selari dengan Jalan Karak. Laluan disusuri hingga ke hujung bertemu dengan tempat latihan memandu. Sempat aku panjat bukit kecil tempat orang berlatih mendaki bukit. Di situ penghujung jalan rupanya. Menggagau sekejap dalam kesamaran malam mencari laluan tapi tidak berjumpa. Akhirnya keputusan diambil untuk kembali ke Jalan Karak menongkah arus.


Ummu pikul beskal lintas longkang dalam kesamaran malam...
Berpikullah kami mengangkat basikal melintas longkang sebelum mengambil lorong kiri jalan Karak yang masih lagi ditutup. Mujur tutup...Boleh kami menongkah arus menghala ke Sentul. Kayuhan perlu hati-hati kerana sesekali ada motor dan lori datang dari depan. Kami kena ke tepilah sebab kami yang menongkah arus...Kalau tidak, tak pasal-pasal nanti terkayuh ke hospital.

Lagi kira-kira 100 meter ke simpang Kg Bandar Dalam, ada luang di antara pembahagi jalan. Kami ambil kesempatan untuk melintas ke seberang. Selepas lintasan, laluan memanjat ke atas fly over yang masih dalam pembinaan. Seumur hidup tak pernah baik basikal di atas fly over separa siap. Malam itu mencatat sejarah...Kami ambil kesempatan berhenti sekejap sambil bergambar-gambar...Timing kurang cantik barangkali, di situlah juga bateri kamera habis. Tak sempat bergambar banyak-banyak. Dari situ, permukaan bertukar dari tarmac kepada laluan tanah. Masih ada jentolak dan lori bekerja pada pukul 10 malam menambak dan meratakan tanah. Berkejar masa barangkali. Kami meluncur turun ala downhill ke kaki fly over. Menyusur masuk ke kampung Bandar Dalam, kemudian mendaki kembali menaiki DUKE yang telah berturap. Di laluan kanan, tersergam pondok tol yang bakal memungut tol pengguna DUKE. Hmmm...tak bolehkan dibuat jalan tanpa tol?. Dari kejauhan, gemerlapan lampu dari menara kembar KLCC. Di sebelah kanan rumah-rumah pangsa Taman Dato Senu sementara di sebelah kiri bersisa rumah peneroka bandar Kampung Puah yang teselamat dari kerkahan pembangunan. Entah sampai bila mereka akan mampu bertahan. Tamat bahagian survey ride malam itu...Next part, bahagian skodeng pulak...


Bercanda di atas fly over yang masih dalam pembinaan...

Bahagian 2 - Skodeng...

Dari tarmac, kami keluar ke Kampung Puah. Menyelusuri laluan berbatu kerikil ke Bandar Baru Sentul. Laluan gelap seketika sebelum kembali cerah disinar lampu jalan Bandar Baru sentul. Jalan susur dari Bandar Baru Sentul ke Jalan Pahang telah lama siap. Simpangnya ditanda dengan lampu isyarat. Kami teruskan perjalanan. Ummu di depanku. Sempat aku melaung pada Ummu untuk teruskan perjalanan sementara aku menyimpang untuk membeli bateri kamera. Shaque dengan Dino telah ruyup di hadapan dalam mode lumba. Biarkan mereka bergalak...Sementara Pak Abas kekal dengan posisi sweeper.

Aku membelok kanan mencari kedai di kawasan pasar Bdr Baru Sentul. Kawasan itu aku memang biasa kerana keluarga pernah tinggal di situ. Puas jugak berpusing sebelum berjumpa kedai runcit yang masih dibuka di sebelah Menara Orkid. Selesai urusan bateri aku kembali bertemu dengan Ummu, Shaque dan Dino. Rupanya dalam keributan itu Pak Abas telah tersasar.


Shaque soal siasat Faizal untuk dapatkan nombor henpon macam polis tahan orang kat road block.
Kami re-group di traffic light berdekatan masjid Amru al As, sebelah Blok 29. Pak Abas masih tak muncul. Tengah lepak-lepak tunggu Pak Abas, muncul satu Kancil menghimpit kami yang berada di bucu simpang. Ingatkan Kancil tu saja nak himpit sambil cari parking, rupanya brader cyclist jugak. Faisal namanya. Dia berminat nak join GLC berkayuh malam. Dialu-alukan! Nombor handphone bertukar tangan berserta salam kenal-kenalan...

Pencarian Pak Abas diteruskan. Satu panggilan telefon kemudian, Shaque melaporkan Pak Abas sudah terbabas ke stesen BHP di simpang ke Tasik Titiwangsa. Rupanya Pak Abas sudah terambik simpang kiri di traffic light awal ke Bandar Baru Sentul. Pak Abas di minta tunggu di situ. Kami teruskan kayuhan ke traffic light Jalan Pahang - Bandar Baru Sentul. Kemudian kumpulan berpecah 2. Shaque dengan Dino pergi menjemput Pak Abas, sementara aku dan Ummu terus ke Tasik Titiwangsa. Dari kejauhan, kerlipan lampu Eye On Malaysia menggamit. Aku dan Ummu berlegar di depan pintu masuk Titiwangsa sementara menunggu Shaque, Dino dengan Pak Abas sampai...

Jam sudah hampir pukul 11.00. Manusia masih ramai berkeliaran di laman berhadapan Eye On Malaysia. Rancangan asal untuk ke KLCC ditangguhkan sebab sudah lewat. Setelah semua berkumpul kembali, kayuhan diteruskan ke dalam Taman Tasik Titiwangsa. Satu pemandangan biasa melihat pasangan-pasangan berkepit dalam kesuraman malam di bangku-bangku sekitar taman. Operasi skodeng bermula! Taklah...tak ada kerja nak skodeng orang...

Kami berkayuh ikut lorong jogger di belakang astaka. Sebenarnya, kawasan larangan untuk basikal tapi memandangkan waktu malam kawasan lengang dan sunyi, kami belasah "merempit" di laluan jogger yang berbelit dan bersimpang siur. Kalau ada couple sedang merendek, mau terkejut tengok kami...Elok juga!

Berkitar di taman seketika kemudian melewati kawasan permainan kereta remote control. Ingatkan malam tiada orang main kereta, ada juga. Shaque dengan Dino berhenti seketika melihat kerana terpesona dengan deruman enjin kereta RC. Dah jadik macam budak-budak...


Ummu seronok mengasah lutut dan betis naik turun bukit kecil
Aku, Ummu dan Pak Abas berlegar sementara menunggu "budak-budak" tua melayan RC. Berdekatan situ ada satu bukit kecil yang jadi tempat mainan aku dengan Ummu menduga lutut dan betis. Kami ke situ. Yang lain tak perasan barangkali, lalu meneruskan perjalanan. Dari atas bukit, aku terpaksa melaung kepada Dino. Terkejutlah manusia-manusia kat Tasik Titiwangsa mendengar laungan manja aku yang memecah keheningan malam. Terkejut Dino mendengar laungan aku sehingga beliau menggunakan jurus brek mengejut menggunakan brek Avid BB7 baru beliau dan nyaris-nyaris terwekang. Mereka berhenti seketika sementara menunggu aku dan Ummu. Ruang kesempatan yang dipergunakan sebaiknya oleh Shaque dan Dino bagi menyalakan obor berasap. Nak halau nyamuk kata mereka.

Malam makin tua. Ketuaan malam tidak menuakan semangat pengunjung muda ke Tasik Titiwangsa. Kami mengorak kayuhan pulang. Dari Titiwangsa menyusur kanan ke Jalan Kuantan kemudian membalas kiri ke Jalan Chan Chin Mooi sebelum bertemu kembali dengan Jalan Pahang yang masih sibuk berderu dengan kenderaan walau malam sudah melangkaui tengahnya. Melintas Jalan Pahang menjadi satu cubaan berbahaya. Ikut arah kanan menghala ke Setapak. Walau Setapak, namun jerih jugak mengayuh. Kalau berjalan kaki hanya perlu melangkah setapak saja...

Bahagian 3 - Santaian dan Kudapan


Pintu masuk YZ Bamboo. Dalam limpahan lampu aneka rona...
Dari Jalan Pahang membelok ke Jalan Gombak. Kenderaan mulai memudar dengan sesekali saja sebuah dua mengesot malas...Dan lazim bagi GLC mengisi kayuhan dengan sesi minum-minum. Malam itu, aku bawa GLC ke satu tempat yang agak eksotik. YZ Bamboo..satu restoran yang tersorok dalam Kampung Sungai Mulia. Untuk sampai ke situ, masuk kiri pada simpang selepas Pasar Besar Gombak. Kemudian ambil kanan bila berjumpa simpang T. Kayuh terus sehingga melewati simpang kiri yang pertama. Restoran berada di kiri, kira-kira 50 meter selepas simpang. Restoran YZ Bamboo punya suasana menarik. Lampu beraneka rona dengan tempat makan dibuat berupa pondok-pondok memberikan suasana relaks dan santai. Menu menawarkan sajian ala thai dan sajian barat. Dari Tom Yam hingga Tom Tom Bak...eh...bukan, bukan, aneka steak dan sebagainya.


Basikal diberi ruang parkir khas di dalam restoran. Macam VIP.
Shaque, Dino dengan Pak Abas memilih untuk menyantap burger sorang sebijik. Manakala aku cukup dengan semangkuk sup cendawan dicicah dengan roti. Untuk mencuci roti dan sup, semangkuk ABC jadi taruhan...Burrrpppp. Malam makin melarut bila semua burger dan makanan yang dipesan terkorban di mulut dan perut pengayuh santai. Hampir 12.30 tengah malam dah. Terpaksa aku berikan isyarat penamat walau majlis masih lagi galak bersidang membincangkan kayuhan tadi. GLC mula bergerak untuk pulang. Kumpulan berpecah dua bila Dino mengambil simpang untuk ke rumahnya. Kami teruskan kayuhan laluan tebingan sungai melewati Kampung Changkat menghala ke Taman Melewar. GLC kemudian berpecah lagi. Aku dengan Ummu kembali ke rumah, Shaque dengan Pak Abas meneruskan perjalanan ke Batu Caves...




Apa aku nak makan nih?

Meja makan dalam pondok-pondok dalam suram cahaya...Romantika di amor.

Tamat sekali lagi sketsa kayuhan santai GLC. Jarak dirakam hampir 30km tetapi tidak terasa sangat kerana tempo kayuhan memang "lembab". Sengaja kami tidak mahu laju-laju kerana itu akan menghilangkan identiti GLC. GLC harus mengekalkan "kelembabannya..." Siapa-siapa yang nak join kelembaban ini...dialu-alukan. Yang nak besit ,laju macam pelesit...tak payah!!! Pegi join GLC yang satu lagi...Gombak Laju Cyclists...