Showing posts with label tubeless. Show all posts
Showing posts with label tubeless. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Nak Pakai Tayar Tubeless - Apa Kisahnya?


AKUTAKJANJI (Baca ini dulu!!!) Penulis bukan seorang professional dalam MTB, sekadar suka mencari, menyelidik, menyibuk dan mencuba sendiri. Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. Untuk rujuk silang komponen yang disebutkan dalam artikel ini, pembaca boleh merujuk Anatomi Sebuah Basikal Gunung. 

Posting ini adalah terjemahan bebas daripada posting asal Going Tubeless -- What's The Deal? dikutip dari laman UtahMountainbiking.com.  Hakcipta dan pemilik adalah UtahMountainbiking.com.

Anda dah biasa dengar tayar tanpa tiub, dan anda tertanya-tanya adakah berbaloi menggunakannya. Untuk kebanyakan pengayuh, jawabannya mungkin "Tidak".  Jadi, siapa yang patut pakai tayar tanpa tiub (TTT)?

TTT memberikan banyak kelebihan untuk pengayuh tegar yang mahukan tindakbalas dan kawalan maksima, juga menghindar bocor penyet di denai-denai yang sukar. 

Satu contoh laluan yang meminta "tubeless".  Kasar, sukar, penuh muslihat dan biku tajam yang sentiasa mahu merobek tiub anda.
Menggunakan TTT tidak berbaloi sekiranya anda hanya pengayuh biasa-biasa saja yang berkayuh di denai yang tidak terlalu sukar.  Denai-denai yang akan menjerit minta TTT ialah denai yang kasar, sukar, dengan biku-biku tajam yang sentiasa mahu membocorkan tiub anda.

TTT ada kebaikan dan ada kelemahan.  Jika anda ingin bertukar dari rim standard ke rim UST untuk sistem tanpa tiub, ia satu langkah yang besar dan melibatkan biaya yang banyak.  Lihat kembali gaya kayuhan anda dan pertimbangkan sama ada wajar untuk anda melompat ke TTT.  Anda boleh bertukar ke TTT dengan 2 cara:

  1. Dengan menggunakan tayar dan roda UST (Universal System Tubeless).  Tayar dan roda yang ditepek logo UST bermakna sedia untuk digunakan tanpa tiub. 
  2. Dengan menggunakan kit pertukaran yang membolehkan anda menukarkan tayar dan roda biasa kepada sistem tanpa tiub.

Setiap kaedah mempunyai cabaran dan karenah tersendiri.

Sepintas lalu kebaikan dan keburukan TTT.


KebaikanKelemahan
  • Tekanan tayar lebih rendah
  • Serapan hentakan lebih baik
  • Kawalan lebih baik
  • Berat putaran berkurangan
  • Tiada bocor-penyet
  • Lebih mahal
  • Sealant yang selekeh
  • Perlu ada tiub sokongan
  • Perlu ada pam yang kuat

Kebaikan


Tekanan tayar lebih rendah : Dalam banyak keadaan (batu kasar, lumpur, akar kasar dan licin), tekanan tayar yang rendah akan memberikan anda cengkaman yang lebih baik.  Cengkaman lebih baik memberikan anda kawalan dan kayuhan yang lebih baik.  Dengan tiub, kemungkinan bocor-penyet tinggi bila anda cuba mendapatkan tekanan paling rendah yang paling sesuai dengan anda.  Tanpa tiub, anda boleh turunkan tekanan lebih rendah daripada apa yang anda cuba pada sistem bertiub.


Serapan hentakan lebih baik
Bila tiada tiub yang mengasak tayar, tayar jadi lebih mudah meliuk lintuk bila tayar terhentak pada halangan akar, batu, kayu dan seumpama.  Ini membuatkan hentakan tajam menjadi lebih lembut.  Bonggolan kecil seperti batu-batu kecil tidak menyebabkan banyak goncangan dan getaran.  Hasilnya : kayuhan lebih lancar, tindakbalaslebih baik, dan kawalan lebih baik.

Berat putaran berkurangan
Pelapik tayar dan sealant vs tiub
Tayar UST yang standard biasanya lebih berat daripada tayar biasa.  Tapi bila ditokok dengan berat tiub, tayar tanpa tiub adalah lebih ringan.  Apabila dimasukkan sealant, berat tayar tanpa tiub dengan tayar biasa menjadi hampir sama atau tayar tanpa tiub berat sedikit).  Ramai pengayuh menggunakan tayar biasa dengan roda UST dan sealant tayar.  Ini boleh mengurangkan berat sehingga 100 gram setiap tayar.  Pengurangan berat ini membuatkan berat putaran menurun dan menjadikan basikal lebih ringan.  Ia memecut lebih baik, membelok dan membrek lebih pantas.

Tiada bocor-penyet.
Bocor-penyet berlaku bila tayar terhentak pada halangan dan terpenyet rapat lalu tertekan pada rim.  Permukaan keras rim akan membocorkan tiub akibat hentakan dan penyetan yang kuat.  Kalau tiada tiub, tiada bocor-penyet!  Walaubagaimanapun, bila menggunakan TTT, anda masih lagi berhadapan risiko tayar terkoyak.  (Anda berhadapan dengan kemungkinan tayar terkoyak lebih tinggi bila tanpa tiub berbanding dengan sistem bertiub sebab bila tiada tiub bermakna tiada kusyen di antara roda dan tayar.  Gunakan tayar besar seperti 2.1 dan kekalkan tekanan di atas 30psi)


Jika anda bercadang menukarkan roda biasa kepada tanpa tiub, menggunakan pelapik roda, sealant dan tayar standard, berat putaran akan berkurangan berbanding sistem tiub standard sebanyak 50gram.


Akan tetapi, di sebaliknya...


Kelemahan

Lebih Mahal : Kos permulaan yang mahal.  Untuk sistem tanpa tiub, anda perlukan tiub khas UST.  Tak murah harganya.  Anda akan berbelanja RM1,200 - RM3,000 untuk naiktaraf roda, bergantung kepada roda mana pilihan anda.  Tayar UST pula berharga dua kali ganda tayar biasa.

Kaedah paling murah untuk tanpa tiub ialah menggunakan kit penukaran.  Anda perlu tambah pelapik roda, injap untuk sistem tanpa tiub, isikan tayar biasa dengan sealant dan...anda siap!  Kit penukaran dari Stan No-Tubes boleh didapati dengan harga RM50-Rm60. 

Tayar :  Jika anda menggunakan sealant, hayat tayar anda tidak panjang - terutama jika anda menggunakan tayar standard dengan sealant.  Sealant akan melembutkan tayar lama-kelamaan.  Selepas beberapa bulan, anda mungkin mendapat bocor atau koyakan yang tidak boleh di tampung lagi.  Dan bila anda cuba untuk menampalnya,  penampal melekat pada benang-benang di dalam tayar dan tampalan tidak melekat lama.  Anda juga mungkin berhadapan dengan koyakkan dinding tayar apabila tayar semakin berusia.  Masalah bertepek lagi dengan kemungkinan tayar dirobek oleh akar atau batu (sebab tiada lagi tiub untuk memberikan serapan hentakan di antara tayar dan roda.  Dha tentu terpaksa beli tayar lebih.

CO2:  Tambah lagi kepada belanja anda ialah kos pembelian tabung CO2 untuk mengisi angin.  Jika anda membeli tabung dengan leher tanpa ulir (tabung CO2  standard untuk BB gun), ianya lebih murah tapi masih lagi beberapa ringgit setiap kali beli.

Sealant dituang ke dalam tayar
Sealant yang selekeh :  Walaupun anda boleh menggunakan UST tanpa tiub yang tidak memerlukan sealant, lebih ramai yang menggunakan sealant.  Penukaran No-Tube memerlukan sealant.  Penggunaan tayar membuatkan kerja-kerja menukar tayar menjadi rumit dan menyusahkan.  Dan… ke mana perginya sealant bila tayar anda terkoyak terkena batu tajam atau serpihan tajam botol kaca?  Ia akan terpancut dan tersembur merata-rata.  Jersi basikal mahal anda, derailer anda, kabel-kabel anda dan merata lagi ke mana ia boleh sampai.  Bila sealant terkena bahagian-bahagian kritikal, anda berhadapan tugas berat untuk mencuci – bila ia kering, ia tidak boleh dibasuh dengan mudah!



Superglue untuk menampal kebocoran
Sokongan/gantian tambahan diperlukan :  Berbanding dengan tayar bertiub yang memerlukan anda membawa tiub gantian dan set penampal, anda perlukan alatan bantuan/sokongan tambahan untuk tayar tanpa tiub.  Anda boleh membaiki bocor kecil pada tayar tubeless kering dengan gam kuat (superglue).  Anda boleh membaiki tayar yang berisi sealant dengan menampalnya dari dalam.

Tetapi pengayuh yang menggunakan tayar tanpa tiub yang tidak beringat untuk membawa satu (atau dua) tiub gantian, lambat laun akan terpaksa berhadapan dengan terpaksa menapak (sambil menolak basikal) di dalam denai.  Bila di dalam denai anda perlu bersedia dengan kit penampal, tiub gentian dan mungkin juga sebotol sealant.

Silinder CO2
Perlukan pam yang kuat.  Untuk mengedapkan tayar tanpa tiub kepada roda, anda perlukan deruan angin kuat.  Pam mini anda tidak mampu berbuat demikian.  Juga ramai mendapati pam lantaipun tidak dapat memberikan tekan dan volum angin yang dikehendaki dengan pantas.  Untuk kerja ini anda perlukan deruan angin dari pemampat (compressor) di garaj anda atau stesen minyak yang ada mesin pemampat. 


BC Kelolo tambah : Kalau menggunakan pam di stesen minyak, jangan pilih tekanan angin yang dikehendaki sebaliknya pilih pilihan “tayar kempis” untuk mendapat deruan dan volum angin yang mencukupi.

Anda boleh juga menggunakan silinder CO2 anda setiap kali memasang tayar.  Dan ingat, kos silinder CO2 tidak murah.  Sebab itulah agaknya geng-geng kedai basikal lebih ramai menggunakan tayar tanpa tiub. Maklumlah kedai ada pemampat angin.

Jika anda pasangkan pelapik roda pada roda UST, anda mungkin boleh mendapat kedapan menggunakan pam lantai.  Penggunaan pam elektrik mini tidak akan memberikan hasil yang diingini.  Tak kira sama ada anda menggunakan pelapik roda atau tidak, untuk isian angin bila di dalam denai, anda perlu berbelanja sedikit untuk silinder CO2 setiap kali tayar bocor.


Bagaimana “kit penukaran” berfungsi?

Pelapik roda
Anda boleh menukar roda biasa untuk system tanpa tiub dengan menambahkan pelapik getah pada roda.  Pelapik getah mempunyai injap yang terjulur melalui lubang roda sepertimana yang terdapat pada tiub biasa.  Pelapik ini memberikan lapisan kedap udara pada roda dan juga pada tayar.  (anda boleh cuba membuat pelapik roda menggunakan tiub yang lebih kecil – sama ada 20inci atau 24inci.  Ini mungkin tidak berhasil untuk roda yang dalam dan juga lebih sukar untuk memotong tiub dengan lurus.  Lebih sukar daripada apa yang anda bayangkan)

Tayar melompat keluar dari roda
Dengan kit penukaran, anda boleh menggunakan tayar biasa. (Anda juga boleh menggunakan pelapik tayar di dalam kit penukaran untuk roda tanpa tiub UST.  Ini akan lebih memudahkan anda untuk mengedapkan tayar standard yang ringan kepada roda tanpa tiub anda.  Tidak semua tayar dan tidak semua roda akan melekat dengan elok dan serasi apabila dipamkan angin.  Pada tekanan lebih tinggi (40psi – 50psi) tayar mungkin meletup dan terkeluar dari roda.  Kalau basikal anda basikal supermarket dengan tayar murahan, baik tak payah cuba untuk menukar kepada sistem tanpa tiub.

Menambah sealant melalui batang injap.  Teras injap telah dikeluarkan
Untuk mengedapkan ruang di antara pelapik roda dan dan lengkung dalam (bead) tayar, sealant diperlukan.  Walaupun Nampak macam ia akan menambahkan berat yang banyak, berat sebenar Cuma sekitar 60gram – kira-kira 1/3 berat tiub.  Batang injap dengan teras (core) yang boleh dikeluarkan membolehkan anda memasukkan sealant terus ke dalam tayar melalui batang injap tanpa perlu membuka tayar.