Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Ahli Keluarga Baru...


Adik baru. Scott Scale Junior 24in

 Sang Bara, Sang Raksa, Che Puteh dan beberapa basikal lain di dalam garaj PedalPal gembira menyambut kedatangan adik baru.  Adik baru kecil comel saja.  Ini semua gara-gara Fadlan "Si Dodok-dodok" sudah semakin besar.  Dah tak boleh lagi di bawa berkayuh ke sana ke mari dengan dodok-dodok.  Sudah sampai masa Fadlan berdibari (tiada kesalahan menaip di sini - berdibari = berkayuh di atas basikal sendiri).




Cubaan pertama membawa Fadlan ke FRIM dengan basikal Gomax besi keluli padunya memberikan Fadlan pelajaran awal "Bagaimana Tergolek Dengan Betul".  Kesian...Mujur tiada luka.  Hanya terkejut dan sedikit trauma.  Juga punca dan alasan untuk membedek ibu untuk "belikan Alan basikal off road ya, bu?".



Dan bedekan Alan selalu tepat hingga ibu tidak dapat mengelak. Ayah juga terkena tempias.  Kebetulan pula tu ada seorang kawan yang nak jual basikal comel ni.  Kebetulan sangat. Tanpa banyak cerita, urusniaga diatur. Penjual bermurah hati memberi diskaun lumayan dengan barangan iringan berupa helmet Giro (lagi mahal daripada helmet ayah tuuuuu), sarung tangan specialized (juga lagi mahal daripada sarung tangan ayah)dan pad lutut. Pakej lengkap!

Kalau anda ingat dengan membelikan basikal itu boleh menutup mulut anak anda. Anda silap! Basikal dah dibeli, datang persoalan seterusnya "Bila nak bawak Alan kayuh off-road ni?". Jenuh la pulak mencari-cari tarikh dan masa yang sesuai. Nampak gayanya macam hari cuti sempena pertabalan Agong ni sesuai. Rabu ni, 11 April 2012 bersamaan 19 Jamadil Awal 1433H, ke FRIMlah kita...Bagaimana Alan akan beraksi? Tunggu dan lihat nanti.


Alan...tak sabar untuk beraksi

Sunday, January 04, 2009

Naik Taraf Basikal Farhan

Ada satu lagu, tak ingat siapa artis, siapa penulis lirik...

"Kasihnya ibu, membawa ke syurga..."

Aku tokok tambah...

"Kasihnya ayah...upgrade basikal.."

Yaaa...basikal besi 24in anakku Farhan telah diberi beberapa upgrade. Hanya itu sajalah yang mampu ayahnya berikan. Nak diberi basikal Scott saiz 24 lengkap dengan ampaian depan, tak mampulah ayah Farhan. Lagipun basikal ni nak dibawak ke sekolah...

Antaranya upgradenya:-
1 RD dari stock cap ayam 6 speed ditukar kepada Alivio 8 speed. RD saja yang ditukar. Kaset masih pakai 6 speed. RD dipasang menggunakan penggantung jenis sendeng sesuai dengan drop ut untuk kerangka ini.
2 Untuk dipadankan dengan RD yang sudah dinaiktaraf, penukar combo Alivio rapidfire dipasang menggantikan penukar ibujari yang keras dan tidak bertakat. Farhan mengaku lebih gumbira kerana tukaran lebih mudah, ringan dan pasti.
3 Engkol asal besi berat digantikan dengan engkol Suntour warisan daripada T-Bolt hijau ayah.
4 Kokpit diberi nafas baru. Bar daripada T-Bolt. Lebih ringan berbanding bar asal. Juga lebih sesuai untuk dipadankan dengan perkakasan baru seperti penukar gear dsb
5 Stem ditukar daripada jenis penjolok kepada jenis cekam. Stem 3T warisan daripada Element ayah. Untuk memasang stem ini, perlu satu alat penyesuai. Tidak kelihatan dalam gambar kerana tersembunyi

Untuk cara-cara bagaimana menukar dahan penjolok kepada dahan cekaman rujuk panduan di sini
6 Bagi mengatasi masalah brek, brek V asal ditukar kepada brek V Avid SD7. Sesuai dengan tuas brek Alivio, brek ini mengatasi masalah brek "keras" dan tak berapa makan. Sekarang Farhan tak komplen lagi. Ayahnya pulak yang komplen sebab Farhan selalu "buat drift".
7 Pelana asal diganti dengan pelana Velo. Juga warisan dari T-Bolt ayah. Tak cukup dengan itu, tiang pelana diganti dengan aluminium. Bagi memudahkan naik turun pelana, pengapit asal jenis bol digantikan dengan quick release.
Itulah sedikit sebanyak penaikan taraf pada basikal Farhan. Farhan dahpun bagi hint dekat ayahnya yang basikal ni gegar bila turun bukit. Nak suruh upgrade fork la tu. Ayahnya cuma angguk-angguk sambil cakap "Nantilah...". Biar selesai bab belanja bukak sekolah dulu.

Semua kerja pembikinan ini dibuat sendiri oleh ayah Farhan. Barang-barang didapati daripada stok di dalam stor dan kemurahan hati kawan-kawan. Antaranya Jai... Terima kasih.

Mungkin ini boleh jadi panduan kepada para bapa yang menghadapi situasi sama seperti bapa Farhan.

Saturday, November 22, 2008

Basikal Farhan

Farhan
Ini Farhan. Dia baru berumur 7 tahun. Dia sangat suka berbasikal kerana ayahnya juga seorang yang sangat sukakan basikal. Abang-abangnya juga suka basikal. Ibunyapun suka basikal. Kakaknya juga sukakan basikal. Adiknya yang berumur 3 tahunpun sukakan basikal. Hanya bibik saja yang tidak sukakan basikal.


Ini pulak basikal Farhan. Basikal besi biasa saja. Saiz 24inci. Basikal ini kira baru jugak lagi. Dibeli lepas raya kat kedai Uncle ABC. Basikal ini Farhan tunggang ke sekolah setiap hari sekolah. Hanya apabila Farhan ponteng atau tidak sihat saja dia tidak berbasikal ke sekolah. Basikal ini dibeli dengan duit raya Farhan. Tetapi, sewaktu membeli basikal ini, duit raya Farhan cuma ada enam puluh ringgit dan sen-sen. Farhan cakap basikal dia harga dua ratus lebih. Bila ditanya macam mana duit raya enam puluh ringgit dan sen-sen boleh beli basikal harga dua ratus lebih. Dia hanya senyum tersipu-sipu. "Tanya ayahlah...", jawabnya ringkas. Ayah Farhan enggan ditemuramah untuk menjelaskan perkara tersebut.

Farhan cakap basikal ini berat. Dulu, gearnya susah nak tekan. "Ayah dah tukar sifter tu...", cerita Farhan. "Crankpun ayah dah tukar. Tengok ni, dah pakai quick rilis...", sambung Farhan lagi sambil menunjukkan quick release pada seat postnya. "Brek diapun dah tukar Dulu brek tak berapa makan. Sekaran brek makannnn sangat...", cerita Farhan tanpa di pinta. "Nanti nak suruh ayah tukar forklah...Sekarang gegar kuatttt sangat. Sampai goyang-goyang kepala...", sambil kepalanya digoyang-goyang.

Farhan terus menunjukkan basikalnya sambil meneruskan cerita."Ni tengok stem nipun dah tukar. Hendalpun tukar..." Pot pet pot pet...."Eh...pak cik nak ke mana tu? Farhan belum abis cerita lagi...Pak cik...pak cik?".